Tuesday, 16 October 2018

cara paling baik merawat ruam lampin











Image result for gambar ruam bayi pada kemaluan






Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggu bayi anda. 

Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin. 
  • Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.
  • Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.
  • Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas. Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.
  • Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada.
Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. Berhati-hati kerana emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya. 

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya πŸ‘‰ Jantina; wanita lebih ...