Tuesday, 6 June 2017

TANDA-TANDA BAHAYA BERPUASA BAGI IBU HAMIL !





TANDA-TANDA BAHAYA BERPUASA BAGI IBU HAMIL !
=============================================
=============================================
.
.
Apakah TANDA - TANDA BAHAYA yang perlu diketahui oleh ibu hamil yang berpuasa?😱
.
CALL doktor anda secepat mungkin jika:
.
Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan. Anda mungkin akan ditimbang apabila menghadiri temu janji pranatal anda, tetapi anda mungkin juga ingin memantau berat badan dengan menimbang diri sendiri di rumah.
.
Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan, yang boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau jangkitan lain.
.
Anda pening kepala atau rasa sakit, atau demam.
.
Anda loya atau mula muntah.😣
.
.
Juga CALL doktor dengan serta-merta jika:
.
Terdapat perubahan ketara pada PERGERAKAN bayi anda seperti jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang.
.
Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakit bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
.
Anda rasa pening, pitam, lemah, keliru atau letih, walaupun anda telah berehat dengan cukup😨. Buka puasa dengan segera dan minum air yang mengandungi garam dan gula, atau satu jenis ubat rehidrasi oral seperti Dioralyte, dan hubungi doktor.


Ruby,
Eva Emily Clinic
😘😍

Monday, 5 June 2017

10 TIP PEMAKANAN YANG BANTU IBU HAMIL KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA




10 TIP PEMAKANAN YANG BANTU IBU HAMIL KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA
========
.
.
Cara pemakanan ibu hamil dapat membantu anda untuk terus bertenaga dan membolehkan diri meneruskan ibadah puasa. Tiga kali makan utama iaitu ketika berbuka, bersahur dan sela waktu antara masa berbuka dan sahur perlu digunakan sebaik mungkin.
Bahkan makan makanan seimbang dan berkhasiat juga penting kerana ia dapat membantu mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, lesu, pedih ulu hati dan lain-lain. Ketahuilah bahawa waktu makan sahur adalah sangat penting. Ia membantu anda mengekalkan tahap tenaga dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk kekal cergas.
Sewaktu berbuka, anda disarankan mengutamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam. Elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang berlemak tinggi. Ini untuk mencegah pertambahan berat berlebihan malahan ia kurang berkhasiat.Anda juga digalakkan minum jus buah-buahan segar ataupun smoothie yang mengandungi susu, yogurt, dan buah-buahan. Ia adalah minuman yang menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan.
Berikut adalah tip pemakanan yang perlu diamalkan ibu hamil sepanjang berpuasa:
1. Wajibkan bersahur setiap hari bagi mengelakkan kurang gula (hypoglisemia) pada waktu petang.
2. Elakkan pengambilan minuman berkafein pada waktu sahur bagi mengelakkan dehidrasi.
3. Banyakkan minum air masak.
4. Ketika bersahur, ambil makanan yang lengkap di mana setiap nutrien ada di dalamya termasuklah karbohidrat, protein, lemak, serat daripada sayur dan buah; susu atau sumber tenusu.
5. Makan secara sedikit tetapi kerap selepas berbuka, dicadangkan ada snek malam bagi mengelakkan rasa lapar di tengah malam.
6. Makanan jenis bersup, bakar atau stim digalakkan semasa mengandung. Cuba kurangkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan berlemak bagi mengelakkan kenaikan berat badan terlalu banyak semasa mengandung.
7. Lebihkan juga pemakanan daripada kumpulan kacang dan kekacang yang dibakar atau dipanggang bagi mendapatkan lebih banyak zat besi dan serat.
8. Bagi wanita hamil yang tiada apa-apa masalah seperti gastrik, makanan pedas tiada masalah untuk diambil. Tetapi bagi yang ada gastrik memang tidak digalakkan mengambil makanan pedas atau makanan jenis berasid tinggi.
9. Makanan atau minuman yang manis atau berlemak tidak digalakkan semasa mengandung kerana ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan. Malah ia baik untuk mencegah kencing manis semasa mengandung. Jika ingin minum, hanya ambil dalam kuantiti yang sedikit.
10. Makanan atau minuman yang berasid tinggi serta pedas boleh menyebabkan pedih ulu hati serta gastrik. Pada awal kehamilan biasanya ibu akan mengalami alahan, jadi pada peringkat ini anda mesti mengelakkan makanan yang berbau, berminyak dan berlemak. Makanan yang kering sahaja digalakkan kepada yang mengalami morning sickness.
Semoga dengan mengamalkan tip berikut, anda mampu berpuasa penuh dan kekal bertenaga untuk memastikan kesihatan diri sendiri dan anak dalam kandungan sentiasa dalam keadaan baik. Inilah peluang untuk berpuasa penuh selama sebulan!


Ruby
Eva Emily Clinic
😍😍😍

Sunday, 4 June 2017

GUGUR LAGI..😱😱😱



GUGUR LAGI..😱😱😱
.
DAH BANYAK KALI GUGUR.. IBU MANA TAK SEDIH BILA GUGUR.....😫😭
.
.
Sapa - sapa yang baru dapat tau dia akan jadi mama tak lama lagi mesti teruja habis lah pada awal kandungan kan... Untuk pengetahuan bakal mama semua, pada awal kandungan tu la sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuklah KEGUGURAN..
.
SO buat bakal mama semua, tolong lah jaga kesihatan mama semua & elakkan dari lakukan perkara yang boleh mengundang KEGUGURAN yaa...
.
.
Asmin nak share sikit punca-punca keguguran. Bukan niat nak menakutkan mama semua, cuma nak ingatkan sahaja. Nak jaga memang nampak simple BUT jiak tak betul - betul boleh mengundang MASALAH BESAR.
.
So.. apa sbbnye terjadi mslh keguguran ni yerr ! Bace ni..
-------
👶 MAKANAN
...
>> Pemakanan tak sihat boleh mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Mohon elakkan makanan yang tajam dan sejuk seperti nenas, tebu, hati, limpa, minyak ikan dan macam2 lagi.
.
-> Banyakkan pengambilan produk tenusu, kekacang dan sayuran yang berprotein tinggi
-----
👶 TERLALU AKTIF
...
>> Ibu-ibu sekalian tak digalakkan melakukan aktiviti lasak dan kerja berat kerana keadaan janin di dalam rahim masih belum kukuh dan masih dalam proses pembentukan.
.
-> Minta bantuan suami atau mereka yang boleh melakukan tugas berat.
-----
👶 PAKAIAN TERLALU SENDAT / SEMPIT
...
>> Pakaian ketat akan menyekat peredaran darah dan proses perkembangan janin terbatas.
.
-> Pakaian yang selesa dan sesuai mengikut perkembangan janin di dalam perut anda
---
👶 KASUT TUMIT TINGGI
...
>> Anda memang tak digalakkan sama sekali memakai kasut tumit tinggi kerana boleh memberi kesan atau tekanan pada kandungan.
.
-> Pakai mengikut keselesaan dan jika perlu pakai kasut tumit rendah.
-------
👶 TEKANAN ATAU STRESS
.
>> Elakkan daripada stress kerana ia boleh mengakibatkan keguguran. Kemurungan dan perasaan sedih boleh mempengaruhi kandungan yang tak sihat
.
-> Lakukan aktiviti sihat dan menyeronokkan. Kawal emosi dengan sebaiknya dan pastikan anda berada di dalam zon emosi terbaik.
------
👶 PENAT
*************
>> Penat atau letih juga boleh menyebabkan keguguran kerana ia mempengaruhi pertumbesaran janin di dalam kandungan.
.
-> Rehat la secukupnya dan cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi pertumbesaran janin.
-------
👶 AMBIL UBAT DAN SUPLIMEN YANG BERSESUAIAN
...
>> Setiap ubat yang diberikan oleh doktor adalah yang terbaik buat ibu mengandung.
.
-> Jangan pernah abaikan atau ambil sambil lewa. Asid folic sangat la penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan
---------
👶 KEJUTAN
...
>> Berada dalam keadaan terperanjat atau terkejut boleh beri kesan pada kandungan. Jika terlalu terkejut akan memberi kesan kejutan pada janin. Ini boleh menyebabkan kecacatan pada janin.
.
-> Jangan lakukan kejutan pada ibu yang mengandung dan pastikan mereka berada dalam keadaan tenang.
--------
👶 KANDUNGAN TAK MENJADI
...
>> Kemungkinan bayi tak menjadi maka Allah gugurkannya di dalam kandungan. Ada sesetengah ibu mengalami kandungan anggur yang tak menjadi.
.
-> Menerima ketentuan takdir dan sentiasa positif kerana Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.
...

Ruby,
Eva Emily Clinic

Saturday, 3 June 2017

CYST OVARI BAHAYA KA? 😱😱😱😱



CYST OVARI BAHAYA KA?
😱😱😱😱
.
.
~CYST OVARI~
Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Ketumbuhan ini biasanya mengandungi cecair/fluids samada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain .
.
.
Mana satu yang merbahaya???
Cyst terbahagi kepada beberapa jenis iaitu malignant (jenis kanser) , benign ( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst).
.
1. Follicular cyst. – mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.
.
2. Corpus luteal cyst. – Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.
.
3. Hemorrhagic cyst. – cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. .
.
4. Ruptured ovarian cyst. – menyebabkan kesakitan dan perlukan pembedahan segera.
.
5. Endometriotic cyst. ovary – mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim. Perlu dibedah.
.
6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah.
Rujukan : Dr Hamid Arshat (Pakar sakit puan)


Ruby
Eva Emily Clinic

Friday, 2 June 2017

PUNCA KEGUGURAN YANG PERLU KITA SEMUA TAHU



PUNCA KEGUGURAN YANG PERLU KITA SEMUA TAHU
==========
.
.
.
Ibu hamil sangatlah PENTING untuk ambil tahu mengenai gejala2 keguguran ni..( sebelum menyesal..betul tak?)
.
>> Gejala utama yang sebaiknya diwaspadai adalah munculnya pendarahan atau bercak darah yang biasanya disertai kram pada perut bagian bawah. Di samping pendarahan dan kram, gejala keguguran lainnya meliputi keluarnya cairan atau jaringan (gumpalan darah) dari vagina.
.
Pendarahan ringan cukup umum terjadi pada tiga bulan pertama kehamilan. Tidak semua pendarahan ringan saat hamil berarti keguguran.kena tahu tu..so jgnlah risau sgt..sebaiknya pergilah berjumpa dengan doktor,ok?
.
========
Penyebab dan Faktor PENCETUS Keguguran
========
.
Walaupun penyebab kegugurun belum diketahui, pakar telah membuat kajian sekitar 70% kes keguguran yang disebabkan oleh adanya keabnormalan pada kromosom bayi.
.
Kekurangan, kelebihan atau keabnormalan kromosom dapat mengakibatkan janin tidak dapat berkembang dengan sempurna.
.
Keguguran yang terjadi pada usia kehamilan lebih tua, iaitu di atas tiga bulan, biasanya disebabkan oleh penyakit atau keadaan kesihatan ibu yang kurang baik.
.
Di luar faktor kromosom, terdapat beberapa faktor penyebab lain yang dapat meningkatkan risiko keguguran. Di antaranya:
.
1) faktor usa ibu. Risiko keguguran akan meningkat seiring usia ibu yang meningkat.
.
2) Pengaruh masalahkesihatan ibu, misalnya ada masalah pada plasenta, memiliki struktur rahim yang abnormal, leher rahim yang lemah, atau menghidap sindrom ovarium polikistik.
.
3) Penyakit jangka panjang (kronis), misalnya hipertensi yang teruk, gangguan ginjal, atau diabetes.
.
4) Pengaruh infeksi tertentu, seperti malaria, toksoplasmosis, rubela, sitomegalovirus, chlamydia (klamidia), gonore, atau sifilis.
.
5) penggunaan ubat - ubatan yang memberi kesan samping an buruk pada janin, misalnya retinoid dan ubat anti inflamasi non-steroid.
.
6) Merokok,pengambilan minuman keras dan menggunakan ubat - ubatan terlarang.
.
7) Pengambilan kafein yang berlebihan.
.
8) Kelebihan atau kekurangan berat badan.
.
9) Keguguran juga dapat terjadi jika janin terjadi di luar rahim. keadaan ini disebut sebagai ektopic pregnancy. Jenis kehamilan ini dapat mengancam nyawa kerana memiliki risiko untuk pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam.
.
Gejala-gejala kehamilan ektopik adalah tidak haid, sakit perut yang keterlaluan dan tidak baik, pendarahan dari vagina,
.
Semoga Bermanfaat



Ruby
Eva Emily Clinic

Thursday, 1 June 2017

JANGAN AMBIL MUDAH !! TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA KEHAMILAN.


TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA KEHAMILAN.
.
JANGAN AMBIL MUDAH YE KERANA IA BOLEH BAHAYAKAN NYAWA IBU DAN ANAK!
.
.
Sedang mengalami tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi ketika kehamilan?
.
.
Ambil langkah berjaga-jaga dan kawal tahap kesihatan anda. Hal ini kerana, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menjejaskan nyawa ibu dan juga bayi di dalam kandungan


Ruby
Eva Emily Clinic.😍😘

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...