Saturday, 1 December 2018

Jangkitan kuman GBS; kesannya kepada ibu hamil dan bayi













Kuman GBS atau nama penuhnya Group B Streptococcus adalah kuman/bakteria yang mendiami vagina dan rektum (tempat di mana najis disimpan sebelum dikeluarkan) dalam 20-40% wanita. Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bakteria ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan.
Ibu hamil yang dijangkiti GBS selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom. Antara simptom yang dikenal pasti adalah keputihan yang teruk semasa hamil dan gatal-gatal di bahagian kemaluan.
GBS boleh dikenalpasti ketika hamil apabila sampel diambil dari vagina/rektum atau ujian air kencing. Bukan semua wanita hamil perlu menjalani ujian ini kerana kebanyakan wanita pembawa GBS melahirkan bayi yang sihat dan tiada jangkitan GBS.
Walaubagaimanapun, jika anda dijangkiti GBS, bayi anda berisiko untuk turut dijangkiti. Bayi ini lazimnya mengalami jangkitan kuman teruk (sepsis), jangkitan paru-paru (pneumonia) dan jangkitan pada lapisan otak (meningitis).
Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku jika:
1. Bayi dilahirkan pramatang – lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya.
2. Sebelum ini pernah ada bayi yang terkena jangkitan GBS.
3. Ibu yang nak bersalin demam atau mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman.
4. Sampel air kencing atau vagina ibu yang hamil positif dengan GBS.
5. Air ketuban sudah pecah melebihi 24 jam tapi masih belum melahirkan bayi.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...