Sunday, 21 May 2017

AWAT MAK MAK YANG MENGANDUNG WAJIB KENA MINUM AIR GULA?




AWAT MAK MAK YANG MENGANDUNG WAJIB KENA MINUM AIR GULA?

'AWAT LA ZAMAN SEKARANG KALAU MENGANDUNG JA KENA MINUM AIR GULA? padahal aku mana ada diabetes pon!'

Kalau dulu bagi yang berisiko dan ada sejarah ahli kelurga diabetes jaa yang kena minum air gula ni time mengandung TAPI peraturan la ni untuk semua emak emak yang mengandung ja WAJIB minum !!

copypaste from page pa&ma
#pregnant #diabetes #kencingmanis #airgula


Ruby
Eva Emily Clinic

Saturday, 20 May 2017

TIP - TIP MUDAH BERSALIN





Zikir-zikir mustajab yang boleh diamalkan untuk mendapat zuriat:
.
,
Bole amalkan Suami Isteri ðŸ˜Š
.
.
🌸Zikir-zikir mustajab yang boleh diamalkan untuk mendapat zuriat:
.
🌸1. Ya Khaliq (Baca 100x sehari)
Maha Pencipta
.
🌸2. Ya Bari’ (Baca 100x sehari)
Maha Perancang
.
🌸3. Ya Musau-wir (Baca 100x sehari)
Maha Pembentuk
.
🌸4. Ya Razzaq (Baca 100x sehari)
Maha Pemberi Rezeki
.
🌸5. Ya Fatah (Baca 100x sehari)
Maha Pembuka
.
🌸6. Ya Karim (Baca 100x sehari)
Maha Pemurah
.
🌸7. Ya Allah (Baca 100x sehari)
.

.
Semoga Niat, Doa Dan Usaha Termakbul ... Insan yang Berdoa Pasti Allah Akan Makbulkan. Samada cepat Atau lambat, jgn Pernah pertikaikan perancangannya.. Apa Yg penting .. Ikhtiar



Ruby
Eva Emily Clinic ðŸ˜Š

Friday, 19 May 2017

GILA MEROYAN DAN TANDA-TANDANYA !!!


GILA MEROYAN DAN TANDA-TANDANYA !!!
=====================================
.
.
Meroyan atau kemurungan adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita selepas bersalin. Gila meroyan adalah gangguan perasaan dan jiwa yang serius. Ia sangat berkait rapat dengan penjagaan sewaktu berpantang atau selepas berpantang.
.
Sehingga sampai satu tahap wanita yang mengalaminya boleh melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan diri sendiri, bayi serta orang-orang disekeliling.
.
Apa yang menyebabkan meroyan?
.
Secara hakikatnya masalah meroyan banyak dikaitkan dengan tekanan perasaan atau stress yang terlampau semasa di dalam pantang. Walaubagaimanapun faktor-faktor berikut mungkin menjadi penyebab kepada keadaan tekanan seorang ibu tersebut sehingga boleh menyebabkan meroyan. Jom kita tengok apa sebabnya :
.
✔ Kemurungan semasa kehamilan atau sejarah sakit mental terdahulu.
✔Suami yang kurang memberi sokongan semasa kehamilan dan juga semasa berpantang.
✔Pengabaian suami pada penjagaan isteri dan bayi semasa berpantang.
✔Tiada ahli keluarga yang tinggal berdekatan atau yang boleh membantu semasa berpantang.
✔Mempunyai masalah dalam kewangan, tempat kerja atau orang perseorangan.
✔Mempunyai masalah atau risiko semasa hamil dan juga semasa melahirkan.
✔Bayi yang dilahirkan pramatang atau mempunyai masalah kesihatan.
✔Bayi yang kolik dan kerap menangis.
✔Keletihan berdepan dengan ‘tugas baru’ seorang ibu.
✔Sukar dan menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu.
✔Kehilangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau suami disaat sedang hamil atau sebelum melahirkan yang boleh mendatangkan ingatan yang sedih.
.
.
Tanda dan simptom meroyan :
1. Perasaan putus asa.
2. Bersalah.
3. Letih.
4. Muram.
5. Sering menangis.
6. Gelisah.
7. Sunyi.
8. Rasa dipinggirkan dan tersisih.
9. Rasa diri tidak berguna dan sempurna.
10. Mula mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan berasa amat sedih.
.
.
Cara-cara untuk mengatasi dari terkena sakit gila meroyan :
1. Banyakkan Berehat.
2. Makan Makanan Yang Sihat Dan Berkhasiat.
3. Berurut Dan Bertungku.
4. Aktifkan Diri Dengan Kumpulan Sokongan atau Rakan-rakan Dimedia Sosial.
5. Banyakkan Berzikir Dan Mengingati Allah.
6. Bersikap Positif Selalu.
.
Sekian saja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat dan ibu-ibu pastikan anda sentiasa positif dan jangan terlalu stress. 



Ruby ,
Eva Emily Clinic








:)

Sunday, 14 May 2017

3 CABARAN BESAR IBU MENYUSU


3 CABARAN BESAR IBU MENYUSU
.
.
------------------------------
Walaupun menyusukan anak ni bagus dan sangat dituntut dalam Islam, namun hakikatnya, bukannya mudah. Banyak cabaran yang ibu kena tempuh, banyak dugaan yang nak dilalui. 
.
Sebab itulah banyak ganjaran yang Allah berikan pada ibu2 yang bersungguh-sungguh menjayakan penyusuan ni. Dan kalau si ibu tak mampu untuk menyusukan anak, suami kenalah mencari ibu susuan. Kat situ kita dah boleh nampak kan, betapa mulianya susu ibu ini?
.
Tapi itu laa kan, masih ramai lagi yang mencemuh. “Eh dah2 laa tu bagi susu badan, anak tak kenyang.. bagi laa susu formula” “Ishh apa ni menyusu depan orang? Tak malu ke?” “Bagi je la susu formula, kan senang bila kau nak keluar, boleh tinggalkan baby kat rumah”
.
Adoii, ramai pulak HAKIM kann dalam bab menyusu ni. Pening kepala makkk ðŸ˜µðŸ˜µðŸ˜µ
.
Ya, sebenarnya benda kat atas inilah cabaran yang PALING BESAR dalam penyusuan susu ibu, iaitu persepsi orang sekeliling. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian akak lah, mungkin bagi orang lain, lain pula pendapatnya.
.
So, kat bawah ni akak nak senaraikan ye cabaran2 dalam penyusuan susu ibu ni. Supaya lepas ni mommies akan lebih TABAH dan KUAT SEMANGAT okay !
.
.
#ORANG_SEKELILING
.
Ini faktor paling penting, suami kena bagi sokongan 100%. Kalau suami jenis yang tak kisah, memang payah sikit. Sebab itu golongan2 bapa pun sebenarnya kena tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu ini. Lepas suami, selalunya akan ada halangan dari ibubapa sendiri, dan ibubapa mertua. Selalunya bila baby menangis2, diorang akan kata “baby tak kenyang tu, susu kau je mana cukup, kena tambah dengan susu formula”.
.
Dan tambah pula dengan kata2 dari kawan2 “Dah kerja nanti kau bagi je anak kau susu formula, senang! Tak payah nak pam2”. Lepastu tambah pula dengan babysitter yang tak mahu jaga baby yang minum susu ibu, sebab katanya susah nak diuruskan.
.
So, akak nak pesan sikit dekat mommies ni, lepas ni mommies kena jadi DEGIL sikit. Hehe..Bila orang cakap macam-macam dekat mommies, teruskan BERDEGIL UNTUK MENYUSU ANAK ANDA. Degil juga untuk terus mengepam sampai susu dah banyak.
.
InsyaAllah bila suami dan orang sekeliling dah nampak #effort kita, dan dah mula nampak#hasilnya, insyaAllah mereka akan support kita.
.
.
#BENGKAK_SUSU
.
Benda ni memang majority ibu akan rasai masa dalam pantang. Memang sakit sangat2, Bergerak sakit, tunduk sakit, kalau sentuh lagi laaa sakit sangat. Tempat yang bengkang tu rasa panas dan kulit pun jadi merah2..
.
Macam tu laa rungutan daripada mommies yang pernah bengkak susu. Bengkak susu ni adalah keadaan apabila miss B kita jadi bengkak dan keras, sakit berdenyut-denyut dan kadang-kadang boleh sampai demam. Biasanya bengkak susu ni berlaku pada hari-hari pertama melahirkan atau bila-bila masa dalam tempoh kita menyusu.
.
Kalau mommies semua nak tahu, bengkak susu ni berlaku disebabkan oleh penghasilan susu yang melebihi jumlah yang diminum oleh bayi. Maksudnya, ‘supply melebihi demand’. Susu banyak tapi anak kurang menyusu.
.
Pastikan baby sentiasa melekap dengan sempurna. Ini juga dapat memastikan bahawa baby dapat menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan lancar. Anda juga boleh tuamkan tuala suam pada miss B setiap kali sebelum menyusu baby. Ini akan dapat memudahkan pengaliran keluar susu.
.
.
#MINDSET_SUSU_TAK_ADA
.
Salah satu perkara yang menjadi halangan buat ibu menyusu adalah mindset ibu itu sendiri. Kebanyakan ibu dah set dalam minda dia yg “dulu mak aku pun ada masalah susu, aku pun mesti macam tu jugak” “anak sulung dulu susu tak keluar..kali ni pun mesti takde susu jugak”..
.
Mommies kesayangan akak sekalian, semua ni sama sekali tidak benar tauu, sebab setiap ibu yang melahirkan pasti mempunyai susu, Penghasilan susu memang sudah bermula awal sebelum kelahiran bayi. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan keadaan nampak seperti susu tiada. Supply and demand kena tahu, dan apa yang paling penting selepas proses kelahiran ialah bayi hendaklah diberikan kepada ibu untuk disusukan.
.
.
credit to page Panduan Ibu Mengandung



Ruby,

Friday, 12 May 2017

"PERUT MAKIN BESAR, TIDUR PUN SUSAH .10 CARA BANTU IBU TIDUR LENA "




" Perut Makin Besar, Tidur Pun Susah. 10 Cara Bantu Ibu Tidur Lena "
.
.
Tentu ramai bakal ibu yang melalui pengalaman sama. Sukar tidur dan asyik terjaga di tengah malam ketika orang lain semua enak diulit mimpi. Ia bukan perkara luar biasa tetapi ibu tetap perlu melakukan sesuatu kerana kekurangan tidur boleh menyebabkan ibu hamil keletihan sepanjang hari.
------------------------------------------
1. Elak tidur siang
Elakkan tidur siang supaya anda senang untuk melelapkan mata pada waktu malam.
.
2. Tidur awal
Cuba masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan..
.
3. Elak terhidrat
Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot.
.
4. Kurangkan minum
Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan ketika waktu tidur.
.
5. Rajin bersenam
Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.
.
6. Say no to gadget!
Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.
.
7. Ubah posisi tidur
Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.
.
8. Bantal, bantal dan bantal
Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen terbaik.
.
9. Bilik yang sejuk
Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. Pastikan bilik tidur mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.

10. Berhenti makan yang pedas
Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Semoga tip berikut dapat membantu bakal ibu untuk tidur lebih lena kerana tidur berkualiti penting untuk memastikan ibu terus sihat dan cergas.


Ruby
Eva Emily Clinic

Wednesday, 10 May 2017

NI RUPANYA KERJA SAYANG SELAMA NI

NI RUPANYA KERJA SAYANG SELAMA NI
.
.
.
...
JOM KITA TENGOK
.
.
.
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
.
.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
.
.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
.
.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
.
.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
.
.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
.
.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
.
.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya..
.
.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
.
.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Tuesday, 9 May 2017

TAKE NOTE !



https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v8/f6c/1/16/2764.png<3 take note https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v8/f6c/1/16/2764.png<3
.
Beberapa perubahan pada tubuh ibu hamil di trimester pertama
( 0 – 12 minggu) kehamilan :
.
1) PEMBESARAN PAYUDARA 
Payudara akan membesar dan kencang, ini karena pada awal pembuahan terjadi peningkatan hormone kehamilan yang menimbulkan pelebaran pembuluh darah dan memberi nutrisi pada jaringan payudara.
.
2) SERING BUANG AIR KECIL 
Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini karena adanya pertumbuhan rahim yang menekan kandung kencing anda dan perubahan hormonal 
Ingat jangan mengurangi pemasukan cairan / minum anda untuk mengatasi problem ini karena anda butuh cairan lebih pada saat hamil ini. 
Dan tetap jaga kebersihan anda.
.
3) SEMBELIT
Anda mungkin akan merasa kesulitan untuk buang air besar, hal ini karena peningkatan hormone progesterone yang menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien, juga Tablet Zat Besi (iron) yang diberikan oleh dokter biasanya memyebabkan masalah konstipasi ini selain itu zat besi tablet akan menyebabkan warna feses anda kehitaman, jangan kuatir.
Atasilah dengan banyak minum air, makanan yang berserat tinggi (sayuran dan buahan) serta olahraga. 
. 
4) MORNING SICKNESS---MUAL MUNTAH 
Laporan menunjukkan bahwa separuh dari wanita hamil mengalami mual dan mulai pada bulan ke dua. Mual terhadap makanan tertentu, bahkan hanya karena mencium bau makanan tertentu saja. Hal ini kerana adanya peningkatan hormon. 
Atasilah dengan makan dalam jumlah sedikit , jangan makan dalam jumlah atau porsi besar hanya membuat anda mual. 
Anda tak perlu kuatir kalau bayi anda tak cukup nutrisi.
Dan jangan kuatir biasanya keluhan mual-muntah akan menghilang pada akhir trimester pertama. 
.
5) MERASA LELAH 
Anda akan merasa lelah, hal ini karena tubuh anda bekerja secara aktif untuk menyesuaikan secara fisik dan emosional untuk kehamilan ini. Juga peningkatan hormonal dapat mempengaruhi pola tidur anda. Carilah waktu untuk beristirahat sedapat mungkin.
.
6) SAKIT KEPALA 
Anda mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih daripada biasa, hal ini mungkin karena rasa mual, kelelahan, lapar, tekanan darah rendah, dan dapat juga karena perasaan tegang.
Atasilah dengan beristirahat, dan makanan dengan makan sedikit tapi sering biasanya dapat menolong, relaks.
.
7) PUSING 
Merasa pusing sering pada awal kehamilan hal ini karena adanya peningkatan tuntutan darah ke tubuh sehingga sewaktu anda berubah posisi dari tidur atau duduk ke posisi berdiri secara tiba-tiba, system sirkulasi darah kesulitan untuk beradaptasi. 
Bila rasa pusing tetap timbul ketika anda sedang duduk, ini biasanya karena menurunnya level gula darah anda
Bila anda sering merasa seperti ingin pingsan periksalah ke dokter anda kemungkinan anda anemia.

.
8) KRAM PERUT 
Pada trimester awal ini, anda mungkin mengalami kram perut atau kram seperti menstruasi atau rasa sakit seperti ditusuk yang timbul sebentar dan tidak menetap. Hal ini sering terjadi dan kemungkinan karena adanya pertumbuhan dan pembesaran dari rahim dimana otot dan ligament merenggang untuk menyokong rahim.
Yang harus diingat apabila kram perut yang timbul disertai perdarahan vagina, hubungi dokter anda segera, karena kedua tanda ini berhubungan dengan keguguran. 
.
9) MELUDAH 
Jangan merasa malu bila anda merasa air ludah anda menjadi agak berlebih, hal ini biasa terjadi pada kehamilan biasanya pada ibu hamil yang mengalami morning sickness. Ini biasanya timbul pada trimester pertama tapi jarang terjadi. 
Mint dipercaya dapat mngurangi air ludah. 
.
10) EMOSIONAL 
Pada trimester awal kehamilan ini juga terjadi mempengaruhi emosional menjadi tak stabil, hal ini karena adanya perubahan hormon dan juga rasa tanggung jawab baru sebagai seorang calon ibu. 
.
11) PENINGKATAN BERAT BADAN 
Pada akhir trimester pertama ini anda akan kesulitan untuk memasang kancing rok/celana panjang anda. Hal ini bukan berarti adanya peningkatan berat badan yang banyak—-tapi karena rahim anda berkembang dan memerlukan ruang dan ini semua karena pengaruh dari hormone estrogen yang menyebabkan pembesaran rahim dan hormone progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air.



Ruby
Eva Emily Clinic

Monday, 8 May 2017

KESAN ASAP ROKOK TERHADAP BAYI YANG IBU BAPA HARUS TAHU!









 KESAN ASAP ROKOK TERHADAP BAYI YANG IBU BAPA HARUS TAHU!
=====


.
Memang semua orang tahu yg kesan asap rokok terhadap bayi adalah sangat tak elok.
.
Tapi ramai yg tak tahu kesan2 yg spesifik yg disebabkan rokok. Ramai juga yang ambil ringan.
.
Biasanya si bapa akan merokok di luar, dan balik dgn menyangkakan bahawa tiada masalah kalau tidak merokok dekat dgn anak.
.
Sbenarnya tidak. Baju si bapa yg terkena asap pun sudah cukup utk membawa kesan negatif kepada bayi.
.
Berikut adalah kesan2 yg bayi anda akan hadapi jika terkena asap rokok.
.
Pesanan ringkas dari admin: Tolong nasihat pada suami kalau nak merokok, merokok jauh daripada si

kecil. Kesan sampingan kita tak nampak sekarang, tapi akan datang. Lebih elok berhenti terus.




















Sunday, 7 May 2017

CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT BELAKANG KETIKA MENGANDUNG




SAKIT BELAKANG MELAMPAU – LAMPAU TIME MENGANDUNG???
.
.
DUDUK ATAU BARING  RASA TAK SELESA???
LENGUH – LENGUH BILA BANYAK BERJALAN???
.
.
APA YANG BOLEH SAYA BUAT UNTUK NAK LEGAKAN SAKIT BELAKANG??
.
.
.

1. SENAMAN

• Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan.

• Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda.

• Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dan ke atas.

• Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda.

• Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.
.
.

2. URUTAN

• Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh.

• Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring.

• Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan.

• Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat tukang urut terlatih atau ahli fisioterapi.
.
.
3. POSTUR YANG BAIK

• Jika anda mengalami kesakitan pada tulang tongkeng, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa.

• Cuba duduk di atas kusyen lembut yang berbentuk baji atau berbentuk cincin.
.
.
4. BERENANG

• Sertai kelas akuanatal jika ada. Kelas seperti ini boleh membantu sakit belakang semasa hamil.
• Akupunktur adalah penting bagi anda mendapatkan pengamal akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merawat wanita hamil.
.
.
5. BANTAL MATERNITI

• Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu.
• Kehangatan dan air seperti Mandian hangat, tuaman panas atau pancuran air panas dapat melegakan ketidakselesaan.
.
.
6. TALI PINGGANG SOKONGAN
.
• Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda.

credit to page : Kelab Ibu Mengandung


Ruby,
Eva Emily Clinic

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...