Thursday, 18 October 2018

Memberi nama kepada anak yang baharu lahir














Mendapat cahaya mata merupakan saat yang paling manis buat ibu dan juga bapa. Apalagi jika cahaya mata tersebut merupakan anak pertama. Selepas kelahiran, ibubapa biasanya akan memberikan nama buat anak tersebut. Malah sebelum melahirkan pun, kebanyakan ibubapa telah pun memilih nama-nama yang sesuai untuk anak mereka.
Namun, didalam Islam, terdapat beberapa hukum-hukum yang penting dalam menamakan anak yang baharu lahir. Dipetik dari buku "Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam" hasil tulisan Abdullah Nasih 'Ulwan, ada 3 perkara yang perlu dilihat.
Sabda Rasulullah S.A.W.
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)
Daripada hadis tersebut dapatlah disimpulkan bahawa disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...