Klinik Perubatan No 47, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid 3, 05050 Alor Setar, Kedah. H/P : 016-3880049
Monday, 13 March 2017
GARIS PANDUAN PEMAKANAN SIHAT ketika MENGANDUNG..
Perkara yang anda perlu tahu,
Ketika mengandung, sebahagian nutrisi menjadi lebih penting berbanding nutrisi yang lain. Bukannya anda tidak perlukan nutrisi ini pada waktu yang lain, apa yang kami maksudkan adalah anda mungkin ingin tahu mengenai pemakanan yang mengandung nutrisi terbaik untuk anda dan bayi anda pada waktu perkembangan bayi anda. Berikut merupakan makanan yang patut di ambil oleh anda untuk anda serta bayi di dalam kandungan anda.
1. MAKAN JENIS MAKANAN YANG PELBAGAI
Makanan yang pelbagai kebiasaannya akan membekalkan lebih banyak nutrisi yang penting. Kebanyakan vitamin dan mineral yang di perlukan adalah dalam amaun yang sedikit. Jadi, sekiranya anda sentiasa mengubah makan yang anda makan setiap hari, anda mungkin akan mendapat kebanyakan vitamin dan mineral itu walaupun dalam jumlah yang sedikit.
Sebagai contoh, sekiranya anda penggemar nasi goreng, cuba nasi goreng paprik, nasi goreng ayam, nasi goreng pattaya, mee gorang, kue teow goreng berbanding anda hanya makan nasi goreng kosong setiap hari.
Cuba juga sayur sayur yang pelbagai jenis.Tambahkan buah buahan dalam menu sarapan pagi anda. Tambahkan juga kekacang sekiranya anda tidak mempunyai masalah terhadapnya.
2. MAKAN MAKAN YANG TINGGI FIBRE DAN KARBOHIDRAT
Roti, nasi, cereals, pasta, oats, mee dan sekiranya anda boleh, maize, millet dan cornmeal. Kesemuanya menyediakan tenaga dalam bentuk karbohidrat, fibre, sedikit kalsium dan zat besi, dan juga vitamin B.
3. MAKAN BANYAK BUAHAN DAN SAYURAN
Buah yang di makan boleh jadi buahan segar, atau yang di bekukan, atau buahan bertin, atau buahan yang di keringkan atau mungkin jus buahan.
Sayuran termasuk sayuran hijau seperti kubis, brokoli, dan sawi, sayuran berakar seperti lobak, ubi kentang, dan selainnya seperti kekacang dan jagung. Kesemua makanan ini membekalkan vitamin C, carotenes (sejenis vitamin A) folates (termasuk sebahagiannya vitamin B), fiber dan tenaga.
4. MAKAN DAN MINUM AMAUN SEDERHANA SUSU DAN PRODUK TENUSU YANG LAIN
Ianya termasuk keju, yogurt dan fromage frais. Anda mungkin ingin gunakan jenis yang rendah lemak seperti susu separa skim berbanding susu lemak berkrim untuk mengurangkan bilangan kalori dan tidak ada masalah untuk perubahan tersebut. Makanan tenusu membekalkan kalsium, zink, protein, vitamin B2, B12, dan vitamin A dan D.
5. MAKAN AMAUN YANG SEDERHANA DAGING, IKAN DAN SEANGKATAN DENGANNYA
Daging, poultry, ikan, telur, kekacang, nuts, beans dan pulses membekalkan protein, zat besi, Vitamin B terutamanya B12, zink dan magnesium.
Untuk post seterusnya kita akan bincangkan jenis makanan yang patut anda kurangkan d waktu awal mengandung ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?
SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...
-
Penat juga apabila asyik mual dan muntah ketika hamil ni. Apa kata akak-akak cuba 5 tips ni ! ..........................................
-
7 SEBAB BERLAKUNYA ‘SPOTTING’ & PENDARAHAN KETIKA HAMIL Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada...
-
Makanan Ibu Hamil Agar Kulit Bayi Putih dan Bersih Ketika Lahir. . 1. Kelapa Jika di Indonesia, air kelapa dipercayai dapat membuat k...
No comments:
Post a Comment