Monday, 12 November 2018

APAKAH ITU DIABETES GESTASI?











APAKAH ITU DIABETES GESTASI?
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
• mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
• membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi.
Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

BAGAIMANA SAYA TAHU JIKA SAYA MENGHIDAP DIABETES GESTASI? ðŸ¤”
Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Kemungkinan besar doktor anda akan menguji air kencing anda untuk mengesan kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam air kencing anda, ini mungkin tanda diabetes gestasi.
Selalunya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda mungkin mengalami perkara berikut:
• keletihan;
• dahaga yang terlampau;
• membuang air kecil dengan banyak;
• penglihatan kabur.
Jika anda mengalami sebarang simptom-simptom tersebut, maklumkanlah doktor anda.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...