Monday, 28 May 2018

Sticker Pada Buku Pink???



‘baru buat buku pink, tapi dh sticker dah hijau… adoiiii !’

Sticker merah, kuning, hijau, putih??

Ruby, boleh dak cerita dekat kak maksud sticker dkt buku pink tuu??

Ingat lagi dak bila kita p klinik kesihatan setiap bulan kita ada simpan sebuah buku kesihatan. Sebagai ibu yang sedang hamil, penting untuk ibu tahu maksud kod warna itu, supaya nanti ibu dah bersedia bila berlaku sebarang kecemasan. Di bawah adalah perincian untuk 4 jenis kod warna yang digunakan oleh pakar kesihatan.

Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.

MERAH - Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga.
Berisiko bagi ibu hamil yang menghidap sakit jantung, anemia, eklampsia, pre-eklampsia, kontraksi rahim pra-matang dan lain-lain yang memerlukan kemasukan ke hospital dengan segera jika beraku sebarang masalah dipihak ibu atau kandungan.

KUNING - Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan.
Berisiko untuk ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan bersama dengan hospital, Hb kurang dari 9.5gm% dan lain-lain. Dimana ibu hamil dengan kod ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan keluarga / O & G.

HIJAU - Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.
Berisiko tertentu seperti si ibu mempunyai RH negatif, berat badan ibu kurang dari 45 sebelum hamil, kandungan lebih dari satu, Hb rendah, bayi songsang dan lain-lain masalah lagi yang mana perlu dirujuk kepada doktor atau pegawai perubatan untuk tindakan lanjut jika perlu.

PUTIH - Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Kod Putih untuk ibu hamil yang tiada risiko dan boleh bersalin dimana-mana pusat bersalin.

Okay, buku ni Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, Ruby harap ilmu hari ini berguna untuk ibu membuat persediaan mental, fizikal dan emosi menanti hari-hari yang kelahiran si manja.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak?

kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
jangan ingat sticker tu sekadar hiasan ye

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Muntah Berlebihan Semasa Mengandung



“Doctor, macam mana nie, isteri saya satu hari nie , asyik2 muntah ja. Isteri saya sihat ka? Memang mengandung macam nie ke doctor?”

Sebenarnya loya dan muntah  itu memang normal pada ibu mengandung. Sekitar 70%  wanita hamil mengalami mual dan/atau muntah-muntah, dan tidak cuma terjadi pagi hari. Kebanyakan wanita yang mengalami  kondisi ni akan baik atau benar-benar hilang pada sekitar minggu ke-14, meskipun pada beberapa wanita bisa lebih lama. Namun, sesetengah ibu hamil mengalami mual dan muntah berkali-kali dalam sehari dan tidak boleh makan atau minum. Ini boleh menjejaskan keadaan si ibu dan baby yang dikandung.

“tapi Ruby , macam mana akak nak tahu yang muntah akak nie dikira muntah berelebihan ataupon muntah yg biasa dialami oleh ibu2 mengandung?”

Ok kak, meh Ruby cita sedikit apa itu muntah berlebihan ataupon disebut jugak sebagai Hyperemesis Gravidarum. Kondisi  ni  jauh lebih buruk dibandingkan mual dan muntah pada saat hamil atau “morning sickness” biasa.
Ciri –ciri  Hyperemesis gravidarum:
1.       Akak akan rasa mual dan muntah yang berkepanjangan – sesetengah  wanita muntah sampai 50 kali sehari.  Kondisi ini mungkin akan lebih dari 14 minggu.
2.       Dehidrasi – tidak memiliki cukup air dalam tubuh, ini disebabkan akak2 akan kurang pengambilan air.  Jika akak minum kurang dari 500 ml sehari, akak perlu mencari bantuan.
3.       Kurang  berat badan disebabkan hilang selera makan.
4.       Tekanan darah rendah

“jadi Ruby , apa patut yang akak buat?”

Oh ok , kalua ibu2 ada mengalami symptom macam yang ruby terangkan takdi,akak perlu berjumpa dengan doctor.  Ada beberapa jenis ubat yang boleh digunakan semasa mengandung untuk mengurangkan gejala hyperemesis gravidarum nie.
Ruby sangat2 sarankan pada ibu2 yang mengalami masalah macam nie , terus datang jumpa doctor . sebaik-baiknya sebelum mengalami masalah dehidrasi dan turun berat badan. Ini kerana bila akak2 kurang mengambil makanan dan minuman disebabkan kerap muntah, bayi didalam perut kurang mendapat nutrisi yang secukup nya. Ruby harap apa yang ruby kongsikan hari nie bermanfaat pada ibu2 dan akak disana yang sedang mengandung.

‘ Jangan putus asa! Ketahuilah bahawa setiap penyakit ada ubatnya.’

Tolong  share info ini pada ibu2 yang lain sebab mungkin masih ramai yang belum tahu.dan jangan lupa Follow EVA EMILY CLINIC  dan  set  See First  ye supaya  tak tertinggal info untuk mommies yang tersayang.

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Sunday, 27 May 2018

Kancing Gigi



Tetanus atau dikenali sebagai kancing gigi merupakan penyakit yang disebabkan oleh racun neurotoxin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium tetani.

Bakteria Clostridium tetani hidup di dalam persekitaran terutamanya di kawasan tanah yang panas dan lembap. Bakteria ini boleh memasuki badan melalui kecederaan kulit yang disebabkan objek yang tercemar seperti paku dan jarum.

Berbeza dengan penyakit-penyakit cegahan vaksin yang lain, penyakit tetanus tidak tersebar antara individu sesama individu. Sebaik sahaja bakteria ini memasuki tubuh badan melalui luka yang tercemar, ia akan merembeskan racun neurotoxin dan racun ini seterusnya akan menyerang sistem saraf manusia.

Sistem yang diserang akan menyebabkan gejala-gejala seperti berikut:
  • Sakit kepala
  • Ketegangan pada otot rahang
  • Ketegangan otot yang tidak terkawal secara mengejut (kadang-kala ketegangan berlaku pada otot yang membantu pernafasan dan ini menyebabkan masalah pernafasan)
  • Kekejangan otot yang menyakitkan di seluruh badan
  • Kesukaran menelan
  • Demam dan berpeluh
  • Peningkatan tekanan darah dan degupan jantung bertambah kencang
  • Sawan
Penyakit tetanus yang teruk boleh membawa maut akibat kesukaran bernafas sekiranya rawatan tidak diberi dengan segera kepada pesakit. Rawatan tetanus ini termasuklah pemberian segera human tetanus immunoglobulin (antitoxin), rawatan luka serta ubatan-ubatan seperti antibiotik serta ubat untuk mengawal kekejangan otot.

Pesakit tetanus mungkin memerlukan alat bantuan pernafasan sekiranya penyakit yang dialami berada pada tahap yang teruk. Setelah sembuh daripada penyakit tetanus, pesakit harus menerima suntikan vaksin tetanus kerana pemulihan daripada jangkitan tidak memberi kekebalan terhadap jangkitan yang seterusnya.

Memandangkan penyakit tetanus berbahaya dan boleh membawa maut, langkah-langkah pencegahan harus diambil bagi mengelakkan diri daripada jangkitan tetanus.

Imunisasi merupakan kaedah pencegahan penyakit tetanus yang terbaik.

Suntikan vaksin tetanus adalah disyorkan kepada semua golongan masyarakat kerana penyakit tetanus boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia, jantina ataupun bangsa.

Pemberian vaksin tetanus di bawah Program Imunisasi Kebangsaan KKM adalah disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan wanita mengandung.

Semua kanak-kanak akan menerima tiga (3) dos primer vaksin tetanus pada usia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan dan dos booster pada usia 18 bulan. Dos booster yang seterusnya akan diberikan pada usia 7 tahun dan 15 tahun.

Suntikan vaksin tetanus juga diberikan kepada wanita yang mengandung bagi mencegah jangkitan tetanus bayi melalui luka tali pusat yang tidak dipotong dengan peralatan yang steril.

Jangan mengelat kalau nak kena cucuk tuu . 

Untuk Sebarang Pertanyaan boleh wassap direct Ruby dengan tekan link di bawah nih;

www.wasap.my/60163880049
www.wasap.my/60163880049
www.wasap.my/60163880049

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Haid Tidak Teratur



Anda mula berasa risau dan gundah gulana memikirkan haid yang tidak teratur dan tidak berkunjung tiba pada bulan itu.

Apabila sepatutnya datang haid pada bulan itu, anda menjadi tidak keruan apabila haid anda tidak muncul pada ketika itu dan berfikir segala macam masalah atau penyakit yang mungkin melanda diri anda.

1.Perlu tahu corak haid yang dikatakan ‘normal’ untuk diri anda.
Setiap wanita adalah unik dan mempunyai corak haid yang berlainan , dan mungkin adalah normal bagi wanita itu sendiri. Anda #perlu mencatat hari-hari anda datang haid pada kalendar dan juga tarikh bilanya haid berhenti. Ambil masa untuk kenal pasti corak haid anda, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku ditengah-tengah bulan sementara anda menanti haid yang berikutnya.

2.Bertanya kepada doktor
Jika anda mengalami perubahan yang anda rasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan itu, terus bertanya pada doktor anda. Haid yang tidak teratur mungkin menandakan tanda-tanda anda akan mencapai umur menopos, ataupun ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon badan yang memerlukan penyiasatan dan penilaian para doktor.

3.Hamil
Pada awal kehamilan sesetengah wanita mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan pendarahan juga yang selalu mengelirukan sama ada ianya darah haid atau tidak, tanpa anda sedari anda sebenarnya sudah pun hamil. Ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan boleh membantu.

4.Penyusuan badan
Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak datang haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya.

5.Menopos
Menopos atau Putus haid adalah keadaan di mana seseorang wanita itu tidak lagi didatangi haid, umur purata mencecah dalam 50 tahun. Dalam tempoh peralihan ini, perubahan hormon yang berlaku menyebabkan haid menjadi tidak teratur, pendek atau tidak datang langsung. Haid mungkin berhenti buat seketika, dan boleh muncul semula selepas beberapa bulan.

6.Anda mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan?
Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal , ketumbuhan yang merembeskan hormon prolaktin Pemeriksaan doktor akan dibuat untuk memastikan anda tidak mengalami mana-mana masalah kesihatan. Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

7.Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. Kegiatan fizikal yang berlebihan seperti senaman yang berlebihan, kehilangan berat badan yang banyak, menghadapi masalah permakanan turut menyumbang kepada perkara ini.

8.Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik yang lain boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

9.Anda tetap subur walaupun haid tidak teratur
Walaupun anda tidak datang haid, tidak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Jika anda ingin menjarakkan kelahiran atau merancang keluarga anda perlu menggunakan cara perancangan yang efektif dan berkesan walaupun tidak datang haid.

Anda boleh datang dan berbincang dgn doktor mengenai masalah haid anda, jangan segan utk bertanya pada doktor.

Untuk Sebarang Pertanyaan boleh wassap direct Ruby dengan tekan link di bawah nih;

www.wasap.my/60163880049
www.wasap.my/60163880049
www.wasap.my/60163880049

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Friday, 25 May 2018

Kaedah Perancang Keluarga



Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Masa yang sesuai untuk wanita hamil :
  • Berumur diantara 20 dan 35 tahun
  • Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun lalu atau mempunyai masalah perubatan yang terkawal & optima
  • Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  • Pasangan ingin mempunyai anak
Kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada : 

  1. Kaedah semulajadi : Kaedah masa subur, Suhu badan asas, Kaedah cairan dan lendiran faraj, Kaedah gabungan, Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
  2. Kaedah halangan : Kondom
  3. Hormon : Pil, Implan, Suntikan

  1. Alat dalam rahim
  2. Kaedah kekal : Ikatan tiub fallopian/peranakan, Pembedahan mengikat saluran mani lelaki
Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil. Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai kriteria seperti di bawah:
  • Dalam masa 7 hari selepas haid normal
  • Dalam masa 7 hari selepas keguguran
  • Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
  • Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir
Mana nak dapatkan perancang keluarga?
Eva Emily Clinic pun ada. Boleh whatsapp ruby utk maklumat lanjut J

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Mitos Virus Susu Ibu



Ada satu masa tu, sorang ibu berpantang masuk bilik Dr.
Dia demam batuk selsema, nak dapatkan rawatan.
Biasanya sebelum bagi ubat kakhana akan tanya, puan mengandung/menyusu?
Tapi since ibu ni memang dalam pantang bawak baby, kakhana terus tanya "so far baby menyusu OK?"

Ibu tu jawab "saya dah #STOP menyusu Dr, sebab saya takut nanti baby dapat kuman dari susu badan saya, nanti jangkit kesian baby"

Ini mitos yang kakhana dah banyak kali dengar.
Ibu cirit birit, stop menyusu sebab takut baby berjangkit bila hisap susu ibu.
Ibu batuk selsema, stop menyusu sebab takut nanti baby dapat virus.
Ibu demam, stop menyusu sebab takut baby demam sekali.

No ibuuu. Noooo.
Susu ibu tak bersalah.
Kesian ibu tu, dia tak tau.
Ok takpa, meh kakhana bagitau.
Ibu kena faham beberapa perkara.

1. Susu ibu TIDAK MENGANDUNGI virus/toksin/kuman yang signifikan walaupun ibu sedang sakit. Banyak kajian buktikan susu ibu selamat walaupun ibu sedang terkena jangkitan yang aktif. Hanya beberapa keadaan ibu tak digalakkan breastfeed (contoh HIV-ada negara yang dah revise)
.
2. Baby memang boleh BERJANGKIT batuk selsema dari ibu, tapi biasanya secara direct (contoh ibu batuk atau bersin, virus/kuman dari salur pernafasan ibu berpindah ke bayi). BUKAN melalui susu ibu. Jadi ibu perlu ambil langkah hygienic untuk berjaga-jaga.
-Tutup mulut bila batuk/bersin.
-Kalau perlu pakailah mask.
-Basuh tangan sebelum sentuh bayi.
-Jangan cium-cium sangat baby kalau ada batuk selsemahttps://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f53/1/16/1f605.png😅
.
3. Ibu batuk selsema, tolonglah TERUSKAN PENYUSUAN bayi anda. Sebab antibody atau antivirus yang terhasil akan transfer ke baby melalui susu ibuhttps://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/fb7/1/16/1f917.png🤗
Baby ni sistem imun belum matang sepenuhnya. Jadi antibody dari susu ibu sangat membantu bayi lawan penyakit dan virus. Jadi kalau bayi berjangkit pun, tak teruk sangat dan insyaAllah lebih cepat lega kalau ibu teruskan breastfeedinghttps://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/ffb/1/16/263a.png
Dan tambahan:
4. Ibu-ibu atau sesiapa saja yang ada jangkitan batuk selsema, asyik batuk-batuk hatchum hatchum, tak digalakkan solat berjamaah di masjid sebab boleh menjangkiti jemaah lainhttps://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/fd0/1/16/1f602.png😂
.
.
Ruby share dari penulisan Dr Farhanah (permanent Dr klinik Eva Emily Clinic J)
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Wednesday, 23 May 2018

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Hamil




Kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk berpuasa. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa peka untuk sebarang isyarat dari badan anda yang berkemungkinan memerlukan rawatan.

Bagi ibu mengandung yang boleh berpuasa ada beberapa tips yang boleh diamalkan :
  1. Makan makanan yang seimbang, bernutrisi untuk Sahur atau di pagi hari
  2. Jangan abaikan makanan di awal pagi
  3. Perbanyakkan minum air tetapi jauhkan dari meminum air berkafein seperti kopi atau teh.
  4. Amalkan kesederhanaan dalam segala hal, termasuklah pengambilan garam dan gula.
  5. Dapatkan rehat secukupnya dan cubalah mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti yang berat.
  6. Sentiasa dalam keadaan dingin di siang hari dan ini termasuklah mengelakkan melakukan aktiviti luar.
  7. Semasa berbuka puasa, cuba makan secara perlahan-lahan. Usus telah berehat sepanjang hari, dan ia adalah elok untuk mengelakkan usus dari ‘terkejut’ dengan kemasukan makanan yang berlebihan.
  8. Dalam tempoh yang tidak berpuasa iaitu di sebelah malam, amalkan pengambilan makanan ringan yang sihat secara kerap untuk memastikan anda mempunyai nutrien dos secukupnya
  9. Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada penjual yang bersih.

Walaupun telah mendapat kebenaran untuk berpuasa, sentiasa perhatikan simptom-simptom ini:
  1. Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan anda
  2. Kontraksi abdomen anda
  3. Rasa mual atau muntah-muntah
  4. Pening atau rasa di awang-awangan
  5. Demam
  6. Sakit bahagian bawah tulang belakang
  7. Sakit semasa membuang air kecil
  8. Sakit kepala
  9. Kelemahan / Sengal badan
  10. Dahaga atau kelaparan yang melampau
Sekiranya anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini, segeralah berjumpa doktor anda, kerana ia mungkin tanda amaran bagi sebarang keadaan yang serius.

Jika terdapat keraguan, berbincanglah dengan pembekal penjagaan kesihatan anda. Akhir kata, semoga perjalanan kandungan anda berada dalam keadaan yang sihat.

JANGAN LUPA SHARE & TAG IBU2 MENGANDUNG SUPAYA DAPAT INFO PENTING NI !!

www.evaemilyclinic.com
Ruby
Eva Emily Clinic


Tuesday, 22 May 2018

Anemia (Kekurangan Zat Besi


Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. 

Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi.

Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi.

Makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.

Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya.

Anaemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin anda kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian darah yang anda perlu jalani di klinik antenatal dapat menguji samada hemoglobin anda berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak. Agak normal juga bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa hamil kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah anda yang mencairkan sel-sel darah merah.

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia.

Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.

Jangan skip monitor hb masa lawatan ke klinik, bincang dan dapatkan nasihat dari doktor anda 


www.evaemilyclinic.com
Ruby
Eva Emily Clinic

Monday, 21 May 2018

Kelahiran Pramatang


Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut.

Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang.

Ini selalu terjadi jika ibu mengalami penyakit-penyakit yang hanya akan sembuh dengan bayi itu dilahirkan (seperti darah tinggi, kencing manis dan IUGR).

Sukar untuk meramalkan pesakit mana yang boleh mendapat kelahiran pramatang, tetapi ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang, diantaranya:
1. Sejarah kelahiran pramatang dikandungan yang lalu/lampau
2. Mengandung kembar
3. Pernah menjalani pembedahan bahagian serviks
4. Struktur rahim yang tidak normal
5. Pendarahan rahim semasa mengandung
6. Penyalah gunaan dadah (heroin, ecstasy)
7. Menghisap rokok
8. Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj
9. Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak meningkat semasa mengandung.
10. Air ketuban yang terlalu banyak ( polyhydraminous)
11. Kurang darah merah (anemia) yang ketara semasa mengandung
12. Mengandung terlalu kerap
13. Mengandung pada usia remaja.
14. Stres (fizikal dan psikologi) semasa mengandung

Kekadang simptomnya tidak berapa spesifik, akan tetapi, pesakit boleh mengadu sakit belakang atau sakit bahagian bawah perut. Walau bagaimanapun, tanda-tanda yang nyata adalah:
1. Keluarnya “show” iaitu lendiran faraj bercampuran darah
2. Sakit bersalin (kontraktsi) yang semakin meningkat kekerapan dan kekuatannya.
3. Pecahnya air ketuban

Oleh kerana organ-organ bayi belum matang ia akan lebih terdedah kepada banyak masalah yang boleh membawa maut kepada bayi.

Antara masalah-masalah tersebut adalah kesusahan untuk bernafas secara normal, kesejukan, kesukaran menyusu, masalah pada penglihatan, usus dan saraf otak bayi.

Lagi kurang bulan bayi tersebut, lagi teruk tahap komplikasinya. Namun masalah ini dapat dikurangkan dengan adanya rawatan hospital pakar yang lengkap dengan perkhidmatan ICU kanak-kanak.

Komplikasi ini lebih ketara jika bayi kurang dari 32 minggu dan/atau kurang dari 1 kg, boleh mengalami masalah komplikasi (seperti di atas).

www.evaemilyclinic.com
Ruby
Eva Emily Clinic

Sunday, 20 May 2018

Cara Mengesan & Rawatan Kanser Pangkal Rahim



Cara mengesan kanser pangkal rahim
  • Ujian pap
    Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.
  • Colposcopy
    Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa.
  • Biopsi
    Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat.
  • Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
    Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
  • Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
    Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
  • Magnetic Resonance Imaging
    Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap
Rawatan untuk kanser pangkal rahim?

Rawatan untuk dysplasia.
Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.
Rawatan untuk barah pangkal rahim.
Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

  1. Pembedahan 
    Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
  •          Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
  •          LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
  •         Hysterectomy – pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

  1. Radioterapi
    Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan.
  2. Kimoterapi
    Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah.
  3. Rawatan paliatif
    Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.
Vaksin HPV (Human Papillomavirus)
Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix.

Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini.

Vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.

www.evaemilyclinic.com
Ruby
Eva Emily Clinic

Kanser Pangkal Rahim


Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.
Apakah jenis kanser pangkal rahim?
Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser
Atypia – merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear.
Dysplasia – sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu :
1. Squamous cell carcinoma
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
2. Adenocarcinoma.
Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular.
Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. 
Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) – faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
  • Herpes – wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
  • Ubatan – anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
  • Merokok – meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  • Pendarahan selepas putus haid
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Penambahan lelehan dari faraj

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

www.evaemilyclinic.com
Ruby
Eva Emily Clinic

Berpuasa Ketika Mengandung





Sepanjang tempoh berpuasa, tubuh wanita hamil dan bayi di dalam rahim menggunakan segala nutrien dan tenaga yang tersimpan.


Wanita yang hamil di bulan Ramadhan harus berbincang dengan doktor untuk berpuasa.


Wanita hamil boleh berbuka puasa jika terdapat tanda-tanda berikut 
  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam
  • Rasa loya dan muntah
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh
  • Umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan
  • Rasa memulas-mulas seperti hendak melahirkan
  • Tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan
  • Mengalami sakit kepala, atau demam



Doktor akan melarang seseorang wanita itu berpuasa jika dia mempunyai komplikasi kehamilan seperti

  •         Diabetes mellitus
  •         Penyakit buah pinggang
  •      Penyakit hati (liver) yang tidak berfungsi
  •         Penyakit bronchial asthma yang kuat
  •         Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  •         Kehamilan kembar
  •         Mengalami risiko kelahiran pramatang



Walaubagaimana pun, berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan kepastian.


www.evaemilyclinic.com
Ruby
Eva Emily Clinic

Tuesday, 15 May 2018

Rawatan Demam Ketika Hamil




Paracetamol selamat digunakan semasa hamil dan boleh diambil untuk merawat demam.


Setiap dos paracetamol iaitu satu hingga dua tablet 500mg berkesan sehingga empat jam, dan maksimum 4g (lapan tablet 500mg) boleh diambil dalam masa 24 jam.


Jika boleh, elakkan daripada mengambil paracetamol terlalu kerap, terutamanya pada penghujung kehamilan.


Jangan biarkan suhu badan anda naik melebihi 39 darjah Celcius. Bayi tidak dapat menanggung suhu yang terlalu tinggi. Jika paracetamol tidak berkesan untuk menurunkan suhu badan, anda boleh gunakan tuala yang dicelup dalam air suam untuk menuam badan atau tidur dalam bilik berhawa dingin.


Penting bagi anda mengekalkan suhu badan normal, jadi elakkan daripada berselubung dengan selimut tebal supaya berpeluh.


Dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor.


Ruby
Eva Emily Clinic






Berat Badan Yang Menjejaskan Ibu dan Bayi




Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
.
.
Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu mengenainya supaya boleh berhati-hati.
.
.
Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan anda seperti umur, sejarah keluarga, gaya hidup dan latar belakang etnik anda. Kesemuanya memainkan peranan. Walau bagaimanapun, lebih tinggi BMI anda, lebih besar kebarangkalian anda mengalami komplikasi semasa hamil.
.
.
Di antara komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk:

kencing manis akibat kehamilan
darah tinggi (akibat kehamilan)
pra-eklampsia, yang berlaku apabila terdapat masalah dengan plasenta
pelahiran pramatang

Apabila tiba masa untuk bersalin, bacaan BMI 30 atau lebih boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami yang berikut:

kelahiran dibantu (forseps atau ventuos)
pembedahan caesarean
pendarahan teruk selepas bersalin (postpartum haemorrhage atau PPH)
jangkitan luka jika anda melahirkan melalui pembedahan caesarean
darah beku dalam vena dalam pada kaki anda (trombosis vena dalam atau DVT) atau dalam paru-paru anda (embolisme pulmonari atau PE)
lebih masa dihabiskan di hospital kerana komplikasi
.
.
Jika anda berlebihan berat badan atau obes semasa hamil, anda lebih berkemungkinan mendapat bayi yang besar (makrosomia).
.
.
Jadi kawal berat badan anda, dapatkan nasihat dari doctor
.
.
Ruby
Eva Emily Clinic

Monday, 14 May 2018

Rawatan Kandungan Luar Rahim





Jika kandungan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut.


Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana :

  • pembedahan ini lebih cepat
  • kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini
  • anda tidak perlu tinggal lama di hospital
  • kurang ubat penahan sakit diperlukan

Jika tiub telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah.


Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.


Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada

  • tahap kerosakan tiub tersebut
  • keadaan tiub falopio yang satu lagi
  • keinginan anda untuk hamil lagi


Ubat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan.


Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan ibu akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 


Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. 


Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.


Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin.

Ruby
Eva Emily Clinic


Cara Merawat Payudara Bengkak




Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.



Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.



Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.



Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan.



Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.


Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti PCM

Ruby
Eva Emily Clinic

Kehamilan Luar Rahim



Kehamilan luar rahim atau dipanggil ectopic pregnancy. Ectopic bermaksud "di tempat yang salah".


Kebanyakan kes kehamilan di luar rahim, implantasi berlaku dalam tiub falopio, dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy).


Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.


Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh.


Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang.


Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit dan menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan melekat di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.


Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini.


  • Pernah menghidap (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. 



  •  Endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio. 



  • Pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti (sterilisation reversal). 



  • Hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi. 



  • Merokok. 



  • Pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10. 



Sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.


Jadi berjumpalah dengan doctor anda untuk tindakkan yang lebih lanjut. . .




Ruby, Eva Emily Clinic

Sunday, 13 May 2018

Happy Mother Day




Dear god! Thank you for sending mother’s into this world. May you always give her health. Happy Mother’s Day to all mother’s & mother’s to be

FROM EVA EMILY CLINIC 

30 Web Terbaik Wajib Anda Lawati

Hai, ini senarai 30 web yang terbaik wajib anda lawati bagi mendapatkan info:
  1. Untuk Belajar Google Adwords
  2. Untuk Kereta Sewa Kuching
  3. Untuk Produk Herba Jantung
  4. Untuk Tabung Rohingya
  5. Untuk Pelamin, Nikah & Tunang
  6. Untuk Supplement Tambah Tenaga
  7. Untuk PhotoBooth Malaysia
  8. Untuk  Repair Iphone Kajang
  9. Untuk Pencuci Wanita
  10. Untuk Pakej Spa Muslimah
  11. Untuk Minyak zaitun & habbatus suada
  12. Untuk Visa Melancong ke Australia
  13. Untuk Klinik Pilihan Wanita dan Ibu Mengandung No 1 di Kedah
  14. Untuk Pakej Kundasang
  15. Untuk kereta sewa kota kinabalu, homestay kota kinabalu
  16. Untuk ubat cyst ovari
  17. Untuk kelas belajar menjahit dari rumah secara online
  18. Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Seluruh Malaysia
  19. Untuk Ubat Sakit Lutut
  20. Untuk Jual Rumah Di Cheras
  21. Untuk Daftar Setiausaha Syarikat Sdn Bhd
  22. Untuk Krim Jerawat
  23. Untuk Homestay Puncak Alam
  24. Untuk Produk Batik Terbaik
  25. Untuk Set Rawatan Sihir
  26. Untuk Pakaian Muslimah
  27. Untuk Hilangkan Jeragat & Parut
  28. Untuk Ubat Kencing Manis
  29. Untuk Homestay & Kereta Sewa Kota Kinabalu
  30. Untuk Bilik Seminar KL

Rugi jika anda tidak melawat website di atas dan mendapatkan info-info terbaik. Jom layari web ini.

Mini Spa




Jika anda tidak mempunyai masa untuk mendapatkan rawatan di spa, anda boleh mencipta mini spa sendiri di rumah

Mulakan dengan mengemas bilik tidur dan bilik mandi anda.

Mintalah ahli keluarga yang lain meninggalkan anda bersendirian untuk anda berehat.

Dapatkan mood yang menenangkan dengan memasang muzik yang lembut dan nyalakan lilin beraroma.

Gunakan masker pada muka.

Nikmati mandian hangat, tetapi tidak terlalu panas.

Bilas badan di pancuran dan gunakan pelembut rambut.

Balut badan anda dengan tuala hangat dan sapukan pelembap ke seluruh badan.

Berehat di katil sambil membaca buku sebelum masuk ke alam mimpi.

Apabila anda sedang hamil, lebih baik jika anda elakkan rawatan panasseperti
1.      1.  Sauna
  1. Bilik wap
  2. (tanning)
  3. Kolam air panas
  4. Tab panas dan jakuzi
Peningkatan suhu badan boleh menjejaskan peredaran darah dan nutrien kepada bayi dan menyebabkan masalah.

Ruby
Eva Emily Clinic



Saturday, 12 May 2018

Bayi Kurang Gerak






Ketika melakukan pekerjaan, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi. Ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak

  • Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi kadang-kala tertidur semasa anda bergerak kerana rasa seperti dibuai, dan dia akan terjaga apabila anda duduk diam.
  • Baring mengiring (dengan mengampu perut) dan jangan bergerak. Ini dapat membantu anda menumpukan perhatian terhadap pergerakan bayi.
  • Minum air yang sangat sejuk. Bayi anda mungkin dapat merasa perubahan suhu dalam badan anda dan cuba untuk mengelak daripadanya.
  • Buat bunyi bising. Mainkan muzik dengan kuat atau hempas pintu dan lihatlah tindak balas daripadanya.

Tetapi teruskan memantau pergerakannya. Jangan berlengah-lengah untuk berjumpa doktor sekiranya rasa pergerakannya berbeza daripada yang biasa.


Pergerakan yang berkurangan mungkin bermakna bayi tidak mendapat oksigen atau nutrien yang mencukupi melalui plasenta. Jika disyaki perkara ini berlaku, segera berjumpa doctor.


Ruby
Eva Emily Clinic




Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...