SAKIT BELAKANG MELAMPAU – LAMPAU TIME MENGANDUNG???
.
.
DUDUK ATAU BARING RASA TAK SELESA???
LENGUH – LENGUH BILA BANYAK BERJALAN???
.
.
APA YANG BOLEH SAYA BUAT UNTUK NAK LEGAKAN SAKIT BELAKANG??
.
.
.
1. SENAMAN
• Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan
tekanan.
• Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda.
• Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas,
kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dan ke atas.
• Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10
saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda.
• Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.
.
.
2. URUTAN
• Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh.
• Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau
baring mengiring.
• Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan
otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda
perlahan-lahan.
• Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat tukang
urut terlatih atau ahli fisioterapi.
.
.
3. POSTUR YANG BAIK
• Jika anda mengalami kesakitan pada tulang tongkeng,
elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda
rasa selesa.
• Cuba duduk di atas kusyen lembut yang berbentuk baji atau
berbentuk cincin.
.
.
4. BERENANG
• Sertai kelas akuanatal jika ada. Kelas seperti ini boleh
membantu sakit belakang semasa hamil.
• Akupunktur adalah penting bagi anda mendapatkan pengamal
akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merawat wanita hamil.
.
.
5. BANTAL MATERNITI
• Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di
bawah perut dapat membantu.
• Kehangatan dan air seperti Mandian hangat, tuaman panas
atau pancuran air panas dapat melegakan ketidakselesaan.
.
.
6. TALI PINGGANG SOKONGAN
.
• Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan
mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda.
No comments:
Post a Comment