Tip memotong kuku bayi
Tip #1 – Gunakan Pengetip Kuku Bayi
Antara tip utama dalam memotong kuku bayi adalah kita perlu menggunakan pengetip kuku yang betul. Mungkin anda merasakan yang pengetip biasa sudah cukup untuk bayi anda. Namun, ketahuilah ia boleh bertukar menjadi senjata berbahaya buat si kecil.
Bentuk bilah pengetip kuku dewasa adalah lebih besar. Dikhuatiri, jika anda menggunakannya untuk jari jemari si kecil, ia akan terlebih potong, sehingga mencederakan bayi anda.

Tip #2 – Potongan Berbeza untuk Jari Tangan dan Jari Kaki
Ketika mengetip kuku bayi, pastikan anda memotong dengan mengikut alur kuku pada jari tangannya. Untuk jari kaki pula, selalunya potongan yang dicadangkan adalah secara menegak dan lurus. Anda tidak perlu mengikut alur kuku di jari kakinya.

Tip #3 – Potong Selepas Mandi
Kuku bayi, walaupun pada mata kasar kita kelihatan lembut dan sangat kecil, namun ia boleh menjadi tajam dan keras.
Untuk memudahkan tugas memotong kuku bayi anda yang masih kecil, cuba jadikan habit untuk melakukannya sebaik sahaja selepas mandi.
Ketika ini, kuku jarinya masih lembut dek terkena air. Maka, anda tidak perlu mengetip terlalu kuat atau terlebih cemas kerana takut mencederakan jari si kecil tanpa sengaja.

Tip #4 – Anak Anda Hiperaktif? Potong Ketika Dia Tidur
Lagi satu tip memotong kuku bayi untuk ibu-ibu baru adalah pastikan anda memotong kuku si kecil ketika dia tenang. Kalau dia selalu duduk diam atau tidak banyak bergerak, anda boleh mengetip kukunya ketika dia sedar atau terjaga.
Anda boleh meminta bantuan pasangan anda untuk memegang tangan bayi anda supaya mudah untuk mengetip kukunya.
Tetapi, kalau si manja anda suka bergerak dan agak aktif (seperti bayi comel dalam video di bawah ini. Pandai dia bergurau dengan si ayah yang mahu memotong kukunya!), mungkin waktu terbaik untuk anda melakukannya adalah ketika dia sedang tidur.

Tip #5 – Ketip Kuku Si Kecil di Tempat Yang Terang
Kadangkala, kita terlebih yakin akan kebolehan kita memotong kuku si kecil. Kita tidak melihat terlebih dahulu. Kita potong sahaja di mana yang kita rasakan sesuai, walaupun sinaran di tempat tersebut agak malap.
Sebenarnya, ia boleh menjadi berbahaya untuk bayi anda. Takut-takut anda tidak nampak ataupun tersalah sangka akan alur kukunya. Akibatnya, anda boleh terlebih potong.
Jadi, untuk lebih selamat, pastikan anda dapat melihat jari si kecil dengan jelas dan barulah mengetip kukunya.

Tip #6 – Semakin Lama Anda Buat, Anda Akan Menjadi Semakin Mahir
Tip memotong kuku bayi yang seterusnya adalah, teruskan memotong kuku si kecil anda. Berfikiran positif dan terus yakin akan keupayaan anda untuk mengetip kuku di jarinya yang halus mulus itu.

Tip #7 – Kalau Terlebih Ketip, Basuh Lukanya Segera
Kalau anda terlebih ketip dan terkena jarinya, jangan cemas dan berasa bersalah. Ia pasti berlaku kepada semua orang sekali-sekala.
Apa yang anda boleh lakukan adalah melalukan air dengan segera pada jarinya yang berdarah. Ambil tisu dan balutnya dengan kemas. Darah pasti akan berhenti beberapa minit kemudian.

Yang pasti, jangan membalut jari bayi anda dengan pembalut luka. Takut-takut si kecil akan memasukkan jarinya ke mulut dan mengunyah pembalut tersebut (lebih teruk, ia tertanggal dan boleh tercekik!).
Para doktor juga tidak menyarankan untuk meletakkan ubat sapu di lukanya kerana risau si kecil akan memasukkan jari dan menghisap ubat tersebut.
Kalau anda masih risau, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor segera. Mereka pasti dapat memberikan rawatan yang bersesuaian untuk si manja anda!

No comments:
Post a Comment