Wednesday, 27 February 2019

Demam campak boleh dicegah melaui vaksinasi MMR


Bolehkah demam campak DICEGAH ?
.
Boleh.
.
.
Ada juga beberapa kes di Eva yang disyaki campak atau measles.
.
Kes-kes ini perlu dinotifikasi dan kanak-kanak perlu dikuarantin.
.
Mereka dihantar ke fasiliti kesihatan kerajaan bagi ujian darah untuk pengesahan diagnosis penyakit campak atau measles.
.
Diharapkan ibu bapa alert jika anak-anak mempunyai demam, batuk selsema dan badan dinaiki ruam kecil.
.
Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 9 bulan dan kemudian ketika berumur 1 tahun.
.
Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.
.
Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor.
.
www.evaemilyclinic.com

Sunday, 24 February 2019

10 sebab kenapa ibu mengandung perlu MANTAPKAN bacaan Hb


10 sebab kenapa ibu mengandung perlu MANTAPKAN bacaan Hb (hemoglobin @ sel darah merah)
=====================================================
Bacaan Hb yang baik sepanjang mengandung adalah 11 dan ke atas.
📛"Apa yang penting sangat Hb kena elok?
Tak rasa simptom apa pun"
Semua tahu, sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan anggota badan.
Hb yang rendah @ ANEMIA boleh meningkatkan risiko dan komplikasi ke atas IBU MENGANDUNG & BAYI.
Ya, kerisauan ini BERSEBAB.
.
.
KOMPLIKASI KEPADA IBU
1. Pendarahan sewaktu mengandung (pendarahan antepartum).
2. Jangkitan kuman (septisemia, septic shock)
3. Kegagalan jantung
4. Edema pulmonari akut (pengumpulan bendalir di dalam ruang udara dan parenkima paru-paru yang boleh menyebabkan kegagalan pernafasan)
KOMPLIKASI KEPADA JANIN @ BAYI
1. Keguguran
2. Kelahiran pramatang
3. Perkembangan bayi terbantut dalam kandungan (intra uterine growth retardation)
4. Kelahiran kurang berat badan
5. Kematian bayi dalam kandungan.
=====================================
Jadi, berapakah nilai bacaan Hb kita pada waktu ini

Thursday, 21 February 2019

Tanda-tanda AWAL kanser rahim


Beberapa bulan lepas, seorang makcik mengadu periodnya kali ini agak pelik.
Berketul-ketul dan banyak. Sebelum ini ok.
"Jom makcik, saya tolong scan".
.
.
Waktu scan kelihatan dinding rahimnya sangat menebal dan saiz rahim membesar dari yang sepatutnya.
Kes terus dirujuk ke hospital dan sample dari dinding rahim diambil.
Sesungguhnya, Tuhan sedang menguji makcik dan keluarganya. Keputusan balik sahkan positif kanser rahim.
Alhamdulillah, tindakan dan rawatan dari hospital agak cepat & operation bagi membuang rahim dibuat.
==============================================
Kanser rahim ini jika dikesan awal, pembedahan awal dapat meningkatkan survival dan kesembuhan.
Kebanyakannya dikesan awal apabila wanita mengalami pendarahan yang tidak normal.
Tanda-tanda yang perlu kita ambil tahu
Pendarahan dari vagina selepas menopause
Pendarahan tak normal diantara waktu period
Vaginal discharge yang berlebihan/bercampur darah
Sakit bahagian pelvis
Berjumpalah dengan doktor jika ada mengalami simptom-simptom yang merisaukan kita.

Saturday, 16 February 2019

3 Persediaan penting SEBELUM hamil




Persediaan penting SEBELUM hamil
.
3 tips ini penting untuk BAKAL IBU tahu.
1. Dapatkan berat badan unggul atau BMI yang ideal.
Wanita yang kurang berat badan berisiko untuk melahirkan bayi pramatang, manakala wanita yang obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keguguran, kecacatan kandungan serta masalah tekanan darah tinggi semasa hamil. 
.
Berat badan juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang itu.
2. Optimumkan kawalan masalah kesihatan.
Sebagai contoh, jika ibu mempunyai masalah tiroid, dapatkan nasihat doktor untuk mengawal kadar hormon. Sama juga untuk masalah kesihatan yang lain seperti masalah kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. 
. 
Wanita yang ada masalah kurang darah merah (anaemia) juga dinasihatkan untuk ambil zat besi tambahan melalui makanan atau pil.
. 
Sebab apa ya? 
.
Jika tahap darah merah sebelum hamil sudah rendah, ditakuti akan terus menurun jika tidak dibantu dengan pemakanan tambahan zat besi.
.
Selain itu, wanita akan kehilangan darah yang agak banyak semasa proses bersalin, maka amat penting untuk memiliki tahap darah merah yang baik semasa hamil.
3. Semak ubat-ubatan yang sedang diambil sekarang.
Bukan semua ubat selamat diambil semasa hamil ya. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
. 
Perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan akan turut terkesan jika perkara ini tidak diambil berat daripada awal. 
. 
. 
Akhir sekali, sila ambil asid folik sebaiknya tiga bulan sebelum hamil. 
Ini penting bagi mengurangkan risiko masalah kecacatan tiub neural 
(Neural Tube Defects).

Friday, 15 February 2019

5 tanda KEPUTIHAN yang TAK NORMAL


Adakah kita sedang mengalami 5 tanda KEPUTIHAN yang TAK NORMAL ?
.
.
.
Keputihan atau vaginal discharge kerap berlaku dikalangan wanita terutamanya mereka yang hamil (kerana perubahan hormon).
Keputihan yang biasa?
 Jernih/putih
 Tanpa bau
Keputihan tak normal
 Kekuningan / Hijau
 Berbau
 Gatal
 Berketul-ketul
 Bercampur darah
Bagi ibu hamil, jika ada tanda keputihan yang tak normal, maklumkan kepada doktor.
Kemungkinan 'sample' keputihan akan diambil bagi ujian pengesanan jangkitan bakteria ataupun kulat.
Rawatan yang diberi adalah bergantung kepada hasil pemeriksaan.
Lepas ni, Ruby akan share pula TIPS untuk mencegah daripada masalah keputihan. Stay tuned !

Thursday, 14 February 2019

APA YANG IBU WAJIB TAHU tentang minum air gula sewaktu mengandung


APA YANG IBU WAJIB TAHU tentang minum air gula sewaktu mengandung.
.
SIAPA yang perlu minum air gula?
.............................................................................................................
Jom tengok senarai ni👇
1. Umur > 25 tahun waktu booking (buka buku mengandung)
2. BMI > 27 kg/m atau berat > 80 kg waktu booking.
3. Sejarah keluarga dengan diabetes
4. Sejarah Gestational Diabetes (GDM) pada kandungan sebelumnya.
5. Sejarah Keguguran 2-3 kali berturutan
6. Sejarah kematian anak didalam kandungan (anak sebelumnya)
7. Sejarah kematian anak sejurus selepas melahirkan atau kurang daripada 6 hari selepas kelahiran.
8. Sejarah anak yang mempunyai abnormaliti sejak lahir (congenital malformation)
9. Kenaikan berat badan berlebihan
10. 2 kali positif gula dalam air kencing
11. Jangkitan kuman saluran kencing atau kulat candida yang berulang kali.
12. Air ketuban yang berlebihan (polyhydramnious)
13. Sejarah melahirkan bayi berat lahir 4kg atau lebih.
Sekiranya anda mempunyai salah satu kriteria di atas, anda perlu menjalani ujian MGTT.
.
.
Sekiranya saya mendapat kencing manis semasa hamil, apakah KESANNYA pada kehamilan saya?
......................................................................................................................
Antara komplikasi yang boleh berlaku kepada bayi:
1. Risiko kematian bayi di dalam rahim
2. Bayi membesar secara berlebihan (Macrosmomic baby)
3. Risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku
4. Paras gula rendah selepas kelahiran
Minum air gula ni bukan menyebabkan ibu kena kencing manis, sebaliknya untuk MENGENALPASTI ibu mana yang ada kencing manis.

Wednesday, 13 February 2019

5 Tips untuk atasi MABUK KETIKA HAMIL


Penat juga apabila asyik mual dan muntah ketika hamil ni.
Apa kata akak-akak cuba 5 tips ni !
.............................................................................................
5 Tips mengatasi MABUK HAMIL yang berkesan
1. Minum air dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi
2. Elak makanan yang pedas dan berminyak
3. Elakkan perut kosong
4. Ambil makanam dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
5. Hidu bauan yang segar seperti bunga, buah lemon atau limau
Sila dapatkan rawatan sekiranya simptom menjadi bertambah teruk.
Selamat mencuba !

Sunday, 10 February 2019

Tips untuk tingkatkan penyerapan ZAT BESI


Assalamualaikum dan Salam Hari Ahad ☺️
.
.
Jom kita tengok apa TIPS untuk tingkatkan penyerapan zat besi tambah-tambah lagi untuk ibu yang tengah hamil.

1. Ambil vitamin zat besi 2 jam SEBELUM atau 2 jam SELEPAS makan.

2. Tambahkan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam menu seharian anda. Contohnya; jambu batu, limau, betik, bayam, sayur sawi, kailan dan banyak lagi.

3. Kurangkan makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, makanan berkola dan minuman bercoklat.

Selain itu, elakkan ambil susu bersama zat besi kerana ia menghalang penyerapan zat besi.

Thursday, 7 February 2019

5 TIPS KENALI KONTRAKSI BERSALIN


5 cara nak kenal kontraksi sebenar atau kontraksi palsu yang bakal ibu WAJIB TAHU.
Ini penting, lebih-lebih lagi bila dah dekat dengan tempoh jangkaan bersalin (due date).
.

Kontraksi yang berlaku seawal trimester kedua dikenali sebagai "Braxton Hicks contraction". Ini adalah kontraksi PALSU yang bertujuan untuk mempersiapkan tubuh untuk menghadapi proses melahirkan yang sebenar.
.
Jadi, jom kita kenal apa ciri-ciri kontraksi sebenar.
1. Kontraksi sebenar berlaku ketika tempoh bersalin semakin hampir berbanding kontraksi palsu yang boleh mula dirasai sekitar 25 minggu ke atas.
2. Kontraksi sebenar akan bertambah kerap dan menjadi semakin kuat seiring dengan rasa yang lebih sakit dan tekanan yang lebih hebat.
3. Kontraksi sebenar berlaku lebih lama dan secara tetap. Sebaiknya akak catat masa kontraksi ini berlaku. Boleh guna aplikasi di telefon pintar untuk mencatatkannya dengan mudah.
4. Kontraksi sebenar akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun mengubah kedudukan dan pergerakan. Berbeza dengan kontraksi palsu yang akan berkurangan apabila minum air, mengubah posisi dan bergerak.
5. Kontraksi sebenar biasanya akan diikuti dengan tanda hampir bersalin yang lain seperti darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban.
.
Segeralah ke hospital jika akak berasa kontraksi yang KUAT setiap 5 MINIT dalam tempoh 1 jam.
.
Sediakan beg barang bayi dan ibu siap-siap ya dalam kereta.
.
Selamat bersalin!
www.evaemilyclinic.com

Tuesday, 5 February 2019

Kenapa vaksin pneumokokal penting?


VAKSIN PNEUMOKOKAL ni bukan wajib, pilihan je pun.
Tapi kenapa ye ramai ibu bapa bersungguh nak anak-anak mereka ambil vaksin ni?
.
.
.
Ini Ruby share point penting yang kita kena tahu.
1. Bakteria penyebab pneumokokal ni paling mudah tersebar melalui udara (seperti batuk & bersin).
2. Jadi siapa paling berisiko dapat? Risau juga ni anak-anak kita di TASKA, TADIKA. Ramai yang kerap batuk selsema. Anak baru kebah seminggu, dah batuk semula. Erh!
3. Bukan setakat paru-paru saja jangkitan tu pergi. Bakteria ni boleh sebabkan jangkitan ke otak, telinga dan saluran darah. Paling bahaya, ia boleh sebabkan kematian. Allahu.
Owh.
Patutlah Kementerian Kesihatan galakkan sangat ibu bapa dapatkan vaksin pneumokokal ni untuk kanak-kanak. Baru faham.
Yang nak menunaikan ibadah Haji/Umrah pun samalah. Berisiko dapat jangkitan pneumokokal kerana ramainya jemaah disana.
.
.
Bilangan dos vaksin pneumokokal diberi mengikut umur.
Kalau nak tahu lanjut boleh PM Ruby.

Monday, 4 February 2019

IMPLANON; Mungkin Kaedah Yang Terbaik untuk Anda



Kelmarin ada seorang kakak mai nak pasang IMPLANON. Anak dah pun 5 bulan. Bersalin operate. Nak makan ubat takut lupa. 
.
Tak tunggu lama pun. Sekejap saja siap pasang, terus balik dengan senyuman.
.
.
Hari ni nak kongsi cerita, kelebihan dan kebaikan implanon, sebab apa ramai suka...
Antara kaedah perancang yang berkesan dalam mencegah kehamilan (>99% efektif)
Sekali pasang tahan 3 tahun.
Sesuai sangat untuk mereka yang selalu lupa makan ubat atau yang lepas Caesar (bersalin operate).
 Tak ganggu penghasilan susu ibu. Jadi sesuai untuk ibu yang breastfeeding.
 Kalau nak mengandung semula, kita buka implanon. Boleh juga dibuka sebelum habis waktu 3 tahun. 
.
.
Bentuknya macam 'rod' kecil yang mengandungi hormon - saiz seperti batang mancis.
Kita masukkan dibawah lapisan kulit.
Nak masukkan mudah. Sekejap ja siap!

Sunday, 3 February 2019

FIBROID: Apa Yang Wanita Perlu Tahu?


Aku ni tiapkali period mesti banyak gila. Kadang sampai malas nak keluar rumah. Ish risaunya, haritu kawan aku baru je dapat tahu ada fibroid. 

Selalu kita terbaca atau dengar kisah pasal seseorang wanita yang mengalami masalah-masalah ni:

1. Darah haid yang banyak 
2. Masalah senggugut yang teruk
3. Kerap kencing
4. Perut terasa seperti buncit
5. Sakit di bahagian ari-ari
6. Masalah kesuburan
.
.
Semua simptom kat atas tak spesifik kepada fibroid sahaja ya. Sebaiknya, akak berjumpa dengan doktor dulu untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
.
Okay, hari ni Ruby nak share sikit pasal fibroid.
.
Fibroid adalah SANGAT BIASA berlaku pada wanita. Jadi, akak jangan terkejut kalau tiba-tiba dr maklumkan yang akak ada fibroid ya.
.
Walaupun kita dah selalu dengar yang fibroid ni adalah ketumbuhan yang bukan kanser (benign), akak-akak tahu tak yang kurang dari 1% fibroid ni boleh bertukar menjadi jenis BERBAHAYA iaitu leiomyosarcoma.
.
Lagi satu, tak semua pesakit yang ada fibroid perlu menjalani pembedahan ya. Boleh bincang dengan doktor dulu tentang pilihan rawatan yang ada.
.
Fibroid yang kecil dan takda masalah tak perlu apa-apa rawatan. Akak jangan risau, biasanya fibroid akan kecut dan hilang sendiri bila dah putud haid (menopause).
Hanya perlu dapatkan rawatan susulan untuk tengok perkembangan fibroid tersebut.
.
.
Doktor akan maklumkan jika kita perlukan pembedahan buang fibroid.

www.evaemilyclinic.com

Friday, 1 February 2019

PAP SMEAR; Apa yang kita perlu tahu?




Ramai tak dekat sini yang dah kahwin, tapi dulu tak sempat nak ambil vaksin HPV? 
. 
Akak-akak tahu tak yang kanser pangkal rahim (cervical cancer) ni adalah PEMBUNUH kedua dalam kalangan wanita di Malaysia selepas kanser payudara. 
. 
. 
Secara ringkasnya, ujian Pap smear boleh kesan sel pangkal rahim yang tak normal, sebelum ia jadi kanser. Jadi, sel yang tak normal ini boleh dirawat dan pesakit tak perlu buat pembedahan membuang rahim.
. 
Tapikan, rupanya ramai akak-akak kat luar sana yang TAKUT nak buat pap smear. 
.
Sakit? Eh, taklah!
Ujian ni sekejap sangat, tak sampai 5 minit dah siap.
. 
Ujian pap smear ni seeloknya dilakukan 3 TAHUN SEKALI sampai umur cecah 65 TAHUN. Akak boleh datang buat bila-bila masa asalkan bukan waktu period. Tak semestinya kena tunggu sampai selepas bersalin ya. 
. 
Sesiapa yang dah kahwin (walaupun tiada anak) atau mereka yang tak berkahwin tetapi pernah melakukan hubungan seks, pun perlu buat pap smear. 
.
. 
Akhir kata, Ruby nasihatkan silalah buat pap smear ya. Gagahkan diri dan buang perasaan takut/malu tu jauh-jauh, 5 minit saja. 
. 
Pada yang dah ambil vaksin HPV pun kena jalani ujian pap smear jugak tau!

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...