Tuesday, 15 May 2018

Berat Badan Yang Menjejaskan Ibu dan Bayi




Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
.
.
Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu mengenainya supaya boleh berhati-hati.
.
.
Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan anda seperti umur, sejarah keluarga, gaya hidup dan latar belakang etnik anda. Kesemuanya memainkan peranan. Walau bagaimanapun, lebih tinggi BMI anda, lebih besar kebarangkalian anda mengalami komplikasi semasa hamil.
.
.
Di antara komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk:

kencing manis akibat kehamilan
darah tinggi (akibat kehamilan)
pra-eklampsia, yang berlaku apabila terdapat masalah dengan plasenta
pelahiran pramatang

Apabila tiba masa untuk bersalin, bacaan BMI 30 atau lebih boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami yang berikut:

kelahiran dibantu (forseps atau ventuos)
pembedahan caesarean
pendarahan teruk selepas bersalin (postpartum haemorrhage atau PPH)
jangkitan luka jika anda melahirkan melalui pembedahan caesarean
darah beku dalam vena dalam pada kaki anda (trombosis vena dalam atau DVT) atau dalam paru-paru anda (embolisme pulmonari atau PE)
lebih masa dihabiskan di hospital kerana komplikasi
.
.
Jika anda berlebihan berat badan atau obes semasa hamil, anda lebih berkemungkinan mendapat bayi yang besar (makrosomia).
.
.
Jadi kawal berat badan anda, dapatkan nasihat dari doctor
.
.
Ruby
Eva Emily Clinic

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...