“Aduilaa..kenapa
sakit berdenyut-denyut dekat jahitan bersalin ni? Dah 3-4 hari dah bersalin
kenapa tak hilang-hilang sakit nii? Tak ada ka cara nak hilangkan sakit luka
tempat bersalin?
.
.
Kebanyakan wanita yang melahirkan bayi secara normal akan melalui proses episiotomi, iaitu guntingan yang dibuat pada bahagian perineum. Tujuan prosedur ini dilakukan adalah untuk membantu ibu bersalin dengan lancar dan mudah, di samping mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti koyakan atau bayi lemas (fetal distress).
.
.
Berikut adalah beberapa CARA / TIPS UNTUK KURANGKAN SAKIT ATAU SEMBUHKAN LUKA BERSALIN DENGAN CEPAT;

1. Berhati-hati ketika bergerak. Berjagalah terutamanya apabila anda hendak bangun atau duduk di kerusi. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan.
2. Sapu ubat antiseptik yang diberikan doktor.
3. Pastikan kawasan jahitan sentiasa kering dan bersih. Cuba dedahkan jahitan pada udara setiap
kali selepas mandi atau ke bilik air.
4. Tukar tuala wanita dengan kerap iaitu setiap 2-4 jam untuk kekalkan kebersihan.
5. Tuam ice-pack pada bekas jahitan. Balut beberapa ketul ais bersama kain bersih lalu tuamkan.
Rasa kebas tersebut dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6. Minum air secukupnya di samping makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mengelakkan sembelit.
7. Lakukan senaman kegel (senaman lantai pelvis). Senaman ini mampu mempercepatkan proses pemulihan jahitan episiotomy.
www.evaemilyclinic.com
No comments:
Post a Comment