Friday, 19 May 2017

GILA MEROYAN DAN TANDA-TANDANYA !!!


GILA MEROYAN DAN TANDA-TANDANYA !!!
=====================================
.
.
Meroyan atau kemurungan adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita selepas bersalin. Gila meroyan adalah gangguan perasaan dan jiwa yang serius. Ia sangat berkait rapat dengan penjagaan sewaktu berpantang atau selepas berpantang.
.
Sehingga sampai satu tahap wanita yang mengalaminya boleh melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan diri sendiri, bayi serta orang-orang disekeliling.
.
Apa yang menyebabkan meroyan?
.
Secara hakikatnya masalah meroyan banyak dikaitkan dengan tekanan perasaan atau stress yang terlampau semasa di dalam pantang. Walaubagaimanapun faktor-faktor berikut mungkin menjadi penyebab kepada keadaan tekanan seorang ibu tersebut sehingga boleh menyebabkan meroyan. Jom kita tengok apa sebabnya :
.
✔ Kemurungan semasa kehamilan atau sejarah sakit mental terdahulu.
✔Suami yang kurang memberi sokongan semasa kehamilan dan juga semasa berpantang.
✔Pengabaian suami pada penjagaan isteri dan bayi semasa berpantang.
✔Tiada ahli keluarga yang tinggal berdekatan atau yang boleh membantu semasa berpantang.
✔Mempunyai masalah dalam kewangan, tempat kerja atau orang perseorangan.
✔Mempunyai masalah atau risiko semasa hamil dan juga semasa melahirkan.
✔Bayi yang dilahirkan pramatang atau mempunyai masalah kesihatan.
✔Bayi yang kolik dan kerap menangis.
✔Keletihan berdepan dengan ‘tugas baru’ seorang ibu.
✔Sukar dan menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu.
✔Kehilangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau suami disaat sedang hamil atau sebelum melahirkan yang boleh mendatangkan ingatan yang sedih.
.
.
Tanda dan simptom meroyan :
1. Perasaan putus asa.
2. Bersalah.
3. Letih.
4. Muram.
5. Sering menangis.
6. Gelisah.
7. Sunyi.
8. Rasa dipinggirkan dan tersisih.
9. Rasa diri tidak berguna dan sempurna.
10. Mula mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan berasa amat sedih.
.
.
Cara-cara untuk mengatasi dari terkena sakit gila meroyan :
1. Banyakkan Berehat.
2. Makan Makanan Yang Sihat Dan Berkhasiat.
3. Berurut Dan Bertungku.
4. Aktifkan Diri Dengan Kumpulan Sokongan atau Rakan-rakan Dimedia Sosial.
5. Banyakkan Berzikir Dan Mengingati Allah.
6. Bersikap Positif Selalu.
.
Sekian saja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat dan ibu-ibu pastikan anda sentiasa positif dan jangan terlalu stress. 



Ruby ,
Eva Emily Clinic








:)

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...