HENTIKAN AMALAN OBSES KOREK TELINGA ANAK! Kesian dia..
Dah menjadi tabiat kita as a parent kan jaga kebersihan anak.. Korek telinga adalah satu aktiviti wajib yg kita buat untuk pastikan telinga dia bebas dari tahi telinga.
Tapi sebenarnya kan korek telinga anak selalu tu tak elok pun.. sebab ada diantara kita yang gunakan cotton bud yang keras, ada yg siap guna pengorek besi lagi.. seboleh-boleh nak korek bagi bersih, sampai tak sedar anda boleh mencederakan gegendang telinga anak.
Especially bayi.. cukuplah sekadar pantau bersih ke tidak tanpa perlu korek untuk keluarkan tahi telinga tu.. gegendang telinga mereka masih lembut.
Gegendang telinga sangat sensetif dan mudah terluka, jika tidak dilakukan dengan berhati-hati. Jika ia terluka akan mengundang jangkitan kuman. Dah jadi satu masalah lain pulak! Adoii..
Bila kita korek telinga anak ibarat kita ‘ tembak’ dalam telinga anak kita, sebab kita tak nampak apa pun yg kita korek tu. Buatnya nasib kita tak baik, tengah duk mengorek tu tertembus dalam gegendang telinga dia, boleh pecah tau! Mangsanya anak.. bila anak mengadu sakit sambil memegang telinga tu, adalah tu yg sakit. Baik cepat rawat dari anak terus menderita angkara perbuatan kita. Telinga anak tadi boleh bernanah & berdarah tau. Allahu..
Tak salah nak bersihkan telinga anak, ada cara dia. Ambil kain bersih, basahkan hujung kain, lepastu lap dikawasan luar telinga anak. Nak guna cotton bud boleh tapi pastikan ianya lembut selembut kapas, pun kena basahkan dulu sebelum bersihkan.
Jadi, mommy daddy tolong sama-sama alert benda ni ok.. jangan buat kepada anak kita. Mencegah lebih baik dari merawat..
No comments:
Post a Comment