Kehamilan luar rahim atau dipanggil ectopic pregnancy. Ectopic bermaksud "di tempat yang salah".
Kebanyakan kes kehamilan di luar rahim, implantasi berlaku dalam tiub falopio, dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy).
Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh.
Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang.
Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit dan menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan melekat di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini.
- Pernah menghidap (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio.
- Endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
- Pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti (sterilisation reversal).
- Hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
- Merokok.
- Pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
Sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.
Jadi berjumpalah dengan doctor anda untuk tindakkan yang lebih lanjut. . .
Ruby, Eva Emily Clinic
No comments:
Post a Comment