Risiko Kencing Manis Terhadap Kehamilan
Ibu biasanya tidak mengalami sebarang masalah jika menghidap kencing manis semasa mengandung. Namun, risiko amat tinggi terhadap bayi di dalam kandungan.
1. Macrosomia atau berat bayi berlebihan semasa dalam kandungan. Jika saiz bayi terlalu besar dan tidak seimbang dengan keadaan tubuh ibu dapat dikesan semasa imbasan (scan), doktor mungkin mengesyorkan ibu bersalin lebih awal secara induction. Ada ibu menyatakan proses bersalin selepas “induce” adalah lebih menyakitkan. Kadangkala, mesin imbasan memberikan anggaran berat bayi yang jauh berbeza dari berat sebenar. Akibatnya, terdapat risiko bahu bayi tersangkut jika ibu bersalin secara normal. Ummi pernah menonton rancangan “One Born Every Minute” di mana ibu mengalami masalah bahu bayinya tersangkut semasa bersalin. Selepas komplikasi yang teruk, bayi berjaya juga dilahirkan secara normal namun bahunya patah. Doktor juga mungkin mengesyorkan ibu untuk bersalin secara pembedahan jika risiko terlalu tinggi.
2. In utero death. Bayi mempunyai risiko untuk meninggal dunia secara mengejut di dalam kandungan jika ibu mempunyai kencing manis dan paras gula tidak dikawal.
3. Gula dalam darah bayi terlalu rendah. Bayi akan mengalami hypoglycemia atau paras gula dan mineral yang rendah di dalam darah. Maka, bayi harus dimasukkan ke dalam unit kawalan rapi dan diawasi oleh pakar sebaik dilahirkan.
4. Bayi menghidap diabetes. Menakutkan namun inilah hakikatnya. Ibu yang ada GDM membuatkan bayinya berisiko untuk menghidap kencing manis dan mengalami masalah obesiti apabila mereka besar kelak.
Merujuk kepada artikel oleh ibu-anak.com, antara risiko lain yang dihadapi akibat kencing manis semasa mengandung ialah:
5. Prolong jaundice atau bayi mengalami masalah kuning yang berpanjangan
6. Bayi sukar bernafas selepas dilahirkan
7. Kemungkinan bayi mengalami kecacatan genetik
8. Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)
www.evaemilyclinic.com
No comments:
Post a Comment