Thursday, 15 November 2018

Bolehkah saya mengandung selepas dua kali gugur ?






YA, anda memang berpeluang untuk mengandung lagi. Kebanyakan wanita yang pernah mengalami keguguran akhirnya dapat hamil dengan sihat.

Walaupun anda pernah mengalami keguguran berulang tanpa sebab yang jelas, anda masih mempunyai kira-kira 75 peratus peluang untuk mengandung lagi. Malangnya, keguguran dalam tempoh tiga bulan pertama adalah perkara biasa. Doktor anda tidak akan mencadangkan supaya penyiasatan dibuat untuk mencari sebabnya kecuali anda telah gugur tiga kali berturut-turut.

Hakikatnya, sebab yang paling biasa keguguran berlaku ialah ketidaknormalan kromosom dalam janin yang sedang terbentuk. Ketidak normalan ini telahpun terjadi sejak waktu penghamilan lagi. Malangnya, ini adalah salah satu perkara yang di luar kawalan kita, jadi janganlah menyalahkan diri sendiri atas kehilangan ini. 



Elakkan dari memberi tekanan kepada diri anda untuk hamil lagi dengan segera. Ada banyak isu berkaitan emosi yang harus ditangani selepas mengalami keguguran. Anda mungkin ingin benar hendak hamil lagi tetapi pada masa yang sama berasa takut untuk menghadapi satu lagi kehilangan.

Jika emosi anda sukar untuk ditangani selepas keguguran, anda mungkin perlukan sokongan tambahan untuk memahami kesedihan yang anda rasa. Berjumpa seorang kaunselor dapat membantu anda menerima hakikat yang berlaku ini. Mintalah doktor anda supaya merujuk anda kepada seorang kaunselor jika anda rasa ini dapat membantu. 

Sebelum anda mula mencuba untuk hamil lagi:
  • Baik untuk anda meningkatkan tahap kesihatan. Makanlah dengan baik dan cuba buat senaman yang boleh anda teruskan apabila anda telah hamil nanti seperti berjalan atau berenang.
  • Jika anda sering minum minuman keras atau merokok, ini adalah masanya untuk berhenti merokok dan kurangkan mengambil alkohol.
  • Berbincanglah dengan doktor anda mengenai pengambilan vitamin antenatal tambahan yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mikrogram (mcg) asid folik. 



www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...