Jika kandungan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan
menggunakan kaedah laparoskopi untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan
kehamilan tersebut.
Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki.
Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana :
- pembedahan
ini lebih cepat
- kurang
darah yang hilang semasa pembedahan ini
- anda
tidak perlu tinggal lama di hospital
- kurang
ubat penahan sakit diperlukan
Jika tiub telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah.
Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan
untuk menggantikan darah yang hilang.
Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada
- tahap
kerosakan tiub tersebut
- keadaan
tiub falopio yang satu lagi
- keinginan
anda untuk hamil lagi
Ubat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan.
Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila
hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada
pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan ibu
akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.
Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama.
Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk,
kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi
itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih
sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.
Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat
mungkin.
Ruby
Eva Emily Clinic
Eva Emily Clinic
No comments:
Post a Comment