BOLEHKAH WANITA HAMIL BERURUT ???
.
.
Rawatan berurut
memberikan faedah kepada ibu yang hamil tetapi tidak dinafikan berurut juga
boleh mendatangkan mudarat jika tidak dilakukan oleh orang-orang professional
dalam bidang tersebut. Bukan semua pengurut itu benar-benar tahu mengurut
lebih-lebih lagi urutan untuk wanita sedang hamil ini. Ada yang cuma mengurut berdasarkan
pengalaman sahaja, ada juga yang buat-buat tahu berurut. Ramai doktor yang agak
berat untuk mengesyorkan pada wanita hamil untuk berurut disebabkan oleh
faktor-faktor tertentu yang boleh memudaratkan ibu dan anak di dalam kandungan.
Silap hari bulan boleh menyebabkan rahim itu mengecut dan berlakulah keguguran.
.
.
SERING LENGUH BADAN, SENDI DAN KEKEJANGAN OTOT.
.
Bagi ibu yang
sedang hamil memang menjadi lumrah bila sampai tempoh kehamilan trimester yang
ketiga selalunya akan mengalami masalah lenguh badan, sakit pinggang, sakit
sendi, tumit kaki serta kejang otot. Inilah yang menjadi sebab utama para ibu
lebih senang jika kesakitan ini diselesaikan dengan rawatan berurut. Pastikan
anda berjumpa dan bertanya dengan pakar terlebih dahulu sebelum membuat rawatan
ini dan sebolehnya carilah tukang urut yang betul-betul arif dan faham dengan
tugasnya. Kerana mengurut wanita sedang hamil adalah berbeza kaedah dan caranya
dengan yang tidak hamil.
.
.
ELAKKAN MENGURUT DIBAHAGIAN ABDOMEN
.
Terdapat
tempat-tempat tertentu yang perlu dielakkan jika membuat rawatan urut ini. Di
bahagian abdomen adalah yang paling perlu dielakkan kerana urutan di bahagian
ini akan merangsang rahim wanita itu mengecut dan mengundang keguguran.
Pengurut yang baik tidak akan mengurut dengan terlalu kuat dibahagian otot peha
dan betis kerana bimbang darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan
tetanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk
thrombus dan membolehkan stroke berlaku. Kesilapan oleh pengurut yang tidak
bertauliah adalah dengan menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot
menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan pesakit. Cara ini
tidak mendatangkan manfaat malah menyebabkan kemudaratan pada pesakit.
.
.
ANKLE & WRIST PERLU URUTAN LEMBUT
.
Selain abdomen
bahagian pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga adalah bahgian yang
paling sensitif dan perlu diberikan urutan yang perlahan sahaja. Sekadar untuk
memberi keselesaan dan kelegaan para ibu hamil. Jika diberikan urutan yang berlebihan
pastinya akan merangsang otot-otot bahagian abdomen dan pelvik terutama otot
rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran. Jika anda berasa sakit ketika
sedang berurut seolah-olah rasa hendak melahirkan cepat-cepat beritahu pada
tukang urut untuk memberhentikan urutan dan dapatkan konsultansi dari doktor
pakar perbidanan.
.
.
URUTAN YANG BETUL MENENANGKAN WANITA HAMIL
.
Tidak menjadi satu
kesalahan andai kata anda ingin mendapatkan rawatan berurut ini cuma pastikan
anda menggunakan khidmat dari yang pakar sahaja dan bukanlah oleh pengurut yang
tidak bertauliah. Ternyata urutan yang betul boleh mengurangkan stress pada
wanita hamil. Stress inilah yang menjadi penyebab wanita hamil sentiasa berasa
penat dan tidak bertenaga. Urutan juga dapat mengurangkan kesakitan dan
memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga dapat
mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Ini dapat membantu wanita hamil
untuk tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.
.
.
ANTARA WANITA HAMIL YANG TIDAK DIGALAKKAN BERURUT.
·
Kehamilan bersama penyakit hypertension & preecclampsia
·
Pernah mengalami kehairan pra matang
·
Pernah keguguran ( miscarriage )
·
Kehamilan kurang dari 12 minggu
No comments:
Post a Comment