Monday 31 December 2018

PERKARA YANG IBU BAPA PERLU LATIH ANAK MEREKA SEBELUM MEMULAKAN PERSEKOLAHAN DARJAH SATU.



Adik ooh adik😐 Tinggal berapa hari lagi nak masuk SEKOLAH darjah SATU. Mama tak tahu lah macam mana adik jaga diri adik di sekolah. Ya Allah..risaunya mama😨
.
.
Darjah satu adalah satu fasa baru bagi semua kanak-kanak. Mereka akan ke sekolah dan terpaksa ‘berpisah’ dengan ibu bapa selama 6-8 jam buat pertama kalinya.
.
Oleh itu, ibu bapa sangat digalakkan untuk menyediakan anak mereka bukan sahaja dari segi pakaian dan peralatan persekolahan, malah mereka juga perlu melatih anak tersebut menyesuaikan diri di persekitaran yang baru.
.
Untuk tujuan itu, Ruby sediakan satu checklist PERKARA YANG IBU BAPA PERLU LATIH ANAK MEREKA SEBELUM MEMULAKAN PERSEKOLAHAN DARJAH SATU.
•Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
•Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
•Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
•Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
•Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
• Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon bimbit.
• Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
•Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
•Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
•Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.

Friday 28 December 2018

Kenapa kaki saya bengkak semasa hamil?

ANDA PERNAH MENGALAMI KAKI BENGKAK DAN LENGUH-LENGUH SEMASA HAMIL??
.
.
Tahukah anda kenapa perkara ini boleh berlaku ?
.
Keadaan ini BOLEH BERLAKU pada BILA-BILA MASA dan biasanya dialami selepas usia kandungan mencecah 20 MINGGU. Keadaan janin yang semakin membesar akan menekan salur darah yg bertanggungjawab utk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung.
.
Disebabkan hal ini, PERJALANAN DARAH pada kedua kaki menjadi kurang lancar dan berkumpul. Perkara ini juga mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula MEMBENGKAK dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
.
Antara petua berguna untuk mengatasi masalah ini adalah:

1) Minum air yang secukupnya

2) Tinggikan kedua kaki semasa baring pada waktu malam

3) Amalkan posisi mengiring sebelah kiri badan

4) Kekal aktif bergerak

5) Compression stocking (stocking untuk melancarkan perjalanan darah)

6) Pemilihan kasut yang selesa dan elakkan berdiri terlalu lama

7) Kurangkan pengambilan garam dalam makanan

www.evaemilyclinic.com

Kredit kepada: The Malaysian Medical Gazette

Thursday 27 December 2018

Bimbang tidak datang haid??



Ruby..akak dah tak datang period selama 7-8 bulan lah. Check upt negatif. Takkan lah akak menopause kot..baru umur 35😓😓 Akak dah tak subur ke Ruby??
.
.
Uishh sekali tak subur akak ni buat andaian. Tapi Ruby akui tidak datang haid adalah satu perkara yang sangat mengganggu seseorang wanita. Terutamanya bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur. Mereka akan selalu terkeliru samada mengandung ataupun tidak datang haid (amenorrhea).
.
Amenorrhea adalah keadaan di mana seseorang wanita tidak datang haid. Ada beberapa klasifikasi Amenorrhea tetapi jika berdasarkan masalah di atas, berkemungkinan wanita tersebut mengalami Amenorrhea Sekunder.
.
Definasi amenorea sekunder adalah haid yang tidak datang berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya biasanya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder mungkin disebabkan masalah ginekologi (sistem peranakan) atau pertukaran fisiologi seperti jika mengandung atau sebagainya.
.
.
Jadi adalah dinasihatkan bagi mereka yang mempunyai masalah amenorrhea untuk berjumpa doktor sakit puan bagi mencari punca-puncanya dan mendapatkan rawatan sekiranya perlu.

Wednesday 26 December 2018

WOW!! TAK SANGKA SUSU IBU BANYAK KHASIATNYA...



"Ok, dah siap pam susu untuk baby. Lepas ni, boleh bagi dekat pengasuh untuk susukan Rayyan masa aku kerja".
.
Ketahuilah wahai si ibu bahawa anda melakukan perkara yang SANGAT BAIK!! Mengapa Ruby cakap begitu??
.
.
Mungkin ramai yang dah tahu tentang KEBAIKAN MENYUSU bayi dengan SUSU IBU. Hari ini, Ruby nak ingatkan semula para ibu ataupun yang BAKAL menjadi ibu tentang perkara ini😍
.
.
Kebaikan Susu Ibu untuk BAYI:
•Membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia
mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang
sedang membesar.
•Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem
imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti
cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
•Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti
asma, EKZEMA dan kolik bayi.
•Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal
untuk PERKEMBANGAN OTAK. Ia membantu dalam
meningkatkan kecerdikan anak anda.
•Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk
berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan
kasih sayang antara ibu dan anak.
.
.
Selain itu, menyusu badan turut bermanfaat pada si IBU!!
Ia mampu;
•membantu MENGECUTKAN RAHIM dan
mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat
serta MENGURANGKAN PENDARAHAN selepas
bersalin.
•membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal
anda dengan cepat🤩
•mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
•menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu
secara sepenuhnya.
Sumber artikel daripada portal MyHealth

Tuesday 25 December 2018

PERIOD ANDA PANJANG DAN BANYAK??


Image may contain: one or more people

"Ruby, akak setiap kali period/datang haid...mesti banyak sangat sampai kena tukar pad (tuala wanita) berkali-kali dalam sehari..lepas tu kadang-kadang sampai pening-pening nak pitam..normal kah keadaan akak ni?"
.
.
Ramai yang bertanya Ruby tentang masalah di atas. Jawapan Ruby, TIDAK NORMAL untuk mengalami haid yang banyak sehingga menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas.
.
Keadaan ini dikenali sebagai MENORRHAGIA iaitu pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid. Ini termasuk terpaksa menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang hingga melimpah mengotori kain atau tilam. Disebabkan pendarahan yang banyak, seseorang wanita itu akan mengalami pening kepala, tidak bermaya, pitam dan sebagainya.
.
Kebanyakkan kes ini tidak mempunyai sebab-sebab tertentu. Di antara sebab-sebab yang boleh dikenalpasti adalah:
1. GANGGUAN HORMON menyebabkan pendarahan rahim.
2. Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari
selaput rahim atau serviks).
3. Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim
secara tidak normal)
4. Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
5. Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar
tiroid
6. Sebab-sebab lain: Akil baligh atau permulaan haid, IUCD (Alat
mencegah kehamilan di dalam rahim), Cystic glandular hyperplasia
(masalah selaput rahim yang tebal), Penyakit radang pelvis (PID)
yang kronik, Sindrom Polycystik Ovari (PCOS).
Sekiranya anda salah seorang yang termasuk dalam ciri-ciri MENORRHAGIA, berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti puncanya dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.

Monday 24 December 2018

Adakah bayi anda sedang mengalami kembung perut?




Baby anda suka menangis tapi tak tahu kenapa? Dah check lampin, tak ada apa..kalau lapar pun, baru bagi menyusu tadi..Nak kata demam tapi tak panas pun😓😥
.
.
Mungkin bayi tersebut sedang mengalami kembung perut.
.
Antara ciri-ciri bayi yang berkemungkinan kembung perut adalah:
- Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang
lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
- Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-
kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2
hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai
umur 3 hingga 4 bulan.
.
.
Jadi, apa saya boleh buat Ruby??
Tiada rawatan khusus untuk bayi yang mengalami kembung perut.
Keadaan ini biasanya akan reda dengan sendiri apbila bayi tersebut mencecah umur 3-4 bulan. Jika anak anda selalu kembung perut, cuba;
1. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
2. Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah
lembut
3. Kurangkan bunyi bising
4. Bawa bayi anda bersiar-siar
5. JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
6. Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan
orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
7. Dapatkan nasihat doktor jika :
- Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
- Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau
sembelit.
- Bayi anda demam
- Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani
masalah ini sendiri.

Sunday 23 December 2018

Anemia semasa hamil; Kenapa saya perlu risau?



Anda sering rasa letih-letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas semasa HAMIL??
.
.
Anda mungkin menghidap ANEMIA semasa hamil!!
.
Seseorang itu dikatakan menghidapi anemia bila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.
.
Terdapat 75-95% wanita yang mengandung menghidap anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Ibu yang hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung.
.
.
Kenapa Ruby tekankan sangat tentang anemia semasa hamil??
Sebab banyak komplikasinya terhadap ibu dan bayi yang dilahirkan.
Antaranya adalah :
1. kelahiran pra matang
2. kematian bayi dalam kandungan
3. kemurungan ibu selepas kelahiran
4. boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut
5. kerencatan perkembangan akal dan psikomotor.
.
.
Oleh itu, ibu-ibu hamil disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian mereka. Rawatan zat besi secara rutin adalah amat digalakkan dalam program penjagaan ibu mengandung di hospital ataupun di klinik-klinik swasta yang menyediakan penjagaan tersebut.

Saturday 22 December 2018

KEPENTINGAN FOLIK ASID KEPADA IBU HAMIL DAN BAYI.




TAKE NOTE ya semua IBU-IBU HAMIL!! Hari ni Ruby nak membincangkan sedikit tentang kepentingan ASID FOLIK...
.
.
Asik Folik (juga dikenali sebagai folat) adalah tambahan diet yang dianggap benar-benar penting. Ianya boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.
.
.
Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk.
.
.
Jadi, semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
.
.
Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin.
.
.
Tetapi ramai ibu-ibu hamil tidak mengambil folat semulajadi (daripada sayuran) yang mencukupi. Oleh itu, amat digalakkan untuk anda mengambil pil folik asid sebagai sumber utama folik asid untuk kandungan.

Friday 21 December 2018

JERAWAT DAN BINTIK-BINTIK DI MUKA SEMASA KEHAMILAN




"Alamak, semenjak pregnant ni semakin banyak pulak jerawat dan bintik-bintik naik kat muka ni...kat belakang badan pun ada...😩"
.
.
Berikut adalah masalah yang sesetengah ibu hamil alami semasa tempoh 9 bulan kehamilan. Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal.
.
.
Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk.
.
.
"Jadi macam mana ni Ruby...takkan nak biar muka berjerawat dan berbintik-bintik jaa?!"😞
.
.
Akak cubalah cuci muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.
.
.
Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil. Beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil 😊..

Thursday 20 December 2018

Masalah kerap kencing di kalangan warga emas.




Masalah kencing di kalangan WARGA EMAS kerap terjadi namun ianya jarang dilaporkan. Masalah kerap kencing merujuk kepada penambahan kekerapan seseorang tersebut kencing setiap hari.
.
.
Kebanyakan orang kencing 3 hingga 7 kali pada siang hari dan sekali pada waktu malam. Jumlah isipadu air kencing yang dikeluarkan sehari ialah lebih kurang 1 hingga 2 liter.
.
.
Masalah kerap kencing mengikut definasi Kesatuan Kontinen Antarabangsa adalah seperti berikut:
• kencing lebih daripada biasa pada waktu siang
• nokturia apabila seseorang itu perlu bangun untuk kencing lebih
daripada sekali pada waktu malam.
.
Sebab-sebab peningkatan kekerapan kencing yang bukan disebabkan penyakit adalah seperti berikut:
• Pengambilan cecair yang banyak sepanjang hari.
• Cuaca sejuk
• Minum minuman yang boleh meningkatkan penghasilan air kencing
seperti kopi dan alkohol
• Keresahan.
.
Sebab-sebab masalah kerap kencing yang patologikal:
• Ubat – ubatan
• JANGKITAN SALUR KENCING
• Kencing Manis
• Diabetes Insipidus - Ini akan menyebabkan penghasilan air kencing
yang cair secara berlebihan. Akibatnya, penghidap penyakit ini akan
megalami masalah kerap kencing.
• Penyakit kelenjar prostat
• Penyakit buah pinggang kronik, Batu karang, Sindrom Pundi Kencing
overaktif, Pundi kencing neurogenik, Cystocoele, Atropi vagina
.
.
Masalah kerap kencing boleh menyebabkan iritasi kulit dan lecet. WARGA EMAS MUNGKIN MENGELAK DARIPADA BERSOSIAL kerana kekerapan penggunaan tandas adalah menyusahkan dan mungkin dianggap memalukan. Masalah – masalah ini mungkin mengakibatkan pesakit mengasingkan diri dan MURUNG.
.
.
Sumber artikel dari portal MyHealth KKM.

Wednesday 19 December 2018

KERACUNAN MAKANAN; simptom dan apa saya perlu buat?






Musim cuti sekolah ni banyak lah kenduri-kendara yang diadakan. Tetapi kalau makanan yang disediakan itu tidak mengambil kira kebersihan, ianya akan cepat basi dan mengakibatkan orang yang yang memakannya mengalami KERACUNAN MAKANAN.
.
.
Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
.
.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).
Jadi, anda perlu;
1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
2. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan 
3. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
4. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
Sumber oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia 2015.

Tuesday 18 December 2018

TIPS-TIPS BAGI MENGURANGKAN BENGKAK SUSU.






Sakitnya breast...rasa macam bengkak ja..yang baby Rania ni pun selalu tidur sampai jarang menyusu😩..

Berikut adalah keluhan ramai para ibu yang sedang menyusu anak. Mereka selalu mengalami bengkak susu kerana susu yang dihasilkan berlebihan dan tidak dikeluarkan. Jadi, bagi membantu para ibu yang mengalami masalah tersebut, Ruby nak share sikit lah TIPS-TIPS BAGI MENGURANGKAN BENGKAK SUSU.

1.  Tuam atau basuh payudara dengan air suam agar susu ibu lancar tapi jangan lebih dari tiga minit. 
2. Lakukan penyusuan secara rutin selama dua atau tiga jam. Jika bayi sedang tidur tapi susu tetap mengalir keluar, segera pam susu tersebut.
3. Mengurut payudara supaya susu ibu lebih lancar dan bantu kurangkan rasa sakit akibat        membengkak.
4. Perah susu dengan tangan supaya areola tetap lembut.
5. Makan ubat bagi kurangkan rasa sakit tapi harus dapatkan nasihat doktor dahulu 

Sunday 16 December 2018

Siapa yang perlu MINUM AIR GULA (MGTT) waktu mengandung?






Hari ni Ruby nak share satu perkara penting untuk ibu-ibu hamil. Take note ya...
.
.
Agak-agak, kita termasuk tak dalam senarai untuk ujian MGTT?
1. Umur > 35 tahun waktu booking (buka buku mengandung)
2. BMI >27 kg/m atau berat >80 kg waktu booking.
3. Sejarah keluarga dengan diabetes
4. Sejarah Gestational Diabetes (GDM) pada kandungan sebelumnya.
5. Sejarah Keguguran 2-3 kali berturutan
6. Sejarah kematian anak didalam kandungan (anak sebelumnya)
7. Sejarah kematian anak sejurus selepas melahirkan atau kurang daripada 6 hari selepas kelahiran.
8. Sejarah anak yang mempunyai abnormaliti sejak lahir (congenital malformation)
9. Kenaikan berat badan berlebihan
10. 2 kali positif gula dalam air kencing
11. Jangkitan kuman saluran kencing atau kulat candida yang berulang kali.
12. Air ketuban yang berlebihan (polyhydramnious)
13. Sejarah melahirkan bayi berat lahir 4kg atau lebih.
.
.
Sekiranya anda mempunyai salah satu kriteria di atas, anda disarankan supaya menjalani ujian MGTT...
Ujian toleransi glukosa (MGTT) digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi) dan dijalankan terhadap wanita-wanita yang dilihat sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini..
.
.
www.evaemilyclinic.com

Saturday 15 December 2018

Adakah anak anda tengah mengalami tosillitis?



"Mama, Aisya rasa macam sakit tekak lah.."
Check tekak, alamak! Bengkak pastu merahnyaa!! Eh,kenapa panas pulak badan budak nih..
.
.
Anak anda mungkin tengah mengalami TONSILLITIS AKUT😟
.
Tonsillitis adalah radang pada tonsil disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsillitis adalah termasuk;
1. Sakit tekak
2. Sukar menelan
3. Demam panas - 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
4. Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di
tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang
sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan
kuman di telinga tengah (Otitis media akut).
5. Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang
selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik)
Segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor sekiranya ada tanda-tanda tonsillitis seperti di atas.
*Sumber dari PORTAL MyHEALTH.gov.my
======================================================
p/s: share dan like post ini supaya lebih ramai tahu mengenai Tonsillitis😃

Friday 14 December 2018

Diabetes Gestasi (kencing manis semasa hamil) ; wanita yang berisiko dan kesannya.



Anda mengalami kenaikan berat badan berlebihan semasa hamil?!😟
.
.
Awas!! Anda berkemungkinan akan mendapat diabetes gestasi!
.
.
Diabetes gestasi adalah keadaan di mana seorang wanita hamil menghidap kencing manis buat pertama kali semasa kehamilan. Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda. Jadi, terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar dan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar sehingga memerlukan pembedahan caesarean.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung untuk medapat masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Mereka juga cenderung untuk menghidap obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti.
.
.
Jadi adalah penting untuk memastikan jika anda antara yang berisiko untuk menghidap diabetes gestasi. Berikut adalah beberapa kriteria wanita hamil yang berisiko untuk mendapat diabetes gestasi:
1. Kenaikan berat badan berlebihan semasa hamil
2. Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30
3. Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak
4kg atau lebih
4. Anda menghidapi diabetes gestasi sebelum ini
5. Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa,
datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis)
6. Keturunan anda mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi
.
.
Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

www.evaemilyclinic.com

Thursday 13 December 2018

9 makanan yang sangat berkhasiat untuk dimakan semasa mengandung


1. Makanan berasaskan tenusu
Semasa hamil, badan memerlukan ekstra protein dan kalsium bagi fetus yang sedang membesar. Produk tenusu seperti susu dan yogurt adalah sumber kalsium, phosphorus, vitamin B, magnesium dan zinc yang amat diperlukan oleh ibu-ibu mengandung. Bakteria probiotik yang terkandung dalam greek yogurt juga dapat mengurangkan risiko pre eklampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung), diabetes gestasi,
2. Kekacang
Sumber kekacang seperti lentil, kacang pea, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah adalah sangat kaya dengan serat, protein, zat besi, asid folik, dan kalsium. Asid folik sangat penting untuk kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungannya..
3. Ubi Keledek
Ubi ini kaya dengan beta karotin iaitu sumber vitamin A untuk badan anda. Ianya sangat penting untuk sel-sel dan tisu badan membesar. Setiap 100-150 gram ubi keledek yang dimasak dapat memenuhi pengambilan vitamin A harian anda.
4. Ikan Salmon
Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam ikan salmon sangat bermanfaat pada ibu mengandung. Ianya dapat membantu tumbesaran organ-organ bayi anda terutamanya otak dan mata. Ikan salmon juga mengandungi vitamin D yang penting untuk tumbesaran tulang dan sitem imun.
5. Telur
Sebutir telur yang bersaiz besar mengandungi 77 kalori, protein, lemak, vitamin dan mineral yang amat diperlukan badan. Telur juga adalah sumber yang penting untuk choline yang penting untuk perkembangan otak bayi.
6. Brokoli dan sayuran berdaun hijau
Sayuran seperti brokoli dan bayam mempunyai banyak nutrien yang penting seperti serat fiber, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi, asid folik, potassium serta anti-oksida. Sayuran sangat baik untuk membantu sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
7. Daging
Daging merah dan daging ayam adalah sumber protein yang sangat penting. Ianya juga mengandungi zat besi, choline dan vitamin B yang diperlukan wanita hamil bagi kandungan mereka.
8. Bijirin penuh
Makan bijirin penuh boleh membantu wanita hamil memenuhi keperluan kalori yang meningkat, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Berbanding bijirin halus, bijirin penuh kaya dengan serat, vitamin dan zat-zat tumbuhan. Bijirin penuh seperti oat quinoa dan ianya juga kaya dengan serat, vitamin B dan magnesium.
9. Air kosong.
Semasa kehamilan, jumlah darah meningkat sehingga 1.5 liter atau kira-kira 50 auns. Oleh itu, penting untuk kekal terhidrasi dengan betul. Selain itu, meningkatkan pengambilan air anda dapat membantu melegakan sembelit dan mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing, yang biasa berlaku semasa kehamilan.


Wednesday 12 December 2018

Tanda-tanda anak anda mengalami alahan terhadap makanan






Berikut adalah tanda-tanda anak anda mengalami alahan terhadap makanan:
1. Reaksi pada kulit- anak anda mulai mengalami ruam yang gatal di kulit. Ekzema juga adalah salah satu jenis reaksi kulit terhadap alahan dan ianya adalah ruam bersisik, gatal yang boleh melepuh atau mengelupas.
2. Reaksi pada sistem pencernaan- anak anda mulai menunjukkan simptom seperti sakit perut atau rasa seperti membuang, muntah dan cirit-birit selepas memakan makanan tertentu.
3. Reaksi pada sistem pernafasan- Berdehit (wheezing), batuk, hidung berair adalah simptom yang selalu dialami kanak-kanak dan orang dewasa jika mereka mengalami alahan makanan. Reaksi pada sistem pernafasan mula menjadi serius dan memerlukan rawatan kecemasan jika anak anda mulai:
• Bengkak bibir, lidah, mata atau muka
• Bengkak saluran pernafasan seperti masalah bernafas, batuk yang pendek, mengalami masalah menelan.
4. Reaksi seluruh badan (anafilaksis)- Anafilaksis adalah tindak balas yang melibatkan pelbagai sistem badan dan dapat menyebabkan penurunan tekanan darah. Mereka akan mengalami simptom seperti kesukaran bernafas, kulit pucat, pening dan tidak sedarkan diri. Jika anak anda mula menunjukkan gejala-gejala seperti di atas, cepat-cepatlah membawanya berjumpa dengan doktor.

Tuesday 11 December 2018

TIPS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN.




“Alamak Ruby, berat badan akak naik laa selepas mengandungkan Arisya..”.
Easy akak…Ni Ruby nak share dekat akak beberapa TIPS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN.
1. Amalkan pemakanan sihat sejak mengandung. Jangan dengan alasan makan untuk ‘2 orang’ , anda makan dengan kuantiti untuk 2 orang juga..
2. Menyusu badan. Percaya atau tidak, aktiviti menyusu badan dapat membakar kalori kira-kira 200 hingga 500 kalori setiap hari.
3. Bergerak dengan aktif. Waktu berpantang adalah waktu untuk berehat tetapi ada baiknya kalau anda bergerak dan melakukan aktiviti ringan seperti melakukan kerja rumah. Anda tidak perlu ke gym untuk membakar kalori.
4. Ajak suami untuk diet sekali. Anda akan lebih bersemangat sekiranya ada seseorang yang menjadi teman untuk turunkan berat badan bersama-sama.
5. Cukup tidur dan rehat. Menurut kajian, keletihan dan tidak cukup tidur dapat merangsang hormon-hormon stres yang memacu penambahan berat badan.
6. Tanamkan mindset anda bahawa anda boleh lakukannya! Badan anda melalui pelbagai proses yang kompleks dalam 9 bulan fasa kehamilan. Jadi, mana mungkin segala perubahan ini dapat di ‘undo’ dalam masa sebulan dua?
7. Banyak minum air masak. Mungkin tidak ramai yang tahu yang air juga dapat membantu mempercepatkan metabolisma badan untuk membakar kalori anda.

Saturday 8 December 2018

TIPS UNTUK KURANGKAN SAKIT ATAU SEMBUHKAN LUKA BERSALIN DENGAN CEPAT















“Aduilaa..kenapa sakit berdenyut-denyut dekat jahitan bersalin ni? Dah 3-4 hari dah bersalin kenapa tak hilang-hilang sakit nii? Tak ada ka cara nak hilangkan sakit luka tempat bersalin?
.
.
Kebanyakan wanita yang melahirkan bayi secara normal akan melalui proses episiotomi, iaitu guntingan yang dibuat pada bahagian perineum. Tujuan prosedur ini dilakukan adalah untuk membantu ibu bersalin dengan lancar dan mudah, di samping mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti koyakan atau bayi lemas (fetal distress).
.
.
Berikut adalah beberapa CARA / TIPS UNTUK KURANGKAN SAKIT ATAU SEMBUHKAN LUKA BERSALIN DENGAN CEPAT;

1. Berhati-hati ketika bergerak. Berjagalah terutamanya apabila anda hendak bangun atau duduk di          kerusi. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan.
2. Sapu ubat antiseptik yang diberikan doktor.
3. Pastikan kawasan jahitan sentiasa kering dan bersih. Cuba dedahkan jahitan pada udara setiap 
    kali selepas mandi atau ke bilik air.
4. Tukar tuala wanita dengan kerap iaitu setiap 2-4 jam untuk kekalkan kebersihan.
5. Tuam ice-pack pada bekas jahitan. Balut beberapa ketul ais bersama kain bersih lalu tuamkan. 
    Rasa kebas tersebut dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6. Minum air secukupnya di samping makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan              sayur-sayuran bagi mengelakkan sembelit.
7. Lakukan senaman kegel (senaman lantai pelvis). Senaman ini mampu mempercepatkan proses            pemulihan jahitan episiotomy.

www.evaemilyclinic.com

Friday 7 December 2018

Khatan bayi girl?




“Bila patut bawa Aisya bersunat? Lagi awal lebih bagus atau tunggu dia besar sikit? Aduh, macam ngeri pula dengar. Sakit tak kalau sunat bayi perempuan ni ya?”
.
Bagi bayi perempuan yang disunat, ianya sekadar torehan kecil di bahagian klitoris bagi memperkemaskan sahaja. Berbanding berkhatan lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang amat cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan.
.
Mengenai amalan khatan bayi perempuan di Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pernah berkata, "Amalan berkhatan umat Islam membabitkan bayi perempuan di negara ini berbeza dengan amalan pemotongan genitalia wanita (FGM) yang diamalkan dalam kalangan wanita di beberapa negara lain".
.
www.evaemilyclinic.com

Thursday 6 December 2018







Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Jadi bagi mengelakkan ianya berlarutan, Ruby nak share sikit tentang;

TIPS MENGATASI DAN MENGELAKKAN SEMBELIT ketika hamil. Yang tidak hamil tetapi mengalami masalah sembelit juga boleh mencubanya!! 

1. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. 

2. Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.

3. Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.

4.Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.

5.Bersenam! Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.


www.evaemilyclinic.com

Wednesday 5 December 2018

Alahan semasa hamil; bahayakah kepada saya dan bayi?



Jika keadaan anda teruk, anda harus berjumpa doktor dengan segera. Walaupun mabuk hamil adalah perkara biasa dan selalunya tidak membahayakan anda atau bayi, muntah-muntah yang teruk boleh:
• menjejaskan nutrisi badan anda;
• menyebabkan dehidrasi;
• menyebabkan penurunan berat.
Sindrom ini dipanggil hiperemesis gravidarum, yang secara ringkasnya bermaksud “muntah yang berlebihan semasa hamil”.
Hiperemesis berlaku sangat awal, biasanya sebelum minggu kelima. Penting bagi anda mendapatkan bantuan secepat mungkin kerana rawatan segera dapat mengelakkan masalah ini menjadi lebih teruk.
Doktor biasanya akan memberi ubat tahan muntah atau antihistamin (ianya selamat bagi bayi). Anda mungkin perlu mengambilnya beberapa kali sebelum anda berasa lega. Jika antihistamin tidak berkesan, ubat-ubat lain boleh juga diberi.
Jika rawatan di rumah tidak menghentikan muntah, anda mungkin akan mengalami dehidrasi, tidak cukup nutrisi atau mula kehilangan berat. Jika ini berlaku, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital di mana anda akan disambungkan dengan titisan intravenous (IV) untuk menggantikan cecair, vitamin dan mineral yang hilang daripada badan. Ubat anti muntah juga mungkin ditambah ke dalam titisan tersebut atau diberi melalui suntikan.

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...