Thursday, 30 March 2017

BOLEHKAH WANITA HAMIL BERURUT????



BOLEHKAH WANITA HAMIL BERURUT ???
.
.
Rawatan berurut memberikan faedah kepada ibu yang hamil tetapi tidak dinafikan berurut juga boleh mendatangkan mudarat jika tidak dilakukan oleh orang-orang professional dalam bidang tersebut. Bukan semua pengurut itu benar-benar tahu mengurut lebih-lebih lagi urutan untuk wanita sedang hamil ini. Ada yang cuma mengurut berdasarkan pengalaman sahaja, ada juga yang buat-buat tahu berurut. Ramai doktor yang agak berat untuk mengesyorkan pada wanita hamil untuk berurut disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang boleh memudaratkan ibu dan anak di dalam kandungan. Silap hari bulan boleh menyebabkan rahim itu mengecut dan berlakulah keguguran.
.
.
SERING LENGUH BADAN, SENDI DAN KEKEJANGAN OTOT.
.
Bagi ibu yang sedang hamil memang menjadi lumrah bila sampai tempoh kehamilan trimester yang ketiga selalunya akan mengalami masalah lenguh badan, sakit pinggang, sakit sendi, tumit kaki serta kejang otot. Inilah yang menjadi sebab utama para ibu lebih senang jika kesakitan ini diselesaikan dengan rawatan berurut. Pastikan anda berjumpa dan bertanya dengan pakar terlebih dahulu sebelum membuat rawatan ini dan sebolehnya carilah tukang urut yang betul-betul arif dan faham dengan tugasnya. Kerana mengurut wanita sedang hamil adalah berbeza kaedah dan caranya dengan yang tidak hamil.
.
.
ELAKKAN MENGURUT DIBAHAGIAN ABDOMEN
.
Terdapat tempat-tempat tertentu yang perlu dielakkan jika membuat rawatan urut ini. Di bahagian abdomen adalah yang paling perlu dielakkan kerana urutan di bahagian ini akan merangsang rahim wanita itu mengecut dan mengundang keguguran. Pengurut yang baik tidak akan mengurut dengan terlalu kuat dibahagian otot peha dan betis kerana bimbang darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tetanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan membolehkan stroke berlaku. Kesilapan oleh pengurut yang tidak bertauliah adalah dengan menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan pesakit. Cara ini tidak mendatangkan manfaat malah menyebabkan kemudaratan pada pesakit.
.
.


ANKLE & WRIST PERLU URUTAN LEMBUT
.
Selain abdomen bahagian pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga adalah bahgian yang paling sensitif dan perlu diberikan urutan yang perlahan sahaja. Sekadar untuk memberi keselesaan dan kelegaan para ibu hamil. Jika diberikan urutan yang berlebihan pastinya akan merangsang otot-otot bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran. Jika anda berasa sakit ketika sedang berurut seolah-olah rasa hendak melahirkan cepat-cepat beritahu pada tukang urut untuk memberhentikan urutan dan dapatkan konsultansi dari doktor pakar perbidanan.
.
.
URUTAN YANG BETUL MENENANGKAN WANITA HAMIL
.
Tidak menjadi satu kesalahan andai kata anda ingin mendapatkan rawatan berurut ini cuma pastikan anda menggunakan khidmat dari yang pakar sahaja dan bukanlah oleh pengurut yang tidak bertauliah. Ternyata urutan yang betul boleh mengurangkan stress pada wanita hamil. Stress inilah yang menjadi penyebab wanita hamil sentiasa berasa penat dan tidak bertenaga. Urutan juga dapat mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga dapat mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Ini dapat membantu wanita hamil untuk tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.
.
.
ANTARA WANITA HAMIL YANG TIDAK DIGALAKKAN BERURUT.
·         Kehamilan bersama penyakit hypertension & preecclampsia
·         Pernah mengalami kehairan pra matang
·         Pernah keguguran ( miscarriage )

·         Kehamilan kurang dari 12 minggu

Wednesday, 29 March 2017

SCAN


Wifey πŸ‘©πŸΌ : bang, besokk jom kita gi klinikk... saya nak scan... nk tgk baby boy ke baby girl πŸ˜š
Shubend πŸ‘±πŸΌ : aikkk, baru tdi buat UPT, besok dah nak pergi scan? belum boleh nampak la sayang 
Wifey πŸ‘©πŸΌ : tapi google cakap boleh la. alaa bang jom la πŸ˜ž
Shubend : πŸ˜‘




So, shubend n wifey di luar sana, usia kandungan brp minggu dah boleh nampak jantina? πŸ€”πŸ‘ΆπŸ»
Selalunya 2⃣0⃣ minggu keatas. kalau nampak lagi awal tu rezeki korang la tu  tetapi bergantung jugak kepada mantapnya mesin scan yang nak teropong dan kedudukan bayi πŸ‘ΆπŸ» jugak.
tapi kalau bayi mengepit susahlah nak nampak jantinanya sebab haa ni pun nak kena habaq letihla medic on duty masa tu πŸ™ŠπŸ™ˆ..


,

\


Tuesday, 28 March 2017

PLEASE take note guys..! ESPECIALLY our beloved mother out there..

PLEASE take note guys..! ESPECIALLY our beloved mother out there..

1. Sakit Telapak Kaki



2. Sakit Tumit


Monday, 27 March 2017

Pentingnya Susu badan...


KALAU NAK PARAS JAUNDIS BAYI CEPAT TURUN, BAGI SUSU IBU DENGAN KERAP. UBAT PALING MUJARAB!
Antara soalan popular yang ditanya oleh ibu-ibu baru bersalin iaitu "macam mana nak turunkan jaundis baby?"
"Apa ubat nak bagi pada baby aku yang jaundis ni? Kalau ada memang aku nak beli. Risau tengok baby dah start kuning," tanya Shira pada kawannya.
"Eh apa susah-susah nak beli ubat. Kau bagi je susu ibu kat baby, nanti turunlah bacaan jaundis anak kau," jelas Ruby pula.
Betulkah tiada ubat untuk masalah bayi jaundis?
Kebanyakan ibu terutama yang baru pertama kali melahirkan anak akan panik dan tertanya-tanya apakah ubat paling mujarab untuk menurunkan paras jaundis bayi. Macam-macam petua dan cara dikongsikan oleh kawan-kawan dan saudara-mara untuk menurunkan jaundis bayi.


Sebenarnya ibu-ibu tak perlu bersusah payah membeli pelbagai 'ubat' yang kononnya sangat mujarab untuk menurunkan paras jaundis bayi anda. Sebaliknya ada cara yang cepat dan mudah untuk turunkan jaundis anak dan ia ada pada ibu-ibu semua.
Teknik dan rawatan yang selamat untuk menurunkan jaundis dan cara ini memang disarankan oleh para pakar perubatan iaitu menyusukan bayi dengan kerap. Bayi baru lahir memang akan sentiasa tidur sepanjang masa, jadi ibu perlu mengejutkan bayi untuk bangun menyusu. Jangan biarkan bayi terus tidur tanpa disusukan. Kalau boleh susukan bayi setiap 1-2 jam.
Namun, ada juga kes di mana bayi sudah disusukan dengan kerap tetapi paras jaundis masih lagi tidak turun malahan semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.
Jika bayi anda mengalami perkara tersebut, ini bermaksud bayi tidak dapat minum susu ibu dengan betul berikutan cara ibu menyusukan bayi adalah tidak betul. Dengan kata lain lekapan penyusuan adalah salah.
Bila keadaan ini berlaku, bayi bukannya menyusu sebaliknya hanya menghisap puting payudara ibu dan dia tidak menelan susu. Oleh sebab itu bayi tidak mendapat cukup susu dan paras jaundis juga susah untuk turun. :)
Jadi, ibu perlu tahu tentang kedudukan yang betul semasa menyusukan bayi supaya dia dapat menghisap dan menelan susu ibu dengan betul. Lekapan yang salah semasa menyusukan bayi menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan lancar seterusnya bayi tidak cukup susu, tak puas menyusu dan akan menyusu dalam tempoh masa yang lama.
Perlu diingatkan supaya ibu tidak memberi sebarang cecair lain seperti air masak, susu kambing, atau apa sahaja cecair kepada bayi selain daripada susu ibu. Ini kerana saiz perut bayi sangat kecil. Sedikit air sahaja sudah menyebabkan bayi kenyang dan enggan menyusu dengan kerap.
Selain daripada kerap menyusukan bayi, rawatan meletakkan bayi di bawah pancaran lampu ultraviolet seperti di hospital juga membantu menurunkan paras jaundis bayi. Jangan risau kerana rawatan ini selamat dan tidak berbahaya.
Ibu juga perlu menjaga pemakanan iaitu makan makanan yang sihat dan seimbang ketika berpantang dan menyusukan bayi. Jangan berdiet atau menyekat sebarang pengambilan air dan makanan berkhasiat kerana ia penting untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan berkualiti.
Walaupun ibu susah hati dan risau melihat bayi kena jaundis, tetapi ibu perlu menjaga emosi supaya tidak tertekan. Bila terlalu stres dan tertekan, bimbang akan mengganggu penghasilan susu ibu selain berisiko kena meroyan. Bila susu kurang dihasilkan, bagaimana anda hendak menyusukan bayi dengan kerap?
Ini kerana fokus utama rawatan bayi jaundis adalah menurunkan paras jaundis melalui pengeluaran najis. Ini kerana 90% jaundis bayi keluar melalui najis berbanding hanya 10% sahaja keluar melalui air kencing.
Oleh itu ibu mesti memastikan bayi sentiasa kenyang supaya dia kerap buang air besar dan bukannya kerap kencing! Jika bayi kerap buang air besar, jaundisnya cepat turun, tetapi jika dia kerap kencing, jaundisnya lebih lambat turun.



Sunday, 26 March 2017




Jaga2 mommies to be... :) TAke noted ya...
kalau rasa ada TANDA - TANDA, cepat2 ke KLINIK berdekatan.



Saturday, 25 March 2017

Kaki cramp malam2πŸŒ›, mcm mana nak hilangkan?πŸ€”


 Kaki cramp malam2πŸŒ›, mcm mana nak hilangkan?πŸ€”

Kaki cramp sewaktu mengandung selalunya disebabkan badan anda tak cukup kalsium..

Kalsium akan diguna dengan sangat bnyk sewaktu mengandung untuk pembesaran bayi, dan pembentukan tulang bayi......

kalau tak cukup pengambilan kalsium, bayi akan start curi kalsium dari badan dan tulang ibu..

jadi bila kalsium dlam badan ibu berkurangan ibu akan start alami
1. cramp kaki ( selalunya bila masuk 30minggu ke atas)
2. luruh rambut
3. sakit tulang
4. sakit gigi dan gigi menjadi longgar

jadi ibu2.. penting untuk anda ambil suplement kalsium secara mencukupi .. tak kisahlah melalui susu🍼, pil kalsiumπŸ’Š atau pemakanan πŸ§€.. asalkan ambil yer...πŸ˜‰

syg baby syg jugak.. Jgn sampai diri sendiri terabai ya..😘

Bnyk lg diri tu nak buat lps nih .. susukan baby lg, besarkan baby jadi manusia berguna.. anda perlu sihat untuk buat semua tu .. okay

Friday, 24 March 2017

My pregnancy PLATE


Perlukah saya mengubah cara pemakanan sekarang saya hamil ? πŸ€”

Jika anda baru tahu anda hamil, tahniah !
Saya akan kongsikan tips tips yg sangat penting kepada anda tentang cara pemakanan / diet πŸ…πŸΌπŸ— ketika hamil. Tips-tips ini dapat membantu mengekalkan kesihatan anda ke tahap yang optimum seterusnya dapat membantu bayi anda dalam proses tumbesaran sepanjang tempoh kehamilan...

Thursday, 23 March 2017

Bleeding during Pregnancy


Medic on duty : asalamualaikum puan, kenapa ye?

Puan J : hmmm DARAH TURUN la cik dri private part... saya pregnant.

Medic on duty : boleh saya tau berapa minggu kandungan puan? ...

Puan J : hmmm 34 minggu.

Medic on duty : 34 minggu?! bila start BLEEDING tu? baru lagi ke? 😨

Puan J : Dah 2 hari hmm. cepat sikit boleh saya pening kepala la.

Medic on duty : 2 hari dah?! ( ambik wheelchair ) puan duduk atas ni. ( resus bell can be heard )

So, perlu ke pergi hospital kalau ada bleeding? boleh tak pergi lusa waimah bleeding da 4 hari? boleh ke? haa boleh ke tak? Jawapanyaa : NO.

Take notes yaa ibu ibu, fyi 'bleeding' @ darah turun sewaktu mengandung adalah tidak normal πŸ™…πŸ» KECUALI kandungan anda dah cukup bulan ( 37 weeks dan ke atas ) kerana lendiran yg seakan seakan darah akan turun sewaktu proses jalan terbuka. itu la yg kita panggil 'show'. kalau da cukup weeks dan berlaku perkara mcm ni, tak perlu dirisaukan sangat tapi janganla tak risau sangat πŸ˜‘
bolehla ibu-ibu pada masa ni buat preparation untuk deliveryy nanti 😁

kalau usia kandungan kurang dari 37 minggu dan anda mengalami pendarahan, WAJIB DAN SEGERA ke klinik atau hospital terdekat πŸ₯πŸš‘ haaa husband yg tersayang perlu ambil tau pasal perkara ni yea sebab kadang kadang wife lupa la apa la, malu la nak habaq yg depa ni ada bleedingg πŸ˜‚

Haaa ni nak habaq lagi, pendarahan sewaktu mengandung ni ada yg bahaya kpd kandungan, ada yang tak bahaya, jadi penting untuk ibu-ibu pergi periksa status pendarahan anda, okay ibu ibu semua? 😌 kalau medical officer dah periksa dan bagi tau pendarahan ni tak bahaya, dah tak perlu risau KECUALI pendarahan berulang atau semakin banyak. haa kalau jadi hat ni, pi laa hospital cepat cepat nah. jangan tangguh mcm Puan J tdi

Wednesday, 22 March 2017

Kenapa kena minum air gula?πŸ€”πŸ€”


Kenapa kena minum air gula?

Bila mengandung, hormon kita akan berubah πŸ˜Œ... Perubahan hormon nih menyebabkan gula yang kita ambil talah diserap masuk di dalam sel .. jadinya gula akan banyk di dalam salur darah...

gula yang tinggi di dalam salur darah boleh mereputkan salur daRah dan membahayakan bayi πŸ˜±.....

Tak semua org akan alami masalah gula tak diserap nih... sebahagian besar wanita mengandung akan kena..

Mcm mana nak tahu anda tergolong dalm ibu mengandung yang tak dapat proses gula dgn baik?

Haaa...Sbb tulah kita buat ujian minum air gula ni.... sepatutnya kalau anda normal anda akan dapat proses gula yg diminum tu dan dalam masa 2 jam gula yg anda minum akan diurus oleh badan supaya tidak bertakung dalam salur darah..

Tp kalau slps 2 jam minum air gula, gula dlm darah masih tinggi itu maknanya , badan anda tak dapat proses gula dgn optimum.. keadaan ini juga dikenali sebagai 'Gestational Diabetes Mellitus' (GDM) atau Diabetes SEMASA mengandung...dan mesti dipantau rapi sbb kalau dbiarkan boleh mudaratkan bayi..πŸ‘ΆπŸ»

ok?πŸ‘ŒπŸ½.. so anda dah faham kenapa kena minum air gula?
bukan saja2 ya.😌.. penting untuk kesihatan bayi anda yg tercinta dalam kandungan tu..

Tuesday, 21 March 2017

Perut Mengeras TANDA nak bersalin ka???


'Doc doc, perut saya selalu rasa keras doc, tapi tak sakit. saya dah nak bersalin ke doc, tpi rasanyaa awal lagi 😰'

alright. buat bakal bakal ibu diluar sana mahupun 'otai otai' ibu, take notes ya

bagi wanita yang sedang mengandung, perut 'mengeras' sangat biasa berlaku. okay 'mengeras' ni ada DUA ...

yang pertama : faktor baby yang bergerak ( menongeng / mengeliat / kicking ) di dalam 'womb' ibu menyebabkan kita rasa macam perut mengeras

yang kedua, ( haa hat ni kena jaga jaga ) : faktor kedua adalah CONTRACTION yang berlaku. haa contraction ni la faktor utama fasa 'delivery' nak berlaku.

so the common question isi, 'macam mana nak beza dua benda ni doc?'

if disebabkan she or him πŸ‘ΆπŸΌ, perut kita mengeras secara tak sekata, sometimes satu tempat jer. lepas tu perkara ni boleh berlanjutan 2 ke 5 minit. haa cmtu la cita dia.

BUT if perut kita mengeras disebabkan ada CONTRACTION, semua area rahim terlibatt. bukan rahim sepahtu tu. ni rahim lain hiks  okay okay back to topic. perkara ni kalau berlaku rasa sampai ke pinggang then selalunya tak sampai seminit pun, then stop selepas tu dia akan datang balik, dia datang dan pergi sesuka hati dia jeew. and then most importantly haa kalau this thing happen dalam masa tak cukup bulan lagi, beritahu cik abang bawak to nearest clinic hospital πŸš‘ SEGERA !

Tapi kalau da sampai tempoh tu, contraction ni biasa berlaku so ibu ibu di luar sana just chill and relax. tunggu sehingga contraction tu betul-betul kuat ( bukan biasa biasa ) baru pergi hospital, okayy?

and last thing nak habaq haa, CONTRACTION yang bukan biasa biasa ni mampu buatkan jalan anda terbuka ( baby incominggg guysssss )  and this thing happen dalam masa 10 minit bakal ibu @ 'otai-otai' ibu akan rasa 2x contraction

kalau sejam sekali atau 30 min sekali tu baru la boleh bitau cik abang antar cik adik pergi ke hospital untukk 'standby' and bagi ibu rileks sikit

last but not least, yg paling penting jangan panik. keep calm dan perbanyakkan berehat  untuk 'save energy' terutamanya buat bakal ibu sebab bila da 'battle of birth' nanti, u gonna need that energy ! πŸ’ͺ🏼 hope this info can be useful  goodluck to our mother out there ! fightinggg !

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya πŸ‘‰ Jantina; wanita lebih ...