Thursday, 20 December 2018

Masalah kerap kencing di kalangan warga emas.




Masalah kencing di kalangan WARGA EMAS kerap terjadi namun ianya jarang dilaporkan. Masalah kerap kencing merujuk kepada penambahan kekerapan seseorang tersebut kencing setiap hari.
.
.
Kebanyakan orang kencing 3 hingga 7 kali pada siang hari dan sekali pada waktu malam. Jumlah isipadu air kencing yang dikeluarkan sehari ialah lebih kurang 1 hingga 2 liter.
.
.
Masalah kerap kencing mengikut definasi Kesatuan Kontinen Antarabangsa adalah seperti berikut:
• kencing lebih daripada biasa pada waktu siang
• nokturia apabila seseorang itu perlu bangun untuk kencing lebih
daripada sekali pada waktu malam.
.
Sebab-sebab peningkatan kekerapan kencing yang bukan disebabkan penyakit adalah seperti berikut:
• Pengambilan cecair yang banyak sepanjang hari.
• Cuaca sejuk
• Minum minuman yang boleh meningkatkan penghasilan air kencing
seperti kopi dan alkohol
• Keresahan.
.
Sebab-sebab masalah kerap kencing yang patologikal:
• Ubat – ubatan
• JANGKITAN SALUR KENCING
• Kencing Manis
• Diabetes Insipidus - Ini akan menyebabkan penghasilan air kencing
yang cair secara berlebihan. Akibatnya, penghidap penyakit ini akan
megalami masalah kerap kencing.
• Penyakit kelenjar prostat
• Penyakit buah pinggang kronik, Batu karang, Sindrom Pundi Kencing
overaktif, Pundi kencing neurogenik, Cystocoele, Atropi vagina
.
.
Masalah kerap kencing boleh menyebabkan iritasi kulit dan lecet. WARGA EMAS MUNGKIN MENGELAK DARIPADA BERSOSIAL kerana kekerapan penggunaan tandas adalah menyusahkan dan mungkin dianggap memalukan. Masalah – masalah ini mungkin mengakibatkan pesakit mengasingkan diri dan MURUNG.
.
.
Sumber artikel dari portal MyHealth KKM.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...