Friday, 30 November 2018

Kepentingan ujian darah




Ujian Darah adalah antara ujian diagnostik yang selalu dilakukan doktor sebelum mendiagnosis sesuatu penyakit. Ujian ini dapat memberi klu tentang fungsi organ-organ anda dan keberkesanan sesuatu rawatan.
.
.
Secara spesifiknya, ujian darah dapat membantu doktor:
1. Menilai profil organ-organ seperti buah pinggang, hati, kelenjar tiroid, dan jantung sama ada berfungsi secara baik atau tidak.
2. Mendiagnos penyakit dan keadaan seperti cancer, HIV/AIDS, kencing manis, anemia dan penyakit koronari jantung.
3. Mengetahui sama ada anda mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.
4. Memastikan bahawa rawatan dan ubat yang diberi benar-benar berkesan.
5. Mengakses profil sel darah anda dari segi bilangan sel darah merah dan putih, paras haemoglobin, dan sebagainya. Nilai yang di luar paras normal menandakan anda mungkin mendapat jangkitan, penyakit berkaitan imun badan atau lain-lain penyakit.
.
.
Ujian darah adalah ujian yang sangat kerap dilakukan. Setiap kali anda melakukan pemeriksaan rutin, doktor akan merekemen anda untuk melakukan ujian ini.
.
.
Selalunya prosedur ini tidak memerlukan sebarang persiapan. Kadang-kadang anda perlu berpuasa selama 8 hingga 12 jam sebelumnya. Doktor akan menentukan sama ada anda perlu berpuasa atau tidak.
Hanya sedikit sahaja sampel darah anda yang diperlukan dan selalunya diambil dari saluran darah vena di bahagian lengan. Prosedur ini sangat ringkas dan mengambil sedikit sahaja masa anda. Sampel darah tersebut akan terus dihantar ke makmal untuk di analisis.

www.evaemilyclinic.com

Thursday, 29 November 2018

KERINTANGAN ANTIBIOTIK





Bersempena minggu antibiotik, Ruby nak share sikit lah tentang KERINTANGAN ANTIBIOTIK.
Sebelum tu, apa itu antibiotik?
•Antibiotik adalah bahan atau ubat yang hanya membunuh kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.
•Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria.
•Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan dan doktor yang akan menentukan antibiotik mana yang sesuai untuk anda.
•Batuk dan selsema biasanya tidak memerlukan antibiotik dan biasanya akan pulih dengan pengambilan air dan rehat secukupnya.
•Sekiranya disalahguna, kerintangan antibiotik mungkin berlaku dan boleh menyebabkan hilang keberkesanan.
•Bakteria yang telah mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius di masa akan datang.
.
.
.
Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan terjadinya KERINTANGAN ANTIBIOTIK?
1.Ambil antibiotik mengikut arahan
2.Elakkan meminta antibiotik daripada doktor kerana doktor yang akan menentukan jika anda memerlukannya atau tidak.
3.Jangan guna semula antibiotik untuk penyakit di kemudian hari.
4.Jangan kongsi antibiotik anda.
5.Berjumpa dengan doktor sekiranya anda demam dan sakit lebih daripada 2 hari.

Wednesday, 28 November 2018

Anggaran masa yang sesuai untuk scan.



1) Dating scan.
Scan pertama ini perlu untuk tentukan kandungan dan tarikh EDD (estimated due date). Ini penting dibuat diperingkat awal kehamilan, sebaiknya sebelum 12 minggu kandungan. Ia juga penting untuk pastikan bahawa kandungan berada di dalam rahim dan seterusnya mengelakkan kes kandungan di luar rahim.

2) Antenatal check up
Sepanjang antenatal check up, adalah baik jika dapat buat scan pada setiap trimester untuk melihat perkembangan anak didalam kandungan.
Kebanyakan Klinik Kesihatan akan melakukan scan ibu mengandung pada waktu buka buku antenatal, 20 minggu dan 28 minggu. Selain di Klinik Kesihatan, anda boleh juga lakukan scan mengandung di klinik atau hospital swasta.

3) Jantina bayi
Jantina bayi lebih jelas pada usia kandungan 20 minggu dan ke atas. Namun ianya bergantung kepada kedudukan janin.

4) Scan 3D/4D
Sekarang ini mesin ultrasound sudahpun berevolusi sehinggakan sesetengah tempat punya scan 6D. Ianya sesuai bagi kandungan dari usia 28 hingga 33 minggu kandungan. Scan ini membolehkan parents melihat rupa paras baby sebelum dilahirkan lagi!


Tuesday, 27 November 2018

Apakah jenis pencegah kehamilan yang boleh saya gunakan?








Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut:




  •  KONDOM untuk lelaki atau wanita;


  • DIAFRAGMA atau penutup serviks;


  •  PIL HORMON ESTROGEN DAN PROGESTERON (CHC) atau dalam bentuk tampalan yang berupa plaster yang ditampal pada kulit.


  • PIL MINI pil progestin (progestogen-only pill – POP). Ia menggunakan versi sintetik hormon progesterone.


  • SUNTIKAN; Depo-Provera, yang berkesan selama 12 minggu atau Noristerat, yang berkesan selama lapan minggu.


  • IMPLAN; Kaedah implan kekal selama tiga tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi progestogen.


  • SISTEM INTRAUTERINE (yang bermaksud “di dalam rahim”) atau IUS; Sistem intrauterin (IUS) ialah implan yang dimasukkan ke dalam rahim (uterus). Ia membebaskan sedikit dos progestogen secara berterusan selama hingga lima tahun.


  •  ALAT INTRAUTERINE (IUD); Alat intrauterin (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama tiga hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis yang digunakan. 




   www.evaemilyclinic.com

Monday, 26 November 2018

BILA anda perlu melakukan Ultrasound Payudara?





Jika anda mendapati:
1. Ada benjolan atau ketulan di kawasan payudara atau di bawah ketiak.
2. Ada 'nipple discharge' iaitu sebarang lendiran (warna jernih, nanah atau darah) yang keluar dari puting payudara.
3. Bentuk payudara yang tidak sekata ( tertarik ke satu bahagian atau salah satu daripada payudara anda membesar dalam masa yang singkat).
4. Puting payudara tenggelam atau tertarik ke dalam secara tiba-tiba.
5. Rasa bengkak yang berpanjangan
6. Terrdapat tompokan warna kulit yang berbeza tiba-tiba terbentuk.
7. Keluarga anda mempunyai sejarah penghidap barah payudara.
Segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan dan ultrasound payudara!!

www.evaemilyclinic.com

Sunday, 25 November 2018

Bahaya korek tahi telinga







5 sebab kenapa kita tak digalakkan korek telinga guna cotton bud.
1. Cotton bud boleh menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam.
Berisiko tersumbat tahi telinga.
2. Ia boleh sebabkan iritasi kepada dinding laluan lubang telinga.
Plastik atau kayu pada cotton bud boleh menyebabkan luka
pada lapisan kulit dinding telinga.
3. Bayangkan jika cotton bud itu tertolak lebih jauh ke dalam dan
merosakkan gegendang? Nanti jadi masalah kurang
pendengaran, atau jangkitan bahagian telinga dalam.
4. Ada waktunya, kapas dari cotton bud tertinggal di dalam. Boleh
jadi punca tersumbat dan jangkitan.
5. Dirumah, kadangkala cotton bud tak ditutup dengan betul.
Terdedah kepada udara dan bakteria. Lepas tu kita pula ambil
dan korek telinga. Secara tak langsung bawa jangkitan ke dalam
telinga.
Simpan elok-elok di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak-anak kecil. Kalau kita tak berhati-hati, boleh rosakkan telinga tanpa sengaja.
Tahi telinga atau ear wax ni dihasilkan secara natural. Ada fungsi dan kebaikannya, seperti :-
1) melindungi telinga daripada kekotoran, hama dan jangkitan bakteria.
2) melindungi dan melembap bahagian laluan dalam telinga.
3) menghalang serangga daripada masuk ke dalam telinga.
Cuba bayangkan telinga kita bersih sebersihnya tanpa wax. Mudahlah semut berjalan keluar masuk dalam telinga. Hehe.

Saturday, 24 November 2018

Apakah mastitis?




Mastitis ialah keadaan di mana payudara anda mengalami keradangan. Keradangan ini boleh menjadi jangkitan dengan cepat. Jika anda mengalaminya, anda mungkin mendapati kawasan payudara anda:
• merah
• keras
• sakit
• panas
• bengkak.
Anda juga akan rasa benjolan yang biasanya dirujuk sebagai "duktus tersumbat". Walau bagaimanapun, ini bukan disebabkan oleh sumbatan, tetapi oleh susu yang masuk ke dalam tisu payudara dan bukannya ke dalam duktus susu.
Anda juga mungkin mengalami simptom-simptom seakan-akan flu, seperti:
• seram sejuk
• sakit kepala
• suhu badan melebihi 38.5 darjah C
• keletihan.
Mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu". Ini adalah keadaan di mana susu terkumpul dalam payudara keerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia dikeluarkan.
Stasis susu boleh berlaku apabila bayi anda tidak mengosongkan payudara anda sepenuhnya semasa dia menyusu. Ini mungkin kerana bayi tidak melekap dengan baik.
Jangan berhenti menyusu kerana ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Jika anda sudah mengalaminya selama beberapa hari dan ia telah dijangkiti, doktor anda akan memberikan anda antibiotik.

Friday, 23 November 2018

REMBESAN FARAJ


Mengapakah terlalu banyak cairan keluar daripada faraj saya?
Sebenarnya agak biasa bagi wanita hamil mengalami lebih rembesan faraj. Ia biasanya tidak berbahaya.
Apa yang anda lihat itu dipanggil leukorea (leucorrhoea). Ia merupakan cairan atau rembesan seakan-akan susu yang sedikit berbau. Ia berlaku kerana terdapat lebih banyak darah mengalir di kawasan sekitar faraj. Ia mungkin tidak jauh berbeza daripada rembesan yang anda alami sebelum hamil, kecuali kini jumlahnya lebih banyak.
Jika rembesan anda berubah, ia mungkin perlu dirawat. Jumpalah doktor anda sekiranya rembesan yang berlaku:
• berbau sangat busuk;
• berbuih dan berwarna kuning atau hijau;
• pekat dan berketul-ketul.
Atau sekiranya anda rasa:
• sakit apabila membuang air kecil;
• pedih atau lenguh;
• gatal.
Bergantung kepada simptom-simptomnya, anda mungkin mengalami keputihan atau jangkitan bakteria. Sekiranya ini berlaku, ia perlu dirawat sebelum anda melahirkan.

Wednesday, 21 November 2018

SEMBELIT DAN BAYI ANDA



Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.
Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit.
Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
• meragam, sakit abdomen dan gastrik;
• abdomen yang keras;
• sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
• najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
• najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Monday, 19 November 2018

KANSER SERVIKS DAN PAP SMEAR






Mungkin ada dikalangan kita yang takut atau malu nak buat PAP SMEAR.
PAP SMEAR ini merupakan ujian saringan untuk mengesan kanser serviks.
Ianya tidak sakit dan dilakukan dalam masa yang singkat. Tidak sampai 5 minit dah pun siap.
[ALERT]
Kanser serviks adalah antara kanser yang tertinggi dikalangan wanita di Malaysia. Pengesanan dan rawatan awal dapat membantu pesakit sembuh dari kanser serviks.
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 hingga 65 tahun perlu menjalani ujian saringan PAP SMEAR.
Jika hasil ujian tidak normal, anda akan dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Sayangi diri!
Jangan takut dan malu untuk lakukan PAP SMEAR!

www.evaemilyclinic.com

Friday, 16 November 2018

APA ITU EKZEMA?





Ekzema adalah keadaan kulit yang kering dan gatal. Ia boleh bermula dengan lepuhan kecil berwarna merah dan mengandungi cecair jernih di atas plak merah yang besar. Kulit anda akan rasa sangat gatal, dan apabila digaru, kulit anda akan terdedah kepada jangkitan.
Tanda-Tanda Ekzema
1. Ruam
2. Kulit bersisik
3. Keradangan
4. Kulit menebal
5. Lelehan / kerak
6. Kemerahan
Penyebab Ekzema
1. Agen perengsa seperti nikel, peluntur, pewangi.
2. Cuaca & berpeluh
3. Tekanan
4. Alergen seperti debunga, hama debu, empingan kulit
daripada haiwan peliharaan
5. Kulit kering
Pilihan rawatan yang boleh didapati:
1. Mendapatkan konsult doktor untuk kenal pasti penyebab
ekzema dan elakkannya.
2. Menggunakan pelembap.
3. Menyapu kortikosteroid untuk mengurangkan
keradangan (jika perlu dan atas nasihat doktor)
Share post ini supaya lebih ramai yang tahu mengenai Ekzema😁

Thursday, 15 November 2018

Bolehkah saya mengandung selepas dua kali gugur ?






YA, anda memang berpeluang untuk mengandung lagi. Kebanyakan wanita yang pernah mengalami keguguran akhirnya dapat hamil dengan sihat.

Walaupun anda pernah mengalami keguguran berulang tanpa sebab yang jelas, anda masih mempunyai kira-kira 75 peratus peluang untuk mengandung lagi. Malangnya, keguguran dalam tempoh tiga bulan pertama adalah perkara biasa. Doktor anda tidak akan mencadangkan supaya penyiasatan dibuat untuk mencari sebabnya kecuali anda telah gugur tiga kali berturut-turut.

Hakikatnya, sebab yang paling biasa keguguran berlaku ialah ketidaknormalan kromosom dalam janin yang sedang terbentuk. Ketidak normalan ini telahpun terjadi sejak waktu penghamilan lagi. Malangnya, ini adalah salah satu perkara yang di luar kawalan kita, jadi janganlah menyalahkan diri sendiri atas kehilangan ini. 



Elakkan dari memberi tekanan kepada diri anda untuk hamil lagi dengan segera. Ada banyak isu berkaitan emosi yang harus ditangani selepas mengalami keguguran. Anda mungkin ingin benar hendak hamil lagi tetapi pada masa yang sama berasa takut untuk menghadapi satu lagi kehilangan.

Jika emosi anda sukar untuk ditangani selepas keguguran, anda mungkin perlukan sokongan tambahan untuk memahami kesedihan yang anda rasa. Berjumpa seorang kaunselor dapat membantu anda menerima hakikat yang berlaku ini. Mintalah doktor anda supaya merujuk anda kepada seorang kaunselor jika anda rasa ini dapat membantu. 

Sebelum anda mula mencuba untuk hamil lagi:
  • Baik untuk anda meningkatkan tahap kesihatan. Makanlah dengan baik dan cuba buat senaman yang boleh anda teruskan apabila anda telah hamil nanti seperti berjalan atau berenang.
  • Jika anda sering minum minuman keras atau merokok, ini adalah masanya untuk berhenti merokok dan kurangkan mengambil alkohol.
  • Berbincanglah dengan doktor anda mengenai pengambilan vitamin antenatal tambahan yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mikrogram (mcg) asid folik. 



www.evaemilyclinic.com

Wednesday, 14 November 2018

APA PERLU DIBUAT JIKA BAYI SAYA MENANGIS DALAM PENERBANGAN?





Membuat perjalanan dengan kapal terbang bersama bayi mungkin membimbangkan anda. Untuk memastikan si comel anda gembira, anda sendiri haruslah membebaskan diri daripada tekanan. Aturkan segalanya sebaik mungkin terlebih AWAL dan pastikan anda TENANG dan CUKUP REHAT apabila memulakan perjalanan.

RANCANG dan lengkapkan bagasi tangan dengan cermat dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda akan rasa lebih tenang dan bersedia untuk menikmati perjalanan apabila tiba di tempat duduk anda.

Jika gagal mengurus dan memakaikan bayi anda dengan tali keledar, KREW KABIN AKAN MEMBANTU. Pastikan anda dan bayi anda selesa sebaik mungkin.

Memberi SUSU BADAN atau SUSU BOTOL semasa berlepas dan mendarat akan membantu untuk mengurangkan sebarang kesakitan telinga yang mungkin terjadi. Menghisap dan menelan akan melegakan tekanan yang membina di dalam telinga bayi anda.

Jika bayi anda tetap juga mula menangis, dia mungkin sejuk, panas, bosan, lapar atau terasa penat.
BERJALAN BERULANG-ALIK di lorong mungkin menenangkan si comel anda tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Atau berikan BARANG PERMAINAN kegemarannya untuk mengalih perhatian.

Jika si comel tidak berjaya dipujuk, bawalah dia ke bahagian belakang di mana bunyi enjin boleh menenggelamkan tangisannya. Sentiasa bertenang, tumpukan kepada bayi anda dan bercakap secara lembut dengannya. Tunjukkan permandangan ke luar tingkap, ianya mungkin boleh MENGALIH PERHATIAN dan menenangkannya.

Usah pedulikan komen biadap atau keluhan penumpang lain. Pada kebanyakan masa, mereka akan bersimpati apabila melihat anda cuba menenangkan si comel. Mungkin juga ada yang baik hati dan gembira untuk membantu menghiburkan bayi anda sebentar. Kadang-kadang mood si comel akan berubah sepenuhnya apabila orang lain yang bermain “cak-cak" dengannya atau mendodoinya.

Akhir sekali, usah risau jika bayi anda menangis dan membuat bising. Kebanyakan penumpang sebenarnya tidaklah begitu mengambil kisah.

www.evaemilyclinic.com



Monday, 12 November 2018

APAKAH ITU DIABETES GESTASI?











APAKAH ITU DIABETES GESTASI?
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
• mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
• membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi.
Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

BAGAIMANA SAYA TAHU JIKA SAYA MENGHIDAP DIABETES GESTASI? 🤔
Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Kemungkinan besar doktor anda akan menguji air kencing anda untuk mengesan kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam air kencing anda, ini mungkin tanda diabetes gestasi.
Selalunya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda mungkin mengalami perkara berikut:
• keletihan;
• dahaga yang terlampau;
• membuang air kecil dengan banyak;
• penglihatan kabur.
Jika anda mengalami sebarang simptom-simptom tersebut, maklumkanlah doktor anda.

Sunday, 11 November 2018

SELSEMA DAN BAYI ANDA..😷






SELSEMA DAN BAYI ANDA..😷
APA PUNCA SELSEMA?
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.
BOLEHKAH SAYA MENCEGAH BAYI DARI SELSEMA?
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.
Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.
Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.
BILAKAH SAYA PERLU MENGHUBUNGI DOKTOR?
• Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.
• Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:
1. selesema berlarutan lebih dari lima hari;
2. suhu anak anda melebihi 39 darjah C;
3. dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
4. dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Saturday, 10 November 2018

APA ITU PLACENTA PREVIA?









🔴APA ITU PLASENTA PREVIA?🔴
Plasenta terbentuk apabila telur yang telah disenyawakan melekat dalam uterus anda selepas melalui perjalanan sepanjang tiub falopian. Kadang-kadang, ia melekatkan dirinya di bahagian uterus yang rendah. Dalam kes ini, plasenta itu akan berkembang di kedudukan yang rendah.
Jika anda membuat imbasan ultrasound pada awal kehamilan dan plasenta dilihat berada hampir dengan serviks, jangan bimbang. Apabila bayi semakin membesar, uterus anda yang turut membesar secara semula jadinya akan menarik plasenta ke atas, jauh daripada serviks.
Jika plasenta masih lagi berada di kedudukan rendah dalam uterus selepas 20 minggu kehamilan, ini dipanggil plasenta previa. Walaupun sudah berada pada peringkat ini, plasenta masih boleh naik ke atas tepat pada masa bayi anda dilahirkan. Menjelang akhir kehamilan, kira-kira satu dalam 200 wanita mengalami plasenta previa pada tahap yang berlainan. Kebanyakan daripadanya adalah kes-kes ringan.
Jika plasenta itu menutup serviks anda pada akhir kehamilan, jalan keluar untuk bayi melalui faraj akan dihadang. Plasenta itu mungkin menutup sebahagian daripada serviks (partial placenta praevia) atau menutup keseluruhannya (major placenta praevia). Tidak kira yang mana, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Thursday, 8 November 2018

TANDA-TANDA AWAL KANSER RAHIM ATAU KANSER SERVIKS




TANDA-TANDA AWAL KANSER RAHIM ATAU KANSER SERVIKS
1. BERLAKUNYA PENDARAHAN DI BAHAGIAN VAGINA SECARA TIDAK NORMAL.
Pendarahan secara tidak teratur juga adalah salah satu petunjuk awal kepada kanser rahim atau kanser serviks ini. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh keadaan perubahan yang lain seperti masalah ketidakseimbangan hormon, masalah keradangan pada pelvis atau berlakunya jangkitan kuman pada organ-organ pelvis.
2. VAGINA MENGELUARKAN SUATU CECAIR YANG LUAR BIASA
Masalah keputihan yang berbau merupakan perkara yang biasa di alami oleh setiap wanita. Jika masalah tersebut merupakan petanda awal atau risiko pada kanser rahim, masalah keputihan atau lelehan tersebut akan menjadi lebih berat, pucat, berair, kemungkinan berwarna coklat atau bercampur darah.
3. SAKIT KETIKA BERSAMA ATAU MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN
Hubungan kelamin tidak sepatutnya sakit jika dilakukan dengan cara yang betul. Namun jika anda merasa sakit tanpa sebab semasa anda bersama kemungkinan ia adalah petanda awal kepada kanser rahim atau kanser serviks ini.
4. KESAKITAN PADA PELVIS
Kesakitan pada pelvis adalah normal dan biasa berlaku di kalangan wanita dalam kitaran haid mereka. Walaubagaimanapun, kesakitan yang berlangsung dalam tempoh yang kerap dan lama mungkin boleh menjadi faktor awal petanda kepada kanser rahim atau kanser serviks.
5. HAID YANG BERPANJANGAN & BERAT
Ia kemungkinan adalah satu lagi tanda-tanda awal kanser rahim atau kanser serviks yang anda perlu ambil perhatian serius. Selain masalah kanser, pendarahan berat seperti ini boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, masalah fibroid, polip, masalah keradangan pelvis, endometriosis, tiroid dsb.
6. KETIDAKSELESAAN KETIKA MEMBUANG AIR KECIL
Contoh ketidakselesaan yang perlu anda ambil perhatian serius jika anda merasa seperti terbakar, rasa pedih atau anda sukar untuk membuang air kecil.
7. HILANG KAWALAN PADA PUNDI KENCING
Kerap membuang air kecil adalah perkara normal untuk wanita hamil atau individu yang mengambil pelawas. Masalah ini adalah masalah utama bagi mereka yang menghidap kanser serviks.
8. HILANG SELERA MAKAN ATAU BERAT BADAN TURUN MENDADAK.
Hilang selera makan atau masalah berat badan turun mendadak juga adalah satu petanda yang memungkinkan anda menghidapi maslah kanser rahim atau serviks
9. KELETIHAN YANG BERTERUSAN.
Apabila seseorang individu itu sedang menderita masalah kanser, mereka akan juga mengalami anemia. Anemia akan menyebabkan anda sering merasa letih, tidak bermaya, dan kekurangan tenaga serta hilang selera makan
10. SAKIT KAKI.
Wanita yang mengalami masalah kanser rahim atau kanser serviks ini biasanya akan mengalami sakit dan bengkak pada kaki mereka apabila kanser mula merebak.






Wednesday, 7 November 2018

PEDIH ULU HATI KETIKA MENGANDUNG?



Image may contain: 1 person


Pedih ulu hati ketika mengandung?😣😣
Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.
Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.
Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.
Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.
Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.
Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
😎Tips-tips yang mungkin dapat membantu anda melegakan pedih ulu hati:
1.Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.🍰🍺
2.Minuman bersusu boleh membantu. 🥛🥛
3.Makan sedikit tetapi kerap.🍞🍛🥗
4.Jika anda merokok, cubalah berhenti.🚫🚬🚬🚬🚫
5.Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. 🧘‍♀️🧘‍♀️
6.Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.🚫🍽️🚫
7.Tidur dalam posisi separa duduk. 🛏️
8.Semak dengan doktor kemungkinan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk.💊💊

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...