Friday, 30 November 2018

Kepentingan ujian darah




Ujian Darah adalah antara ujian diagnostik yang selalu dilakukan doktor sebelum mendiagnosis sesuatu penyakit. Ujian ini dapat memberi klu tentang fungsi organ-organ anda dan keberkesanan sesuatu rawatan.
.
.
Secara spesifiknya, ujian darah dapat membantu doktor:
1. Menilai profil organ-organ seperti buah pinggang, hati, kelenjar tiroid, dan jantung sama ada berfungsi secara baik atau tidak.
2. Mendiagnos penyakit dan keadaan seperti cancer, HIV/AIDS, kencing manis, anemia dan penyakit koronari jantung.
3. Mengetahui sama ada anda mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.
4. Memastikan bahawa rawatan dan ubat yang diberi benar-benar berkesan.
5. Mengakses profil sel darah anda dari segi bilangan sel darah merah dan putih, paras haemoglobin, dan sebagainya. Nilai yang di luar paras normal menandakan anda mungkin mendapat jangkitan, penyakit berkaitan imun badan atau lain-lain penyakit.
.
.
Ujian darah adalah ujian yang sangat kerap dilakukan. Setiap kali anda melakukan pemeriksaan rutin, doktor akan merekemen anda untuk melakukan ujian ini.
.
.
Selalunya prosedur ini tidak memerlukan sebarang persiapan. Kadang-kadang anda perlu berpuasa selama 8 hingga 12 jam sebelumnya. Doktor akan menentukan sama ada anda perlu berpuasa atau tidak.
Hanya sedikit sahaja sampel darah anda yang diperlukan dan selalunya diambil dari saluran darah vena di bahagian lengan. Prosedur ini sangat ringkas dan mengambil sedikit sahaja masa anda. Sampel darah tersebut akan terus dihantar ke makmal untuk di analisis.

www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...