Macam-mana Susu Ibu Boleh Kurang?
Ada beberapa faktor yang jadi sbab susu ibu boleh berkurang sebenarnya.
7 Sebab Susu Ibu Semakin Kurang.
*Stress/ Tekanan Emosi
Ini musuh utama bagi ibu yang menyusukan bayi. Stress ini sangat-sangat mempengaruhi EMOSI ibu terutama yang menyusukan anak.
Ini musuh utama bagi ibu yang menyusukan bayi. Stress ini sangat-sangat mempengaruhi EMOSI ibu terutama yang menyusukan anak.
*Bila emosi yang tidak stabil terjadi, susahlah untuk si ibu nikmati suasana yang menyeronokkan sepanjang penyusuan. Bila tidak gembira, hormon oksitosin akan semakin berkurang dalam tubuh. Hormon oksitosin ni berkait rapat dengan perasaan ibu.
*Jika Anda (ibu) rasa tak gembira, susu akan semakin berkurang kerana tubuh tak berikan galakan kepada hormon ni bertugas sebaiknya seperti melancarkan penghasilan susu badan.
*Kekerapan Bayi Menyusu
Untuk pengetahuan anda, semakin besar seorang bayi itu, semakin kurang mereka akan menyusu dengan ibu sehinggalah putus susu.
Untuk pengetahuan anda, semakin besar seorang bayi itu, semakin kurang mereka akan menyusu dengan ibu sehinggalah putus susu.
Ini juga akan menyebabkan kurang terjadinya refleks kepada payudara ibu. Secara automatik akan kurangkan kuantiti susu yang dihasilkan, malah berkemungkinan akan terus drop hingga kering.
Sebaiknya, jika anda nak kekalkan penghasilan susu yang baik, dan ingin menambah susu badan sentiasa, ibu perlulah konsisten mengepam walaupun anak tidak kerap menyusu seperti biasa.
*Bayi Tidak Menyusu Dengan Betul
Bahasa mudahnya, penyusuan bayi tersebut tidak efektif. Selalunya kes ni terjadi pada awal kelahiran.
Bahasa mudahnya, penyusuan bayi tersebut tidak efektif. Selalunya kes ni terjadi pada awal kelahiran.
Antara punca kerana tidak melekap dengan betul. Para ibu juga tak diajar dan didedahkan dengan teknik yang betul semasa tempoh awal penyusuan.
Jadi, banyaklah kes dimana susu ibu tidak keluar dengan efektif. Banyaklah terjadi kes susu ibu yang sikit dan buatkan si ibu memaksa diri hingga stress dan mula mencari jalan pintas dengan memberi susu formula.
Walaupun begitu, ada juga dimana ibu yang tidak tahu dimana payudara bagi ibu menyusu perlulah dikosongkan dengan kerap supaya susu yang baru akan mudah dihasilkan.
*Tiada Demand & Suply
Kalau tanya saya, ini perkara asas dan tunjang dalam teknik penyusuan yang wajib para ibu ambil tahu.
Kalau tanya saya, ini perkara asas dan tunjang dalam teknik penyusuan yang wajib para ibu ambil tahu.
Perkara penting dalam bab penyusuan ialah memahami konsep suply and demand.
Selalunya bayi yang telah minum susu formula akan kurang permintaan untuk menyusu ibunya kembali. Ini kerana sudah terbiasa dengan rasa dan mula menggemari susu formula.
So, bila bayi dah kurang menyusu…badan akan sampaikan signal pada otak yang bayi tidak lagi perlukan susu ibu yang banyak. Oleh sebab itu, suply atau bekalan susu ibu untuk si anak akan semakin berkurang.
*Kurang Makanan Bernutrisi.
Senang cerita, faktor pemakanan yang tidak betul dan tidak sihat. Suka makan junk food daripada makan nasi dan makan makanan seimbang yang lain.
Senang cerita, faktor pemakanan yang tidak betul dan tidak sihat. Suka makan junk food daripada makan nasi dan makan makanan seimbang yang lain.
Sebenarnya, bagi ibu yang betul-betul menjaga kualiti makanan seimbang, mereka tidak mudah rasa penat malah lebih mudah gembira ketika menyusukan bayi kerana peroleh hasil susu yang mencukupi.
Makanan yang seimbang juga sangat membantu susu ibu jadi berkualiti. Macam mana makanan seimbang tu?
Paling mudah anda lihat carta piramid makanan. Disitu diberitahu carta makanan seimbang ikut diet yang diperlukan. Pinjam je buku sains anak-anak yang dah bersekolah atau adik-adik.
Makanan adalah faktor mustahak untuk ibu tambah susu badan lebih banyak lagi.
Kurangkan makanan yang ada banyak perisa, banyak gula, banyak minyak, garam dan mee segera.
Lebihkan sayur hijau dalam hidangan. Itu sudah memadai.
*Toksin Dalam Badan.
Apabila badan terlalu banyak asid, ia akan block beberapa fungsi tubuh yang lain termasuklah semasa proses penyusuan.
Apabila badan terlalu banyak asid, ia akan block beberapa fungsi tubuh yang lain termasuklah semasa proses penyusuan.
Kadar metabolisme tubuh juga akan merudum jatuh dan buatkan si ibu kurang bermaya, cepat lesu dan mudah kena serang penyakit. Metabolisme yang baik akan membantu ibu menyusu produce susu dengan lancar.
*Kerap Minum Minuman Sejuk.
Ibu yang mengamalkan breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mencukupkan keperluan air dalam tubuh.
Ibu yang mengamalkan breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mencukupkan keperluan air dalam tubuh.
Susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air.
Namun, kebanyakan ibu lebih gemar minum air sejuk atau berais. Ini mungkin asbab cuaca di Negara kita yang panas terik buatkan ibu lebih selera minum air batu berbanding air kosong biasa.
Nasihat Anim, tinggalkan sementara minuman sejuk dan banyakkan minum air masak.
No comments:
Post a Comment