Sunday 22 July 2018

Cara bagi makan ubat syrup yang betul


Rupanya SALAH caraku bagi anak makan ubat!
.
Hari tu ada kawan facebook akak cerita mengenai baby dia. Ceritanya macam ni
Anak dia yang baby tu umur 8 bulan. Dah 2minggu demam dan masih tak kebah-kebah. On off la. Kali kedua, kawan akak bawa balik babynya jumpa doctor di satu klinik swasta ni , di pinggiran batu caves. Kawan akak bgtau la balik doctor yang anak dia demam tak kebah pun.
.
Lepas tu doctor pun tu tanya. "Berapa kali puan bagi anak makan ubat?”
.
Lepas tu kawan akak cakap la. Dia bagi makan ubat macam biasa la ikut masa doctor tetapkan.
.
Then doctor tu tanya balik, “Bagaimana cara puan bagi anak ubat ?”
.
Kawan akak pun cakap “Saya buat cam biasa la doctor, celup penyedut dalam botol. Sedut la ubat pakai syringe tu, Lepas tu bagi anak. Lepas tu saya bagi ubat lain pulak.”
.
Doctor tanya lagi “Syringe tu puan guna yang sama?" Kawan akak pun cakap, “Ya, saya masuk balik syringe tu ke botol lain sedut ubat lain dalam ubat lain”.
.
Doctor tu pun pandang kawan akak ni sambil senyum dan cakap "salah cara puan bagi ubat tu!" Kawan akak pun punya la terkejut bila doctor dah explain panjang lebar, hakak pun baru tau yang selama ni kita memang salah cara bagi anak makan ubat.
.
Doctor cakap kalau dah mencelup ubat macam. ubat itu dah tak ada fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat dah hilang. Ibarat seperti bagi air gula je pada anak.
Pesan doctor, ubat mana yang sudah dicelup nanti buang. Jangan nak simpan. kalau cara bagi anak makan ubat yang betul boleh tahan selama sembilan bulandalam peti sejuk. Kecuali antibiotik, tempoh singkat.
.
Contoh yang salah adalah celup dalam botol ubat pertama kemudian bagi pada anak. Selepas itu guna syringe yang sama tanpa basuh bersih, celup pula botol kedua.
.
Point yang mudah:
.
1. Nak celup pakai syringe je, lepas itu basuh bersih dan celup lagi. ITU BOLEH.
.
2. Nak tuang dalam penutup selepas itu bagi pada anak, tak payah pakai syringe. ITU PUN BOLEH.
.
3. Nak pakai satu ubat, satu syringe. ITU LAGILAH BOLEH.
.
Faham kan?
.
Jom ikuti langkah-langkah yang betul cara nak bagi anak kita denga betul.


www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...