- Pastikan anda menggunakan alat pemotong kuku khas untuk bayi dan berada dalam keadaan bersih. Jangan sesekali memotong kuku bayi yang baru lahir menggunakan gunting atau pemotong kuku orang dewasa
- Sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau Pastikan bayi sudah lena tidur untuk mula memotong kuku mereka.
- Boleh haluskan hujung kuku yang tajam selepas di potong dengan kikir kuku jika perlu.
- Jika anda tak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu.
- Peringatan jangan plaster tangan bayi. Kulit bayi akan cepat tumbuh. Bagi kita yang beragama islam, lebih baik kita memotong kuku si kecil mengikut sunnah.
- Latih diri anda memotong kuku bayi pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat supaya fadillatnya bermula sejak bayi kita masih kecil. Dan janganlah potong kuku bayi anda pada hari yang tidak patut, kerana kita inginkan anak yang terbaik .
No comments:
Post a Comment