7 SEBAB
BERLAKUNYA ‘SPOTTING’ & PENDARAHAN KETIKA HAMIL
Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada usia
kandungan. Ia boleh dikategorikan kepada 2 – iaitu pada awal kehamilan danpertengahan / akhir kehamilan.
I) PENDARAHAN SEMASA TRIMESTER PERTAMA
Pendarahan ringan (‘spotting’)
mahupun pendarahan yang banyak pada awal kehamilan boleh disebabkan oleh
beberapa faktor.
Anda mungkin akan mengalami sedikit spotting dalam masa 6-12 hari selepas disahkan hamil akibat ‘implantation bleeding’.
Proses pendarahan ini boleh berlaku apabila telur yang
disenyawakan mula menempel pada bahagian dinding rahim. Kadangkala ada
yang ingatkan pendarahan ini sebagai ‘period’ dan
tidak menyangka bahawa mereka sedang hamil.
Namun, berbanding darah haid, pendarahan akibat proses tempelan ini
tidak banyak dan hanyalah berlaku dalam masa 1-2 hari.
2. KEGUGURAN
Kes keguguran paling banyak berlaku pada awal kehamilan, iaitu trimester
pertama. Jadi, pendarahan yang berlaku ketika ini perlu sentiasa diberi
perhatian yang khusus.
Seelok-eloknya anda perlu peka dengan kitaran haid supaya anda dapat
mengesan kehamilan seawal mungkin. Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa
mereka sedang hamil dan tidak menghentikan pengambilan herba atau ubat-ubatan yang
mungkin membahayakan kandungan.
3. JANGKITAN
Sebarang jangkitan pada bahagian serviks (pangkal rahim), vagina, atau
jangkitan STD seperti herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester
pertama.
4. KEHAMILAN LUAR RAHIM
Kehamilan luar rahim atau kehamilan ektopik
berlaku apabila embrio menempel pada bahagian luar rahim ibu.
Jika proses ini tidak dikesan awal, ia boleh membesar hingga menyebabkan
kerosakan pada tiub Fallopio lalu mengancam nyawa ibu,
Antara simptom lain bagi kehamilan luar rahim adalah rasa ‘cramp’ atau sakit pada bahagian abdomen dan
pening kepala. Namun, kebarangkaliannya untuk berlaku adalah rendah –
iaitusekitar 2%
.
II) PENDARAHAN SEMASA
TRIMESTER KEDUA & KETIGA
Apabila berlakunya pendarahan ketika hamil di trimester kedua
atau ketiga, mungkin mengalami komplikasi seperti berikut:
5. PLASENTA PREVIA
Keadaan di mana plasenta atau uri menutupi ‘jalan’ untuk bayi keluar
secara normal melalui rahim juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan.
Betapa seriusnya keadaan ini bergantung kepada tahapnya yang
boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Dalam keadaan yang tidak serius, anda
masih boleh melahirkan bayi secara normal tanpa sebarang komplikasi.
6. KELAHIRAN PRA-MATANG
Pendarahan ketika hamil dalam trimester kedua atau ketiga perlu
dipantau dengan serius. Lebih-lebih lagi jika ia turut disertai dengan
kesakitan. ‘cramp’, cirit-birit, tekanan pada pelvis, atau sakit belakang.
Sebelum masuk minggu ke-37, bayi masih belum matang dan perlu
diberi perhatian khusus jika berlakunya kelahiran pramatang. Namun, jika
berlaku selepas minggu ke-37, ia adalah tanda-tanda bersalin yang normal.
7. PLASENTA TERTANGGAL
Plasenta tertanggal atau ‘plasenta abruption’ boleh menyebabkan
pendarahan yang serius terutamanya jika berlaku pada akhir usia kehamilan.
Namun, kebarangkalian untuk mengalaminya adalah 1% sahaja.
*JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK KE HOSPITAL*
Sebagai alternatif, anda juga boleh merujuk kepada Pakar Sakit
Puan untuk tindakan selanjutnya. Biasanya anda akan diperiksa dengan lebih
lanjut melalui imbasan ultrasound melalui perut atau faraj untuk memeriksa
keadaan kesihatan bayi.
www.evaemilyclinic.com
No comments:
Post a Comment