Friday, 3 August 2018

Ada fibroid semasa hamil?



Ada fibroid semasa hamil?

Bolehkah saya hamil dengan fibroid?
-impak fibroid terhadap rahim adalah lokasi fibroid tumbuh buat bentuk dan saiz rahim berubah
Jika saiz fibroid bsar,anda perlu tahu adakah rahim anda berubah bentuk.

wanita yang ada fibroid atau rasa dia ada fibroid patut cuba dapatkan anak secepat mungkin atau atasi fibroid ini terlebih dahulu sebelum ia menyebabkan ketidaksuburan pada diri anda.

Jika fibroid tumbuh di luar rahim, ia tak ganggu kandungan anda. Ramai wanita hamil dan tiada gangguan fibroid buatkan kehamilan tu ada komplikasi


Risiko hamil dengan fibroid?

Lokasi fibroid boleh ganggu kehamilan anda. Terutamanya pada trimister pertama dan kedua. Anda mungkin gugur jika fibroid tumbuh di dalam rahim

Saiz fibroid yang besar boleh ganggu tumbesaran bayi kerana ruang dalam rahim sempit, bayi boleh dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.

Dan saiz fibroid yang besar juga boleh menghalang penempelan embrio ke dinding rahim jika anda sedang cuba hamil (ttc)

kompilasi paling serius adalah apabila uri bayi tumbuh berdekatan atau atas fibroid dalam rahim. Bayi akan kekurangan nutrisi semasa dalam rahim dan dilahirkan berat tak cukup

Lebih teruk, fibroid pecahkan selaput amniotik bayi terlalu awal.

saiza dan lokasi fibroid juga pengaruhi posisi bayi dalam rahim. Mungkin bayi dalam posisi songsang kerana tak boleh pusing. Saiz fibroid terlalu besar, dan ruang bayi jadi sempit.

Dan ada juga fibroid yang menutupi liang bersalin (serviks) dan membuatkan proses hendak bersalin menjadi sukar dan berisiko tinggi. Doktor akan cadangkan anda bersalin secara pembedahan.

www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...