Friday 21 December 2018

JERAWAT DAN BINTIK-BINTIK DI MUKA SEMASA KEHAMILAN




"Alamak, semenjak pregnant ni semakin banyak pulak jerawat dan bintik-bintik naik kat muka ni...kat belakang badan pun ada...😩"
.
.
Berikut adalah masalah yang sesetengah ibu hamil alami semasa tempoh 9 bulan kehamilan. Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal.
.
.
Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk.
.
.
"Jadi macam mana ni Ruby...takkan nak biar muka berjerawat dan berbintik-bintik jaa?!"😞
.
.
Akak cubalah cuci muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.
.
.
Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil. Beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil ðŸ˜Š..

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...