Saturday, 12 May 2018

Temujanji Pranatal Yang Pertama




Kementerian Kesihatan menasihatkan anda supaya membuat lawatan yang pertama sebelum minggu ke 12

Perkara yang biasa akan disoal adalah :

1. Tarikh mula haid yang terakhir.
Dengan mengetahui tarikh mula haid anda yang terakhir, doktor dapat mengira tarikh anda dijangka bersalin.

2. Keguguran dan kelahiran sebelum ini
‘Sejarah obstetrik’ anda adalah penting dan mempunyai kaitan dengan bagaimana anda menghadapi kehamilan pada kali ini, serta memberi kesan kepada pengurusan pelahiran.

3. Sejarah keluarga mengenai penyakit.
Jika anda mempunyai sejarah keluarga mengenai alahan, penyakit jantung, kencing manis atau beberapa masalah perubatan utama yang lain, kesemuanya boleh memberi kesan terhadap kehamilan anda, jadi bersiap-sedialah dengan maklumat yang berkaitan mengenai sejarah perubatan anda dan suami.

4. Gaya hidup.
Doktor akan memberi nasihat mengenai pemakanan dan perkara-perkara lain.

Pemeriksaan yang akan dilakukan :
1.Ujian darah
Darah akan dihantar ke makmal untuk memeriksa status rubella, tahap hemoglobin (untuk melihat samada mengalami anemia dan memerlukan pil zat besi), kumpulan darah dan juga status Rhesus Darah juga akan disaring untuk HIV, siflis dan hepatitis B.

2.Pemeriksaan air kencing
Ujian ini dilakukan untuk mengetahui samada terdapat protein atau tidak di dalam air kencing. Ini membantu doktor mengesan tanda-tanda awal praeklamsia, iaitu penyakit tekanan darah tinggi dalam kehamilan. Ujian ini juga akan menunjukkan samada terdapat gula dalam air kencing, yang mana ini merupakan satu tanda kencing manis, atau terdapat bakteria dalam air kencing.

3. Pemeriksaan tekanan darah
Diambil setiap kali lawatan. Tekanan darah yang meningkat, terutamanya ketika menghampiri penghujung kehamilan, boleh jadi tanda amaran awal pra-eklampsia.

4. Scan ultrasound
Ini adalah untuk mengukur saiz bayi bagi mengesahkan sudah berapa minggukah kehamilan dan untuk mengira tarikh dijangka bersalin.

5. Mendengar degupan jantung bayi
Doktor akan menggunakan alat yang menguatkan bunyi degupan jantung bayi supaya anda dapat mendengarnya juga. Kadar degupan jantung bayi ialah 120-160 degupan seminit berbanding 60-100 pada orang dewasa.

6. Menimbang berat
Jururawat akan merekodkan berat pada pemeriksaan pertama, berat akan dipantau dari semasa ke semasa.

Anda akan mendapat temu janji setiap empat minggu daripada sekarang hingga minggu ke 28, apabila anda akan berjumpa doktor setiap dua minggu. Daripada minggu ke 36, anda akan diperiksa setiap minggu.

Ruby

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...