Klinik Perubatan No 47, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid 3, 05050 Alor Setar, Kedah. H/P : 016-3880049
Tuesday, 30 October 2018
Monday, 29 October 2018
APAKAH ITU "BUKU PINK" ?
Buku pink adalah kad antenatal atau pranatal yang diperolehi di klinik atau hospital kerajaan. Dalam terma perubatan, ia dipanggil antenatal red card, namun kerana warna merah jambunya, ia lebih dikenali sebagai buku pink. Seeloknya dipanggil kad antenatal kerana ia juga ada dalam warna lain seperti hijau, biru, putih atau kuning jika diperolehi dari klinik dan hospital swasta.
Buku antenatal ini adalah penting kerana di dalamnya terdapat pelbagai maklumat penting seperti tarikh akhir haid, tarikh dijangka bersalin, rekod sejarah kehamilan, termasuk tarikh temu janji pemeriksaan pranatal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dan hospital kerajaan atau swasta.
Buku pink boleh didapati di mana-mana klinik yang menyediakan pemeriksaan bagi ibu hamil.
Semasa lawatan pertama, sejarah perubatan anda dan keluarga, pemeriksaan fizikal dan ujian darah akan dilakukan. Oleh itu, anda perlu membawa segala dokumen berkaitan dengan kesihatan anda apabila anda merancang untuk membuat lawatan pertama. Anda juga diminta mengingat tarikh akhir haid dan dengan itu tarikh anda dijangka bersalin (expected date of delivery - EDD) dapat ditentukan. EDD ini akan disahkan kemudiannya berdasarkan ujian imbasan ultrabunyi, dan ini dipanggil revised expected date of delivery (REDD)
Maklumat yang direkodkan dalam buku pink adalah:
1. Sejarah perubatan
2. Pemeriksaan fizikal
3. Ujian yang dilakukan dan keputusannya
2. Pemeriksaan fizikal
3. Ujian yang dilakukan dan keputusannya
Sunday, 28 October 2018
TIPS MEMOTONG KUKU BAYI
- Pastikan anda menggunakan alat pemotong kuku khas untuk bayi dan berada dalam keadaan bersih. Jangan sesekali memotong kuku bayi yang baru lahir menggunakan gunting atau pemotong kuku orang dewasa
- Sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau Pastikan bayi sudah lena tidur untuk mula memotong kuku mereka.
- Boleh haluskan hujung kuku yang tajam selepas di potong dengan kikir kuku jika perlu.
- Jika anda tak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu.
- Peringatan jangan plaster tangan bayi. Kulit bayi akan cepat tumbuh. Bagi kita yang beragama islam, lebih baik kita memotong kuku si kecil mengikut sunnah.
- Latih diri anda memotong kuku bayi pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat supaya fadillatnya bermula sejak bayi kita masih kecil. Dan janganlah potong kuku bayi anda pada hari yang tidak patut, kerana kita inginkan anak yang terbaik .
Saturday, 27 October 2018
#CARA ATASI SEMBELIT
Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu:
- Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
- Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
- Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
- Bersenam! Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda.
Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.
Thursday, 25 October 2018
Apakah puncanya Jaundis ?
Jaundis (baby kuning) terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.
Rawat bayi anda dengan menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.
Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.
Wednesday, 24 October 2018
PERLU KE SOLAT MASA BERSALIN?
Assalamualaikum.
Jadi, perlu ke tak perlu solat kalau:
- dah keluar tanda (mucus)
- dah keluar darah (bloody show)
- dah keluar air ketuban
- dah keluar tanda (mucus)
- dah keluar darah (bloody show)
- dah keluar air ketuban
Jawapannya, ketiga-tiga PERLU dan WAJIB.
Macam mana nak solat?
Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat.
Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat.
Kalau tengah sakit? Kalau tak larat?
Di sini suami kena ambil peranan. Tolong isteri ambil wuduk. Kalau larat solat macam biasa, solat macam biasa.
Kalau tak berani rukuk dan sujud sebab takut jatuh (tengah kesakitan), boleh solat duduk.
Kalau tak mampu jugak, boleh solat sambil baring.

Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu paksa diri berdiri kalau tak larat. Solat tu wajib, dalam keadaan apa sekalipun. Tapi untuk melaksanakan solat, tak berat, Allah tak susahkan kita.
Nasihat saya, masuk je waktu terus solat. Sebab kalau termiss, kena ingat nak kena qodo lepas habis nifas nanti. Berbulan baru boleh ganti. Tu pun kalau panjang umur.
Sampai bila boleh solat?
Sampai bersalin. Tapi kalau masuk waktu masa bukaan dah 10cm, tengah meneran kepala baby dah nak keluar, tak perlu lah berhenti gi solat dulu pulak ye...
Apa ikhtiar yang boleh buat?
1/ Cakap dengan baby. Rancang untuk bersalin bukan semasa waktu solat. Contohnya waktu pagi selepas subuh, atau waktu malam lepas solat Isya.
2/ Bawa kain dan pakaian dalam lebih untuk salin semasa solat, in case pakaian kita dah kena darah.

Updated - Beberapa persoalan yg diterima:
+ Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti?
BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu' dan terus solat.
+ Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti?
BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu' dan terus solat.
+ Kalau mula sakit waktu zohor atau mahgrib, dan risau xlarat dah nak solat waktu asar/isya, boleh jamak tak?
BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.
BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.
+ Kalau doktor buat vaginal exam dengan memasukkan jari ke dalam faraj untuk check bukaan, perlu ke mandi wajib sebelum solat?
TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub.
TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub.
Semoga bermanfaat. Selamat beramal. Wallahualam
Tuesday, 23 October 2018
Ibu bapa tolak imunisasi, anak meninggal akibat difteria
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria atau akut pernafasan di daerah ini, kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.
“Kanak-kanak itu mula demam dan sakit tekak pada 4 Oktober lalu dan dibawa ibunya untuk mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober. Keesokan harinya, kanak-kanak berkenaan dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan.
“Pesakit kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak dan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober lalu kerana keadaan semakin lemah hingga memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa meninggal dunia kelmarin akibat difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.
Katanya, ujian pengesanan dijalankan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal.
Penyakit difteria, katanya, adalah jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae menyebabkan sakit tekak dengan selaput di dalam tekak atau kerongkong dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.
“Tindakan yang dijalankan bagi membendung penularan jangkitan adalah mencari kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.
“Sehingga hari ini tiada kes baharu dilaporkan kepada kementerian.
“Kami ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain. Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperoleh daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepada jangkitan kuman, malah boleh membahayakan komuniti.
Katanya, ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak masing-masing diminta tampil mendapatkan imunisasi mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Bagi kanak-kanak yang tercicir suntikan, katanya, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat.
Monday, 22 October 2018
Apa Itu Talasemia ?
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Penyakit talasemia ini diwarisi dari keluarga kepada anak. Jika Ibu atau bapa yang mewarisi penyakit ini, tidak semestinya semua anak akan mewarisi penyakit ini. Talasemia adalah kecacatn gen yang menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Pembawa talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
Kategori talasemia :
1. Talasemia minor : mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
2. Talasemia major : mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia. Ibu hamil yang mengalami masalah ini disarankan mengambil iron supaya membantu pembentukan sel darah merah. Sekiranya berlaku lebihan iron dalam badan, ubat desferal berfungsi menyingkirkan lebihan iron tersebut.

Sunday, 21 October 2018
VAKSIN PNEUMOCOCAL BAKAL DIWAJIBKAN UNTUK KANAK-KANAK BAWAH UMUR 2 TAHUN: DR DZULKEFLY
Menurut laporan Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya turut berkata pihaknya akan membawa cadangan itu kepada Bahagian Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan. Jika kajian mendapati memang ada keperluan, KKM akan memasukkannya ke dalam NIP.
Malah, pakar kesihatan juga berpendapat vaksin Pneumokokal ini adalah PENTING. Terutamanya untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah untuk mencegah rangkaian jangkitan Pneumokokal dan pelbagai jenis jangkitan kritikal seperti :
-Jangkitan atau radang paru-paru.
-Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak).
-Sepsis (jangkitan dalam darah).
-Sinusitis (jangkitan pada sinus).
-Otitis media (jangkitan telinga tengah).
-Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak).
-Sepsis (jangkitan dalam darah).
-Sinusitis (jangkitan pada sinus).
-Otitis media (jangkitan telinga tengah).
Selain itu, ia juga mampu menjejaskan upaya seorang kanak-kanak normal dalam jangka masa yang panjang sehingga mengalami terencat mental, pekak, lebam dan paralisis.
Malahan, ia juga mampu membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar yang segera.
Setakat bulan Mac 2018, lebih 136 negara sudah memasukkan vaksin Pneumokokal ke dalam senarai Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), manakala Malaysia adalah satu daripada 54 negara belum menyenaraikan vaksin PnD dalam jadual NIP.
Ibu bapa boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal secara berasingan di mana-mana klinik swasta.
Harga yang akan dikenakan adalah sekitar RM200-300 bergantung kepada bilangan dos mengikut usia.
Bukan setakat itu sahaja, untuk pengetahuan ibu bapa, selain vaksin Pneumokokal ini, antara vaksin tambahan yang boleh didapatkan adalah Rotavirus dan Influenza.
Menurut laporan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya juga menasihati ibu bapa untuk memastikan setiap anak mereka menerima imunisasi lengkap bagi mengelak dan melindungi kanak-kanak daripada jangkitan sebarang penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.
“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memastikan anak-anak mereka menerima imunisasi kerana dapat mencegah kejadian penyakit berjangkit dan mencegah wabak yang serius malah semua vaksin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan adalah halal,” katanya.
Saturday, 20 October 2018
Khatan Bayi Perempuan
khifad melibatkan pemotongan sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris.
Kaedah yang betul adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris sahaja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan.
Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan atau memudaratkan bayi tersebut.
#Usia yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan dikhatankan semasa mereka bayi lagi untuk mengelakkan rasa malu. Waktu yang paling sesuai ialah sebelum bayi tersebut mencapai usia setahun, iaitu sebelum bayi boleh berjalan. Malah, ramai juga kanak-kanak perempuan yang dikhatankan sejurus selepas dilahirkan.
Thursday, 18 October 2018
Memberi nama kepada anak yang baharu lahir
Mendapat cahaya mata merupakan saat yang paling manis buat ibu dan juga bapa. Apalagi jika cahaya mata tersebut merupakan anak pertama. Selepas kelahiran, ibubapa biasanya akan memberikan nama buat anak tersebut. Malah sebelum melahirkan pun, kebanyakan ibubapa telah pun memilih nama-nama yang sesuai untuk anak mereka.
Namun, didalam Islam, terdapat beberapa hukum-hukum yang penting dalam menamakan anak yang baharu lahir. Dipetik dari buku "Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam" hasil tulisan Abdullah Nasih 'Ulwan, ada 3 perkara yang perlu dilihat.
Sabda Rasulullah S.A.W.
ΩُΩُّ ΨΊُΩΨ§َΩ ٍ Ψ±َΩِΩΩٌ Ψ¨ِΨΉَΩِΩΩَΨ©ٍ ΨͺُΨ°ْΨ¨َΨُ ΨΉَΩْΩُ ΩَΩْΩ َ Ψ³َΨ§Ψ¨ِΨΉِΩِ، ΩَΩُΨْΩَΩُ ΩَΩُΨ³َΩ َّΩ
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)

Daripada hadis tersebut dapatlah disimpulkan bahawa disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya
Tuesday, 16 October 2018
cara paling baik merawat ruam lampin
Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggu bayi anda.
Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin.
- Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.
- Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.
- Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas. Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.
- Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada.
Monday, 15 October 2018
Apa itu urutan bayi?
Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sebagai sebahagian daripada rutin urutan, anda juga boleh mengurut lembut buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari bayi anda.
Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, badan bayi dan suami anda jika dia sedang memerhatikan. Oksitosin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat bayi anda atau ketika anda menyusukannya.
Ini antara faedah-faedah mengurut bayi anda :
Urutan begitu bagus terutamanya untuk bayi pramatang. Ia membantu mereka untuk membesar dan berkembang dengan baik. Tetapi urutan juga baik untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan. Malah, semua kanak-kanak kecil boleh mendapat faedah daripada urutan.

Urutan boleh membantu bayi anda untuk:
- Menguatkan ikatannya dengan anda;
- Merasa relaks dan tidak merengek;
- Kurang menangis;
- Tidur dengan lebih baik.
- Merasa relaks dan tidak merengek;
- Kurang menangis;
- Tidur dengan lebih baik.
Sunday, 14 October 2018
Apakah Simptom - simptom PCOS ?
Ramai wanita yang mempunyai polysistik ovari mula mendapat haid yang tidak tetap atau tidak kerap dalam masa tiga atau empat tahun mereka mula dating haid. Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalami keadaan ini juga mengalami peningkatan berat badan dan berbulu lebat pada tahap-tahap yang berbeza.
Jika anda mengalami polisistik ovari, anda mungkin mengalami yang berikut:
- haid yang tidak tetap atau tidak datang haid;
- darah yang keluar semasa haid sangat sedikit atau sangat banyak;
- ketidakselesaan perut pada tahap ringan hingga pertengahan;
- bulu lebat tumbuh pada muka, dada dan bahagian bawah abdomen;
- jerawat.

Anda juga mungkin:
- tidak subur
- mempunyai berat badan berlebihan.
- mempunyai berat badan berlebihan.
Saturday, 13 October 2018
#10 Cara Untuk Mengata Perasaan Tekanan Dalam Kehamilan
1. Adakan masa untuk berehat
2. Berbincang tentangnya
3. Makan dengan baik
4. Bersenam
5. Bersedia untuk kelahiran
6. Bersedia untuk kehidupan berkeluarga
7. Strategi berulang-alik ke tempat kerja
8. Hal-hal kewangan
9. Cuba terapi tambahan
10. Layani diri anda dengan baik

Friday, 12 October 2018
Cukur rambut bayi!
Cukur rambut bayi!
Wajib ke?
Ianya sunnah Rasulullah saw. Seeloknya dilakukan hari ke-7 selepas bayi dilahirkan. Rambut yang dicukur akan ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas. Kemudian disedekahkan pada fakir miskin. Rasulullah saw bersabda :
"Tiap² anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama. "
Tapi masih ramai yang was² nak cukur rambut bayi. Takut cedera kepala bayi, rambut bayi lambat tumbuh. Jom tengok tips cukur rambut kat bawah.
1. Sediakan lebih kurang 5 pisau cukur. Spare lebih tak apa, takut pisau tumpul.
2. Sediakan gunting sekali untuk potong rambut yang panjang sebelum cukur.
3. Sediakan bedak bayi atau bedak sejuk sekali.
4. Cukur rambut bayi ikut arus rambut dengan perlahan-lahan dan penuh kasih sayang.
5. Sapukan bedak sejuk atau minyak kelapa dara selepas cukur setiap hari. Inshaallah rambut cepat tumbuh.

P/s : cukur rambut yang sunnah ialah membotakkan kepala bayi bukan potong rambut sikit je
Monday, 8 October 2018
#Bagaimana saya boleh menambah susu badan ?πΌπΌ
#Bagaimana saya boleh menambah susu badan ?πΌπΌ
.
.
Lebih kerap anda mengeluarkan susu ibu, lebih banyak susu ibu yang akan dihasilkan, tetapi menyusu dengan lebih kerap adalah lebih efektif daripada menyusu untuk tempoh masa yang panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu memerah susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih.
.
.
#Kebaikkan pam susu
Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah payudara sambil mengepam payudara yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses perahan. Meletakkan flanel hangat pada payudara anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam payudara mudah dan sesuai digunakan, tidak semua payudara wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam payudara– sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa memerah susu ibu menggunakan tangan adalah lebih efektif.
.
.
Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan.
.
.
Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi payudara anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu

Wednesday, 3 October 2018
Tips kuatkan rahim selepas keguguran
Tips kuatkan rahim selepas keguguran
1. Amalkan makanan yang segar dan elakkan makanan yang diproses. Makanan yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan.
2. Elakkan makan makanan yang diproses kerana ianya mengandungi bahan kimia yang mungkin menyumbang pada lemahnya rahim.
3. ELakkan pemakanan yang bersifat ‘tajam’ dan ‘sejuk
Termasuk jeruk,asam boi dan seangkatan dengannya
Termasuk jeruk,asam boi dan seangkatan dengannya
4. Amalkan Makanan Tambahan (supplement) Anda juga boleh mengambil suplemen yang semulajadi untuk membantu menguatkan rahim anda
5. Urutan kesuburan
* Menggalakkan keseimbangan hormon
• Membantu membawa darah segar ke rahim
• Membantu mengurangkan tekanan & stabilkan hormon stress
• Meningkatkan peredaran darah ke uterus & serviks
• Meningkatkan taraf connection kepada sistem endokrin
• Menggalakkan fungsi hati untuk menyingkirkan hormon berlebihan
• Menggalakkan keseimbangan hormon
• Membantu tubuh untuk menghilangkan darah lama dan tisu yang rosak

6. kurangkann stress- Memang tidak dinafikan, keguguran akan menjurus kepada rasa stress yang amat sangat. Kita akan menjadi lebih beremosi, terlampau sedih, ketakutan, marah dan sebagaimanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?
SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya π Jantina; wanita lebih ...
-
Penat juga apabila asyik mual dan muntah ketika hamil ni. Apa kata akak-akak cuba 5 tips ni ! ..........................................
-
7 SEBAB BERLAKUNYA ‘SPOTTING’ & PENDARAHAN KETIKA HAMIL Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada...
-
Makanan Ibu Hamil Agar Kulit Bayi Putih dan Bersih Ketika Lahir. . 1. Kelapa Jika di Indonesia, air kelapa dipercayai dapat membuat k...