Wednesday 7 November 2018

PEDIH ULU HATI KETIKA MENGANDUNG?



Image may contain: 1 person


Pedih ulu hati ketika mengandung?😣😣
Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.
Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.
Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.
Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.
Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.
Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
😎Tips-tips yang mungkin dapat membantu anda melegakan pedih ulu hati:
1.Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.🍰🍺
2.Minuman bersusu boleh membantu. 🥛🥛
3.Makan sedikit tetapi kerap.🍞🍛🥗
4.Jika anda merokok, cubalah berhenti.🚫🚬🚬🚬🚫
5.Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. 🧘‍♀️🧘‍♀️
6.Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.🚫🍽️🚫
7.Tidur dalam posisi separa duduk. 🛏️
8.Semak dengan doktor kemungkinan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk.💊💊

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...