Pantang Larang Ketika Memperkenalkan Makanan Pelengkap Kepada Bayi
Bayi akan menunjukkan tanda kesediaan untuk menerima makanan pelengkap melalui tanda berikut iaitu;-
Perkara Yang BOLEH Dilakukan Oleh Ibu
❤Perkenalkan kepadanya hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan
bubur nasi.
❤Setelah anak dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada satu lagi kumpulan makanan.
❤Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama ada bayi anda gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan.
❤Mulakan dengan kuantiti yang sedikit.
❤Tambah sedikit demi sedikit apabila usia anak meningkat.
❤Setelah bayi dapat membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan, anda bolehlah mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan, seperti bubur nasi dengan ayam cincang dan puri sayur.
❤Pastikan rasa dan tekstur makanan sesuai dengan tahap perkembangan anak.
❤Suap makanan sebaik sahaja anak lapar, sebaik-baiknya sebelum si manja anda meragam atau hilang selera makan.
❤Bergantung pada keupayaan anak, beri makanan yang boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang.
❤Elakkan benda yang boleh mengalih perhatian, seperti TV, tablet dan mainan, semasa makan supaya anak boleh memberi tumpuan penuh dan menikmati makanannya.
❤Makan bersamanya. Ibu boleh menggalakkan anak untuk makan atau belajar menyuapkan makanan sendiri.
Perkara Yang TIDAK BOLEH Lakukan Oleh Ibu
❌Mencampurkan makanan yang berlainan jenis dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap.
❌Memberi makanan yang boleh menyebabkan
anak tercekik, seperti kekacang dan bijian.
❌Memaksa bayi makan atau memberi makanan secara berlebihan. Hentikan pemberian makanan apabila anak memalingkan muka atau menunjukkan tanda tidak berminat; dia mungkin sudah kenyang.
No comments:
Post a Comment