Friday, 7 September 2018

TIPS BERCERAI SUSU BOTOL


TIPS BERCERAI SUSU BOTOL

Percayalah, tips di bawah ini sungguh mudah. Kenapa saya katakan mudah? Ini disebabkan saya mengalaminya sendiri. Mari kita lihat.
1. IBU MESTI BERSEDIA DAN YAKIN
Cakap elok-elok dengan anak, bahawa dia tidak perlukan susu botol lagi. Biar dia faham. Contohnya, “Ummi yakin Wajdi sudah besar dan bersedia untuk berhenti susu botol!”

2. JANGAN TAWARKAN SELAGI ANAK TIDAK MINTA
Jika anak tidak minta, buat apa beri? Bekalkan dengan air masak kalau perlu.

3. LENGAHKAN JIKA ANAK MINTA BOTOL SUSU
Contohnya:
“Ummi, nak susu! “
“Boleh tapi Wajdi tolong Ummi dulu. Boleh?”
Kadang-kadang, bila kita lewatkan, anak jadi lupa. Lebih-lebih lagi bila seronok dan leka bermain. Bila haus sangat, dia pandai cari air masak sendiri.

4. KURANGKAN KUANTITI SUSU
Jika kita biasa buat 200ml pada satu-satu masa, kurangkan sedikit demi sedikit.
Malam minggu pertama: 200ml
Malam minggu kedua: 150ml
Malam minggu ketiga: 100ml dan seterusnya sehingga kita tidak menawarkan susu kepada anak.

5. TIDAK MEMBAWA SUSU BOTOL KETIKA BERJALAN-JALAN ATAU MELANCONG
Sebaik-baiknya, ibu perlu maklumkan kepada anak supaya dia bersedia yang tiada susu di sepanjang perjalanan. Bila anak tahu akan perkara ini, lebih mudah dikendalikan. Paling penting, tidak akan mengamuk saat kita seronok melihat pemandangan indah ketika melancong!

6. GANTIKAN SESI MENYUSU KETIKA SEBELUM TIDUR DENGAN AKTIVITI LAIN
Antara aktiviti itu seperti bercerita atau menyanyi sambil menggosok lembut badan anak sehingga dia tertidur. Janga pula sambil bercerita, sambil tengok ‘smartphone’ main Facebook. Berikan perhatian penuh pada anak.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...