Sunday, 12 August 2018

Pengalaman Minum Air Gula dan Ujian Darah MGTT untuk Kehamilan Ketiga



Pengalaman Minum Air Gula dan Ujian Darah MGTT untuk Kehamilan Ketiga
Agak gerun bila memikirkan kena minum air gula semasa hamil. Mana tidaknya, air gula terlalu manis sehingga perit tekak nak menelan. Tapi untuk diri dan kesihatan kandungan, ibu tetap gagahkan juga habiskan air gula yang diberi.
Risiko kencing manis (diabetis) di kalangan ibu hamil sangat tinggi, sebab itu semua ibu hamil disarankan untuk minum air gula dan menjalani Ujian Darah (MGTT). Kebanyakan ibu hamil akan rasa tak selesa dan bimbang apabila perlu melalui ujian minum air gula. Mereka membayangkan rasa air gula pekat yang terlalu manis perlu melalui kerongkong tekak mereka.
Tentu sahaja meloyakan dan boleh muntah. Tetapi kenapa agaknya semua ibu hamil mesti minum air gula? Kenapa kena minum air gula?
Kenapa kena minum air gula? Modified glucose tolerance test (MGTT) atau lebih terkenal dengan nama popular ‘minum air gula’ ini perlu dijalani oleh ibu hamil bagi memastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil.
Tujuan MGTT ialah untuk mengenal pasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh sama ada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan.
Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar
Tip Minum Air Gula Untuk Ibu Mengandung Supaya Tak Termuntah.
Mesti Buat!
Jaga pemakanan –Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.
Berpuasa – Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.
Minum dengan cepat – ketika nak minum air gula tu, minum dengan cepat. Jangan minum sikit-sikit dan terlalu banyak berfikir. Kalau boleh minum sekali harung! Tutup hidung kalau tidak tahan bau.
Kumur mulut selepas minum – Rasa manis gula sudah tentu kita akan merasa loya, jadi selepas minum air gula pastikan anda berkumur dan kemudian teguk sedikit air kosong untuk menghilangkan rasa manis di tekak.
Berehat di tempat yang selesa – Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.
Jangan terus makan berat – Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.
Anda pernah minum air gula dan menjalani Ujian Darah (MGTT)? Jom kongsikan!

1 comment:

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...