Kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk
berpuasa. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa peka untuk sebarang isyarat
dari badan anda yang berkemungkinan memerlukan rawatan.
Bagi ibu mengandung yang boleh berpuasa ada beberapa tips
yang boleh diamalkan :
- Makan
makanan yang seimbang, bernutrisi untuk Sahur atau di pagi hari
- Jangan
abaikan makanan di awal pagi
- Perbanyakkan
minum air tetapi jauhkan dari meminum air berkafein seperti kopi atau teh.
- Amalkan
kesederhanaan dalam segala hal, termasuklah pengambilan garam dan gula.
- Dapatkan
rehat secukupnya dan cubalah mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti yang
berat.
- Sentiasa
dalam keadaan dingin di siang hari dan ini termasuklah mengelakkan
melakukan aktiviti luar.
- Semasa
berbuka puasa, cuba makan secara perlahan-lahan. Usus telah berehat
sepanjang hari, dan ia adalah elok untuk mengelakkan usus dari ‘terkejut’
dengan kemasukan makanan yang berlebihan.
- Dalam
tempoh yang tidak berpuasa iaitu di sebelah malam, amalkan pengambilan
makanan ringan yang sihat secara kerap untuk memastikan anda mempunyai
nutrien dos secukupnya
- Sentiasa
memilih atau membeli makanan daripada penjual yang bersih.
Walaupun telah mendapat kebenaran untuk berpuasa, sentiasa
perhatikan simptom-simptom ini:
- Kekurangan
pergerakan anak dalam kandungan anda
- Kontraksi
abdomen anda
- Rasa
mual atau muntah-muntah
- Pening
atau rasa di awang-awangan
- Demam
- Sakit
bahagian bawah tulang belakang
- Sakit
semasa membuang air kecil
- Sakit
kepala
- Kelemahan
/ Sengal badan
- Dahaga
atau kelaparan yang melampau
Sekiranya anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini,
segeralah berjumpa doktor anda, kerana ia mungkin tanda amaran bagi sebarang
keadaan yang serius.
Jika terdapat keraguan, berbincanglah dengan pembekal
penjagaan kesihatan anda. Akhir kata, semoga perjalanan kandungan anda berada
dalam keadaan yang sihat.
JANGAN LUPA SHARE & TAG IBU2 MENGANDUNG SUPAYA DAPAT
INFO PENTING NI !!
No comments:
Post a Comment