Monday, 27 March 2017

Pentingnya Susu badan...


KALAU NAK PARAS JAUNDIS BAYI CEPAT TURUN, BAGI SUSU IBU DENGAN KERAP. UBAT PALING MUJARAB!
Antara soalan popular yang ditanya oleh ibu-ibu baru bersalin iaitu "macam mana nak turunkan jaundis baby?"
"Apa ubat nak bagi pada baby aku yang jaundis ni? Kalau ada memang aku nak beli. Risau tengok baby dah start kuning," tanya Shira pada kawannya.
"Eh apa susah-susah nak beli ubat. Kau bagi je susu ibu kat baby, nanti turunlah bacaan jaundis anak kau," jelas Ruby pula.
Betulkah tiada ubat untuk masalah bayi jaundis?
Kebanyakan ibu terutama yang baru pertama kali melahirkan anak akan panik dan tertanya-tanya apakah ubat paling mujarab untuk menurunkan paras jaundis bayi. Macam-macam petua dan cara dikongsikan oleh kawan-kawan dan saudara-mara untuk menurunkan jaundis bayi.


Sebenarnya ibu-ibu tak perlu bersusah payah membeli pelbagai 'ubat' yang kononnya sangat mujarab untuk menurunkan paras jaundis bayi anda. Sebaliknya ada cara yang cepat dan mudah untuk turunkan jaundis anak dan ia ada pada ibu-ibu semua.
Teknik dan rawatan yang selamat untuk menurunkan jaundis dan cara ini memang disarankan oleh para pakar perubatan iaitu menyusukan bayi dengan kerap. Bayi baru lahir memang akan sentiasa tidur sepanjang masa, jadi ibu perlu mengejutkan bayi untuk bangun menyusu. Jangan biarkan bayi terus tidur tanpa disusukan. Kalau boleh susukan bayi setiap 1-2 jam.
Namun, ada juga kes di mana bayi sudah disusukan dengan kerap tetapi paras jaundis masih lagi tidak turun malahan semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.
Jika bayi anda mengalami perkara tersebut, ini bermaksud bayi tidak dapat minum susu ibu dengan betul berikutan cara ibu menyusukan bayi adalah tidak betul. Dengan kata lain lekapan penyusuan adalah salah.
Bila keadaan ini berlaku, bayi bukannya menyusu sebaliknya hanya menghisap puting payudara ibu dan dia tidak menelan susu. Oleh sebab itu bayi tidak mendapat cukup susu dan paras jaundis juga susah untuk turun. :)
Jadi, ibu perlu tahu tentang kedudukan yang betul semasa menyusukan bayi supaya dia dapat menghisap dan menelan susu ibu dengan betul. Lekapan yang salah semasa menyusukan bayi menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan lancar seterusnya bayi tidak cukup susu, tak puas menyusu dan akan menyusu dalam tempoh masa yang lama.
Perlu diingatkan supaya ibu tidak memberi sebarang cecair lain seperti air masak, susu kambing, atau apa sahaja cecair kepada bayi selain daripada susu ibu. Ini kerana saiz perut bayi sangat kecil. Sedikit air sahaja sudah menyebabkan bayi kenyang dan enggan menyusu dengan kerap.
Selain daripada kerap menyusukan bayi, rawatan meletakkan bayi di bawah pancaran lampu ultraviolet seperti di hospital juga membantu menurunkan paras jaundis bayi. Jangan risau kerana rawatan ini selamat dan tidak berbahaya.
Ibu juga perlu menjaga pemakanan iaitu makan makanan yang sihat dan seimbang ketika berpantang dan menyusukan bayi. Jangan berdiet atau menyekat sebarang pengambilan air dan makanan berkhasiat kerana ia penting untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan berkualiti.
Walaupun ibu susah hati dan risau melihat bayi kena jaundis, tetapi ibu perlu menjaga emosi supaya tidak tertekan. Bila terlalu stres dan tertekan, bimbang akan mengganggu penghasilan susu ibu selain berisiko kena meroyan. Bila susu kurang dihasilkan, bagaimana anda hendak menyusukan bayi dengan kerap?
Ini kerana fokus utama rawatan bayi jaundis adalah menurunkan paras jaundis melalui pengeluaran najis. Ini kerana 90% jaundis bayi keluar melalui najis berbanding hanya 10% sahaja keluar melalui air kencing.
Oleh itu ibu mesti memastikan bayi sentiasa kenyang supaya dia kerap buang air besar dan bukannya kerap kencing! Jika bayi kerap buang air besar, jaundisnya cepat turun, tetapi jika dia kerap kencing, jaundisnya lebih lambat turun.



No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...