Sunday 8 July 2018

CARA ATASI BAYI SONGSANG



- Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.
.
-Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.
👉Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
.
.
-Buat seperti merangkak. Elakkan merangkak ke depan, buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: "maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah."
.
.
- BERJALAN
Berjalan juga adalah salah satu gerakan yang paling mudah untuk membantu memusingkan bayi songsang.

Cuba berjalan selama 30 minit setiap hari sepanjang kehamilan. The Health Sitemenerangkan bahawa ketika anda berjalan, daya graviti akan menarik bahagian kepala bayi (yang paling berat) agar menurun ke posisi normal.
.
.
-BREECH TILT’
Posisi ini antara posisi yang selalu diamalkan oleh wanita di luar negara.

Caranya, berbaring di atas lantai sambil menaikkan kaki anda di atas sofa. Sasarkan kedudukan 45 darjah.

Jika perlu, tambahkan beberapa biji bantal untuk menyokong belakang anda. Kekalkan posisi ini selama 5 minit atau pada bila-bila masa anda rasa kurang selesa.
.
.
-Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan.
.
.
-Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.


- Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kat bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
.
.
- BERENANG
Menurut laman web turningbaby.com, berenang dipercayai antara senaman yang paling bagus untuk membuat otot perut lebih santai dan memberi ruang kepada bayi untuk berpusing.
Ia juga mudah dilakukan kerana kita berasa ‘ringan’ dalam air walaupun perut semakin membesar.
Selain berenang, bergerak aktif dan melakukan senaman lantai boleh membantu meningkatkan kesihatan bayi dan anda.
Tetapi, sesetengah pakar tidak menggalakan senaman mencangkung (squat) jika bayi anda songsang kerana ia akan menyebabkan bayi lebih selesa dan cepat menurun ke pangkal serviks dalam keadaan tersebut.

🌻 Rajin-rajin bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk di kedudukan yg betul.

ruby


www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...