Saturday 9 March 2019

Pernah mengalami sakit senggugut yang teruk ?


Senggugut yang sangat teruk?
Mungkin anda mengalami simptom Endometriosis.
.
Endometriosis ialah keadaan dimana selaput endometrium (salah satu daripada tiga lapisan rahim) tumbuh diluar rahim seperti pada salur fallopian, ovari atau usus-usus kecil atau besar.

Ini dipanggil implan.­
.
Disebabkan implan ini berada diluar rahim, jadi ia mengalami kesukaran untuk keluar sewaktu haid dan ini yang menyebabkan kesakitan.
.
Lama- kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk ‘cysts’ serta menyebabkan lekatan (adhesion) yang membawa kepada masalah sukar hamil.
.
.
Keadaan yang akan dialami oleh wanita yang menghidap endometriosis ialah ;
✏️Haid yang banyak dan tidak teratur
✏️Senggugut (sakit semasa haid)
✏️Sakit semasa hubungan seks
✏️Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen pada pertengahan haid
✏️Mengalami kesukaran untuk hamil
.
Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan rawatan sewajarnya. Sila berjumpa dengan doktor untuk penerangan lebih lanjut.
www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...