Thursday, 8 November 2018

TANDA-TANDA AWAL KANSER RAHIM ATAU KANSER SERVIKS




TANDA-TANDA AWAL KANSER RAHIM ATAU KANSER SERVIKS
1. BERLAKUNYA PENDARAHAN DI BAHAGIAN VAGINA SECARA TIDAK NORMAL.
Pendarahan secara tidak teratur juga adalah salah satu petunjuk awal kepada kanser rahim atau kanser serviks ini. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh keadaan perubahan yang lain seperti masalah ketidakseimbangan hormon, masalah keradangan pada pelvis atau berlakunya jangkitan kuman pada organ-organ pelvis.
2. VAGINA MENGELUARKAN SUATU CECAIR YANG LUAR BIASA
Masalah keputihan yang berbau merupakan perkara yang biasa di alami oleh setiap wanita. Jika masalah tersebut merupakan petanda awal atau risiko pada kanser rahim, masalah keputihan atau lelehan tersebut akan menjadi lebih berat, pucat, berair, kemungkinan berwarna coklat atau bercampur darah.
3. SAKIT KETIKA BERSAMA ATAU MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN
Hubungan kelamin tidak sepatutnya sakit jika dilakukan dengan cara yang betul. Namun jika anda merasa sakit tanpa sebab semasa anda bersama kemungkinan ia adalah petanda awal kepada kanser rahim atau kanser serviks ini.
4. KESAKITAN PADA PELVIS
Kesakitan pada pelvis adalah normal dan biasa berlaku di kalangan wanita dalam kitaran haid mereka. Walaubagaimanapun, kesakitan yang berlangsung dalam tempoh yang kerap dan lama mungkin boleh menjadi faktor awal petanda kepada kanser rahim atau kanser serviks.
5. HAID YANG BERPANJANGAN & BERAT
Ia kemungkinan adalah satu lagi tanda-tanda awal kanser rahim atau kanser serviks yang anda perlu ambil perhatian serius. Selain masalah kanser, pendarahan berat seperti ini boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, masalah fibroid, polip, masalah keradangan pelvis, endometriosis, tiroid dsb.
6. KETIDAKSELESAAN KETIKA MEMBUANG AIR KECIL
Contoh ketidakselesaan yang perlu anda ambil perhatian serius jika anda merasa seperti terbakar, rasa pedih atau anda sukar untuk membuang air kecil.
7. HILANG KAWALAN PADA PUNDI KENCING
Kerap membuang air kecil adalah perkara normal untuk wanita hamil atau individu yang mengambil pelawas. Masalah ini adalah masalah utama bagi mereka yang menghidap kanser serviks.
8. HILANG SELERA MAKAN ATAU BERAT BADAN TURUN MENDADAK.
Hilang selera makan atau masalah berat badan turun mendadak juga adalah satu petanda yang memungkinkan anda menghidapi maslah kanser rahim atau serviks
9. KELETIHAN YANG BERTERUSAN.
Apabila seseorang individu itu sedang menderita masalah kanser, mereka akan juga mengalami anemia. Anemia akan menyebabkan anda sering merasa letih, tidak bermaya, dan kekurangan tenaga serta hilang selera makan
10. SAKIT KAKI.
Wanita yang mengalami masalah kanser rahim atau kanser serviks ini biasanya akan mengalami sakit dan bengkak pada kaki mereka apabila kanser mula merebak.






No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...