Saturday 3 November 2018

MASALAH BUASIR WAKTU MENGANDUNG

Apa itu buasir?

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar
.
.
#Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:
Darah merah terang selepas anda membuang air.
Gatal di sekeliling dubur.
.
.

Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.


#Tip-tip berikut akan membantu anda:

- Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
- Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
- Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
- Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.



No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...