Tuesday, 17 July 2018

apa itu scan 2d/3d/4d and TVS scan

TVC


sharing is caring 😁

ruby scan 2d,3d,4d, TVS tu apa ?

-2D ultrasound,
ia juga dikenali B-mode ultrasound, juga dikenali imej hitam-putih ultrasound. Prinsip asasnya ialah interpretasi digital tahap “kecerahan” bintik putih-hitam terhadap data jarak dan kekuatan gelombang bunyi. Imej yang terpapar di skrin adalah “hirisan” organ/struktur yang diimbas. Pemahaman “hirisan” imej ini biasanya hanya difahami doktor atau sonographer kerana memerlukan pemahaman anatomi dan latihan intepretasi terperinci. Apa yang lebih penting, sehingga hari ini detailed scan mesti dilakukan dengan 2D untuk melihat organ dalaman baby.

Ia juga boleh mengesan yang lain termasok :
• Degupan jantung bayi
• Ukuran badan bayi
• Berat bayi
• Jantina
• Kedudukan uri (placenta)
• Keadaan air ketuban

 Keadaan rahim secara keseluruhan
Ini untuk melihat sekiranya terdapat fibroid atau keganjilan lain rahim. Walaubagaimanapun, fibroid yang kecil mungkin tidak kelihatan.

 Keadaan ovari dan kawasan sekitar rahim
Ovari boleh dilihat jika scan ultrasound dilakukan sebelum 16 minggu. Selepas tempoh ini, rahim agak besar dan ovari tidak kelihatan.

-Scan 3D ultrasound
Biasanya 3D hanya boleh memberi imej luaran seperti muka, bentuk badan, anggota tangan, kaki dan kadangkala jantina bayi (boleh baca lebih lanjut dalam artikel tentang gender scan) bergantung kepada kedudukan bayi ketika itu

-4D Ultrasound
Apabila jurutera-jurutera tadi telah berjaya menghasilkan tempoh pengumpulan data yang sangat-sangat pantas maka objek tak perlu lagi statik. Setiap imej yang terhasil hanya mengambil masa mili saat. Maka, jika dalam tempoh pengumpulan data itu bayi membuat ekspresi muka, dapatlah ianya dirakam secara langsung. Moment apabila bayi senyum, menguap, mencebik bibir, meggaru muka dan sebagainya dapat direkod dalam bentuk video secara langsung. Video inilah yang dikenali 4D iaitu “3D ultrasound in motion”.
.
.
-Transvaginal scan
TVS adalah singkatan utk transvaginal scan.
TVS sama spt ultrasound biasa, menggunakan mesin scan yg sama tetapi ia menggunakan 'probe' alat imbasan yg berbeza. Probe TVS dimasukkan ke dlm vagina (secara perlahan dan menggunakan gel) jadi imej yg didapati akan lebih jelas jika dibandingkan dgn scan biasa (yg diletakkan di atas abdomen). TVS perlu utk diagnosis yg lebih tepat. Ia adalah alat imbasan yg paling sesuai dan patut digunakan terutama utk kes2 melibatkan masalah wanita iaitu pd sistem peranakan.

- Perlu peka kpd perubahan diri anda. Jumpa Dr utk screening / pemeriksaan jika ada alarming symptoms lebih drp minggu spt kurang selera mkn, turun berat bdn secara mendadak, mual/loya, haid yg tidak teratur, sakit badan.
- Jangan bertangguh utk buat pemeriksaan. Listen to your body. Dont ignore any unusual signs in your body.
-. Amalkan gaya hidup sihat drp sekarang.
Jauhi makanan merapu (junkfood) dlm diet seharian, bersenam regularly, minum air kosong secukupnya

Kesihatan badan adalah amanah Allah kpd kita, jaga kesihatan utk kehidupan yg sejahtera..

boleh datang ke klinik kami untuk pemeriksaan

Akk nak buat scan tapi tak tahu dekat mana la..
.
.
Ada ja dekat sni akk .. heheh
.
.
Akk ada apa-apa pertanyaan ttg rwtan yg akk berminat tapi tak dak dlm list ni.

akk boleh trus wsp ruby ,
www.wasap.my/+60163880049

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...