Sunday, 14 May 2017

3 CABARAN BESAR IBU MENYUSU


3 CABARAN BESAR IBU MENYUSU
.
.
------------------------------
Walaupun menyusukan anak ni bagus dan sangat dituntut dalam Islam, namun hakikatnya, bukannya mudah. Banyak cabaran yang ibu kena tempuh, banyak dugaan yang nak dilalui. 
.
Sebab itulah banyak ganjaran yang Allah berikan pada ibu2 yang bersungguh-sungguh menjayakan penyusuan ni. Dan kalau si ibu tak mampu untuk menyusukan anak, suami kenalah mencari ibu susuan. Kat situ kita dah boleh nampak kan, betapa mulianya susu ibu ini?
.
Tapi itu laa kan, masih ramai lagi yang mencemuh. “Eh dah2 laa tu bagi susu badan, anak tak kenyang.. bagi laa susu formula” “Ishh apa ni menyusu depan orang? Tak malu ke?” “Bagi je la susu formula, kan senang bila kau nak keluar, boleh tinggalkan baby kat rumah”
.
Adoii, ramai pulak HAKIM kann dalam bab menyusu ni. Pening kepala makkk ðŸ˜µðŸ˜µðŸ˜µ
.
Ya, sebenarnya benda kat atas inilah cabaran yang PALING BESAR dalam penyusuan susu ibu, iaitu persepsi orang sekeliling. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian akak lah, mungkin bagi orang lain, lain pula pendapatnya.
.
So, kat bawah ni akak nak senaraikan ye cabaran2 dalam penyusuan susu ibu ni. Supaya lepas ni mommies akan lebih TABAH dan KUAT SEMANGAT okay !
.
.
#ORANG_SEKELILING
.
Ini faktor paling penting, suami kena bagi sokongan 100%. Kalau suami jenis yang tak kisah, memang payah sikit. Sebab itu golongan2 bapa pun sebenarnya kena tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu ini. Lepas suami, selalunya akan ada halangan dari ibubapa sendiri, dan ibubapa mertua. Selalunya bila baby menangis2, diorang akan kata “baby tak kenyang tu, susu kau je mana cukup, kena tambah dengan susu formula”.
.
Dan tambah pula dengan kata2 dari kawan2 “Dah kerja nanti kau bagi je anak kau susu formula, senang! Tak payah nak pam2”. Lepastu tambah pula dengan babysitter yang tak mahu jaga baby yang minum susu ibu, sebab katanya susah nak diuruskan.
.
So, akak nak pesan sikit dekat mommies ni, lepas ni mommies kena jadi DEGIL sikit. Hehe..Bila orang cakap macam-macam dekat mommies, teruskan BERDEGIL UNTUK MENYUSU ANAK ANDA. Degil juga untuk terus mengepam sampai susu dah banyak.
.
InsyaAllah bila suami dan orang sekeliling dah nampak #effort kita, dan dah mula nampak#hasilnya, insyaAllah mereka akan support kita.
.
.
#BENGKAK_SUSU
.
Benda ni memang majority ibu akan rasai masa dalam pantang. Memang sakit sangat2, Bergerak sakit, tunduk sakit, kalau sentuh lagi laaa sakit sangat. Tempat yang bengkang tu rasa panas dan kulit pun jadi merah2..
.
Macam tu laa rungutan daripada mommies yang pernah bengkak susu. Bengkak susu ni adalah keadaan apabila miss B kita jadi bengkak dan keras, sakit berdenyut-denyut dan kadang-kadang boleh sampai demam. Biasanya bengkak susu ni berlaku pada hari-hari pertama melahirkan atau bila-bila masa dalam tempoh kita menyusu.
.
Kalau mommies semua nak tahu, bengkak susu ni berlaku disebabkan oleh penghasilan susu yang melebihi jumlah yang diminum oleh bayi. Maksudnya, ‘supply melebihi demand’. Susu banyak tapi anak kurang menyusu.
.
Pastikan baby sentiasa melekap dengan sempurna. Ini juga dapat memastikan bahawa baby dapat menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan lancar. Anda juga boleh tuamkan tuala suam pada miss B setiap kali sebelum menyusu baby. Ini akan dapat memudahkan pengaliran keluar susu.
.
.
#MINDSET_SUSU_TAK_ADA
.
Salah satu perkara yang menjadi halangan buat ibu menyusu adalah mindset ibu itu sendiri. Kebanyakan ibu dah set dalam minda dia yg “dulu mak aku pun ada masalah susu, aku pun mesti macam tu jugak” “anak sulung dulu susu tak keluar..kali ni pun mesti takde susu jugak”..
.
Mommies kesayangan akak sekalian, semua ni sama sekali tidak benar tauu, sebab setiap ibu yang melahirkan pasti mempunyai susu, Penghasilan susu memang sudah bermula awal sebelum kelahiran bayi. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan keadaan nampak seperti susu tiada. Supply and demand kena tahu, dan apa yang paling penting selepas proses kelahiran ialah bayi hendaklah diberikan kepada ibu untuk disusukan.
.
.
credit to page Panduan Ibu Mengandung



Ruby,

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...