Sunday, 11 November 2018

SELSEMA DAN BAYI ANDA..😷






SELSEMA DAN BAYI ANDA..😷
APA PUNCA SELSEMA?
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.
BOLEHKAH SAYA MENCEGAH BAYI DARI SELSEMA?
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.
Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.
Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.
BILAKAH SAYA PERLU MENGHUBUNGI DOKTOR?
• Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.
• Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:
1. selesema berlarutan lebih dari lima hari;
2. suhu anak anda melebihi 39 darjah C;
3. dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
4. dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...