Sunday 21 October 2018

VAKSIN PNEUMOCOCAL BAKAL DIWAJIBKAN UNTUK KANAK-KANAK BAWAH UMUR 2 TAHUN: DR DZULKEFLY












Menurut laporan Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya turut berkata pihaknya akan membawa cadangan itu kepada Bahagian Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan. Jika kajian mendapati memang ada keperluan, KKM akan memasukkannya ke dalam NIP.
Malah, pakar kesihatan juga berpendapat vaksin Pneumokokal ini adalah PENTING. Terutamanya untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah untuk mencegah rangkaian jangkitan Pneumokokal dan pelbagai jenis jangkitan kritikal seperti :
-Jangkitan atau radang paru-paru.
-Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak).
-Sepsis (jangkitan dalam darah).
-Sinusitis (jangkitan pada sinus).
-Otitis media (jangkitan telinga tengah).
Selain itu, ia juga mampu menjejaskan upaya seorang kanak-kanak normal dalam jangka masa yang panjang sehingga mengalami terencat mental, pekak, lebam dan paralisis.
Malahan, ia juga mampu membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar yang segera.
Setakat bulan Mac 2018, lebih 136 negara sudah memasukkan vaksin Pneumokokal ke dalam senarai Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), manakala Malaysia adalah satu daripada 54 negara belum menyenaraikan vaksin PnD dalam jadual NIP.
Ibu bapa boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal secara berasingan di mana-mana klinik swasta.
Harga yang akan dikenakan adalah sekitar RM200-300 bergantung kepada bilangan dos mengikut usia.
Bukan setakat itu sahaja, untuk pengetahuan ibu bapa, selain vaksin Pneumokokal ini, antara vaksin tambahan yang boleh didapatkan adalah Rotavirus dan Influenza.
Menurut laporan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya juga menasihati ibu bapa untuk memastikan setiap anak mereka menerima imunisasi lengkap bagi mengelak dan melindungi kanak-kanak daripada jangkitan sebarang penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.
“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memastikan anak-anak mereka menerima imunisasi kerana dapat mencegah kejadian penyakit berjangkit dan mencegah wabak yang serius malah semua vaksin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan adalah halal,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya πŸ‘‰ Jantina; wanita lebih ...