Friday, 23 November 2018

REMBESAN FARAJ


Mengapakah terlalu banyak cairan keluar daripada faraj saya?
Sebenarnya agak biasa bagi wanita hamil mengalami lebih rembesan faraj. Ia biasanya tidak berbahaya.
Apa yang anda lihat itu dipanggil leukorea (leucorrhoea). Ia merupakan cairan atau rembesan seakan-akan susu yang sedikit berbau. Ia berlaku kerana terdapat lebih banyak darah mengalir di kawasan sekitar faraj. Ia mungkin tidak jauh berbeza daripada rembesan yang anda alami sebelum hamil, kecuali kini jumlahnya lebih banyak.
Jika rembesan anda berubah, ia mungkin perlu dirawat. Jumpalah doktor anda sekiranya rembesan yang berlaku:
• berbau sangat busuk;
• berbuih dan berwarna kuning atau hijau;
• pekat dan berketul-ketul.
Atau sekiranya anda rasa:
• sakit apabila membuang air kecil;
• pedih atau lenguh;
• gatal.
Bergantung kepada simptom-simptomnya, anda mungkin mengalami keputihan atau jangkitan bakteria. Sekiranya ini berlaku, ia perlu dirawat sebelum anda melahirkan.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...