Monday, 29 October 2018

APAKAH ITU "BUKU PINK" ?












Buku pink adalah kad antenatal atau pranatal yang diperolehi di klinik atau hospital kerajaan. Dalam terma perubatan, ia dipanggil antenatal red card, namun kerana warna merah jambunya, ia lebih dikenali sebagai buku pink. Seeloknya dipanggil kad antenatal kerana ia juga ada dalam warna lain seperti hijau, biru, putih atau kuning jika diperolehi dari klinik dan hospital swasta.
Buku antenatal ini adalah penting kerana di dalamnya terdapat pelbagai maklumat penting seperti tarikh akhir haid, tarikh dijangka bersalin, rekod sejarah kehamilan, termasuk tarikh temu janji pemeriksaan pranatal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dan hospital kerajaan atau swasta.
Buku pink boleh didapati di mana-mana klinik yang menyediakan pemeriksaan bagi ibu hamil.
Semasa lawatan pertama, sejarah perubatan anda dan keluarga, pemeriksaan fizikal dan ujian darah akan dilakukan. Oleh itu, anda perlu membawa segala dokumen berkaitan dengan kesihatan anda apabila anda merancang untuk membuat lawatan pertama. Anda juga diminta mengingat tarikh akhir haid dan dengan itu tarikh anda dijangka bersalin (expected date of delivery - EDD) dapat ditentukan. EDD ini akan disahkan kemudiannya berdasarkan ujian imbasan ultrabunyi, dan ini dipanggil revised expected date of delivery (REDD)
Maklumat yang direkodkan dalam buku pink adalah:
1. Sejarah perubatan 
2. Pemeriksaan fizikal 
3. Ujian yang dilakukan dan keputusannya

1 comment:

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya πŸ‘‰ Jantina; wanita lebih ...