Saturday 3 June 2017

CYST OVARI BAHAYA KA? 😱😱😱😱



CYST OVARI BAHAYA KA?
😱😱😱😱
.
.
~CYST OVARI~
Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Ketumbuhan ini biasanya mengandungi cecair/fluids samada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain .
.
.
Mana satu yang merbahaya???
Cyst terbahagi kepada beberapa jenis iaitu malignant (jenis kanser) , benign ( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst).
.
1. Follicular cyst. – mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.
.
2. Corpus luteal cyst. – Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.
.
3. Hemorrhagic cyst. – cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. .
.
4. Ruptured ovarian cyst. – menyebabkan kesakitan dan perlukan pembedahan segera.
.
5. Endometriotic cyst. ovary – mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim. Perlu dibedah.
.
6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah.
Rujukan : Dr Hamid Arshat (Pakar sakit puan)


Ruby
Eva Emily Clinic

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...